Mpox : Gejala, Cara Mencegah dan Rawatan Sesuai
Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengistiharkan situasi peningkatan jangkitan mpox (Monkey Pox) sebagai darurat kesihatan awam global.
Susulan pengumuman dari WHO itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes baru membabitkan cacar monyet dalam negara setakat ini.
Justeru setakat hari ini, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di Malaysia kekal pada 9 kes sahaja yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan berakhir pada November pada tahun yang sama.
Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda secara lebih terperinci mengenai mpox dari segi sejarah, gejala, cara mencegah dan rawatan yang sesuai perlu anda dapatkan.
Baca juga:
Kenyataan Media KKM – TERKINI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media antarabangsa mengenai peningkatan kes Monkey Pox (mpox) di rantau Afrika baru-baru ini. Merujuk kepada laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh dunia melibatkan 116 buah negara dengan 208 (0.21%) kematian. Pada bulan Jun 2024 sahaja, terdapat 934 kes dan empat kematian yang dilaporkan di seluruh dunia, yang mana 567 kes (60%) adalah dari rantau Afrika.
Di Malaysia, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan setakat ini ialah 9 kes di mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan yang terakhir dilaporkan pada bulan November 2023. Kesemua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini telah pun sembuh dan tiada kematian dilaporkan. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh pihak KKM, tiada kes mpox baharu yang dilaporkan sehingga kini.
Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus. Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam dan lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.
Gejala mpox ialah demam berserta ruam “maculopapular rash” atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea. Tempoh pengeraman (incubation period) iaitu tempoh daripada terdedah kepada jangkitan sehingga individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara 5 hingga ke 21 hari. Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.
Individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan bergejala dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran. Pengamal perubatan yang merawat kes disyaki dan kes disahkan perlu melaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran agar siasatan, langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dijalankan bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan. Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan “Guideliness on mpox management in Malaysia” di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my)
Apa itu Mpox?
Mpox atau juga dikenali sebagai cacar monyet adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Monkey Pox.
Mpox adalah penyakit zoonosis yang boleh merebak antara haiwan dan manusia. Ia juga sejenis endemik yang kerap dijumpai di bahagian Afrika Tengah dan Barat. Virus yang menyebabkan mpox telah ditemui pada tikus kecil, monyet, tupai Afrikan dan mamalia lain yang tinggal di kawasan ini.
Pertama kali ia berjangkit kepada manusia adalah pada tahun 1970. Kadar kematian disebabkan cacar monyet adalah satu hingga 10 peratus.
Jenis- Jenis Mpox
Terdapat dua jenis virus Monkeypox iaitu clade I dan clade II.
- Clade I: Menyebabkan penyakit dan kematian yang lebih teruk. Sesetengah wabak telah membunuh sehingga 10% orang yang sakit, walaupun wabak yang lebih baru mempunyai kadar kematian yang lebih rendah. Clade I adalah endemik di Afrika Tengah.
- Clade II: Jenis yang menyebabkan wabak global yang bermula pada tahun 2022. Jangkitan daripada clade II mpox adalah kurang teruk. Lebih daripada 99.9% orang terselamat. Clade II adalah endemik kepada Afrika Barat.
Persamaan cara merebak kedua-dua jenis virus ini:
- Hubungan langsung dengan haiwan yang dijangkiti
- Hubungan rapat (termasuk hubungan intim) dengan seseorang yang menghidap penyakit campak
- Sentuhan langsung dengan bahan tercemar
Tanda-Tanda dan Gejala
Tanda-tanda mpox adalah seperti berikut:
- Demam
- Ruam
- Bengkak kelenjar limfa
- Mengigil
- Sakit kepala
- Mengigil
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Kepenatan
Ruam bermula sebagai benjolan merat rata boleh menyakitkan. Benjolan tersebut nantinya akan menjadi lepuh yang penuh dengan nanah. Akhirnya, lepuh akan kering dan hilang.
Keseluruhan proses berlaku selama dua hingga empat minggu. Anda juga boleh mendapatkan luka pada mulut, muka, tangan, kaki, zakar, faraj atau dubur.
Walaupun begitu tidak semua orang menghidap mpox mengalami semua gejala tadi. Sesetengahnya hanya mendapatkan gejala berikut:
- Hanya ruam (tiada gejala lain), atau gejala lain yang timbul kemudian.
- Gejala seperti selsema, kemudian ruam. Sesetengah orang tidak mendapat ruam sama sekali.
- Ruam boleh merebak secara meluas, tetapi sesetengah orang hanya mempunyai sedikit benjolan dan lepuh.
Golongan Berisiko dan Komplikasi
Golongan tertentu seperti kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah mungkin mendapat penyakit yang teruk.
Antara komplikasi mpox adalah seperti berikut:
- Lesi pada kornea mata menyebabkan kabur / hilang penglihatan
- Radang paru-paru
- Jangkitan kuman dalam darah (Sepsis)
Rawatan Untuk Mpox
Gejala monkeypox boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, penjagaan ruam adalah penting dengan membiarkannya kering dan juga membalut ruam untuk melindungi bahagian tersebut.
Terdapat antiviral yang digunakan untuk merawat cacar atau “smallpox” iaitu tecovirimat (TPOXX) telah diluluskan untuk merawat monkeypox pada Januari 2022. Namun, ianya masih belum tersedia secara meluas.
Untuk kes yang teruk, vaccinia immune globulin (VIG) mungkin disyorkan.
Cara Untuk Mencegah Mpox
Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mencegah diri dan orang lain dari mpox. Berikut adalah antara caranya:
1. Mengelakkan memakan dagingnya atau sentuhan kulit ke kulit dengan orang yang mempunyai ruam yang kelihatan seperti campak dan haiwan yang membawa virus campak.
2. Mempelajari langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko demam berdarah semasa berhubungan seks atau di tempat-tempat awam.
3. Kekalkan kebersihan diri yang tinggi termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor.
[Download] Garis Panduan Pengurusan Mpox di Malaysia
Anda boleh muat turun garis panduan garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023” berikut sebagai rujukan:
Soalan Lazim Mengenai Mpox
Berikut adalah soalan lazim berkenaan dengan jangkitan Monkey Pox yang dikeluarkan oleh KKM.
Diharapkan perkongsian kami berkenaan dengan mpox ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Mpox (monkeypox). World Health Organization
- Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM. Astro Awani