MIGA-i Maybank: Cara Buka Akaun, Beli & Jual, Tebus Jongkong Emas

miga-i
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MIGA-i Maybank (Maybank Islamic Gold Account-i) adalah akaun pelaburan emas patuh syariah yang membolehkan anda melabur dalam emas digital dengan ketulenan 999.9 tanpa perlu memegang emas fizikal dan bimbang tentang keselamatannya. Layari portal Maybank untuk mengetahui cara beli emas online di www.maybank2u.com.my/

Menariknya lagi, anda juga boleh memilih untuk menukar pelaburan emas anda kepada emas fizikal (daripada 1g hingga 1,000g). Pengguna boleh membuka akaun pelaburan emas serendah RM10 sahaja.

Rujuk info penuh mengenai MIGA-i Maybank di bawah.

Apa Itu Maybank Islamic Gold Account-i?

MIGA-i merupakan merupakan satu akaun pelaburan emas telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad (MIB) pada hari Isnin, 17 Mei 2021.

Produk pelaburan emas ini juga membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual emas, serta memindahkan emas, semuanya secara atas talian melalui Maybank2u.

Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang telah diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA).

Pelanggan boleh memulakan simpanan emas dan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10.

Produk ini berbeza daripada akaun emas konvensional, kerana akaun emas patuh Syariah ini membolehkan pelanggan menebus baki emas yang ada dalam akaun mereka dengan emas fizikal, dalam denominasi dari sekecil satu gram sehingga satu kilogram emas.

Faedah MIGA-i

Antara faedah yang bakal diperoleh menerusi pelaburan emas ini adalah seperti:

  • Pelaburan Selamat: Melabur dalam emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA)
  • Mampu Milik: Pelaburan pertama serendah RM10 untuk setiap transaksi
  • Harga Kompetitif: Perbezaan harga yang rendah dan harga pasaran masa nyata untuk membeli dan menjual emas.
  • Penebusan Emas Fizikal: Mempunyai pilihan untuk menebus baki emas dalam akaun MIGA-i bagi mendapatkan emas fizikal dengan denominasi 1 gram sehingga 1,000 gram.
  • Untung Dengan Mudah: Terima notifikasi apabila telah mencapai minimum 10% keuntungan & gunakan pesanan masa depan untuk membeli dan menjual emas secara automatik pada harga yang anda tentukan.
  • Mudah: Boleh membuka akaun, membeli, menjual dan memindahkan emas secara dalam talian melalui Maybank2u.

Hukum Pelaburan Emas MIGA-i Maybank

Untuk hukum pelaburan emas ini, Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas ini adalah berbeza daripada akaun emas konvensional.

Pelaburan emas Maybank adalah patuh syariah, oleh itu pelanggan akaun tidak perlu risau akan status patuh syariahnya dan dapat melakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk melabur dalam pelaburan emas ini adalah seperti berikut:

Jenis AkaunBuka Akaun Melalui CawanganBuka Akaun Melalui Maybank2u
Akaun Individu
18 tahun dan ke atas
Boleh DilakukanBoleh Dilakukan
Akaun Individu
– Akaun Amanah (akaun bersama penjaga bagi 18 tahun ke bawah)
– Akaun Bersama (sehingga 4 orang sahaja)
Boleh DilakukanTidak Boleh Dilakukan
Pemilikan TunggalBoleh DilakukanTidak Boleh Dilakukan

Cara Buka Akaun Emas MIGA-i Maybank

Berikut ialah langkah untuk membuka akaun emas MIGA-i Maybank melalui MAE:

  1. Muat turun aplikasi MAE & log masuk ke akaun anda.
  2. Klik butang ‘Apply‘.
  3. Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’ di bawah tab ‘Investments’ > Klik ‘Apply Now‘.
  4. Pilih tujuan anda membuka akaun dan pilih akaun pembiayaan, kemudian tekan, ‘Next‘.
  5. Baca terma dan syarat dan klik ‘Agree & Confirm‘.
  6. Isi butiran peribadi, pekerjaan dan akaun anda > Klik ‘Confirm & Submit‘.
  7. Sahkan melalui Secure2u.
  8. Klik “Activate Now”
  9. Selesai!

Aktifkan Akaun

  1. Selepas akaun MIGA-i anda telah dibuat, aktifkan akaun anda dengan pelaburan pertama serendah RM10.
  2. Semak butiran pembelian, pastikan anda bersetuju dengan Terma & Syarat, dan sahkan transaksi menggunakan Secure2u.
  3. Akaun anda kini aktif dan anda boleh melihat baki emas anda di bahagian ‘Wealth’.

Rujuk panduan bergambar di bawah untuk panduan lebih terperinci.

Panduan Bergambar Cara Buka & Akfitkan Akaun MIGA-i Maybank

NOTA: Untuk membuka akaun emas MIGA-i Maybank, anda mesti ada akaun semasa atau simpanan Maybank.

Untuk panduan lebih jelas, rujuk video di bawah:

Cara Beli dan Jual Emas Melalui MIGA-i Maybank

Cara Beli Emas Miga Maybank (Guna Duit dalam Bank)

  1. Log Masuk aplikasi MAE
  2. Pilih menu Wealth (di bahagian bawah atau dalam menu utama).
  3. Klik pada Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).
  4. Klik butang Buy Now (Beli).
  5. Pilih akaun simpanan mana yang anda nak gunakan untuk bayar.
  6. Masukkan jumlah belian. Anda boleh pilih nak beli ikut RM (contoh: RM100) atau ikut Gram (contoh: 0.5g).
  7. Semak harga. Harga emas semasa akan dipaparkan. Anda ada masa beberapa saat untuk sahkan sebelum harga berubah.
  8. Tekan Approve pada Secure2u. Selesai! Gram emas akan terus masuk dalam akaun MIGA-i anda.

Cara Jual Emas (Nak Tukar Jadi Duit Balik)

  1. Masuk ke bahagian MIGA-i yang sama seperti di atas.
  2. Klik butang Sell Now (Jual).
  3. Pilih berapa banyak emas yang anda nak jual (ikut gram atau RM).
  4. Pilih akaun simpanan mana yang anda nak duit itu masuk.
  5. Semak harga jual. Bank akan beli balik emas anda mengikut harga “Bank Buying Price”.
  6. Tekan Approve pada Secure2u. Duit akan masuk ke akaun simpanan anda serta-merta.

NOTA: Melalui fitur “Create Future But Order/Sell Order”, anda boleh membeli atau menjual emas secara automatik mengikut harga sasaran yang anda tetapkan.

Penting!

  • Waktu Urus Niaga: Anda boleh beli/jual pada bila-bila masa, tetapi harga emas dikemaskini mengikut waktu pasaran (biasanya Isnin–Jumaat).
  • Baki Minimum: Anda kena tinggalkan sekurang-kurangnya 0.01 gram dalam akaun untuk pastikan akaun MIGA-i kekal aktif. Kalau jual semua sampai kosong, akaun mungkin akan ditutup secara automatik.
  • Spread (Selisih Harga): Ini paling penting! Harga bank jual kepada anda (Beli) adalah lebih tinggi daripada harga bank beli daripada anda (Jual). Pastikan harga emas sudah naik cukup tinggi untuk menampung beza harga ini supaya anda dapat untung bersih.

Cara Tebus Jongkong Emas Fizikal MIGA-i Maybank

Walaupun MIGA-i adalah pelaburan emas digital, anda mempunyai pilihan untuk menukarkannya kepada jongkong emas fizikal (999.9).

Berikut adalah panduan lengkap cara untuk melakukan penebusan (redeem) emas fizikal tersebut:

Anda boleh:

  • Tebus dan ambil sendiri jongkong emas fizikal pada denominasi 1, 5, 10, 50 dan 100 gram bergantung kepada stok emas yang tersedia.
  • Atau, jual balik jongkong emas fizikal pada denominasi 1, 5, 10, 50 dan 100 gram kepada Bank.

di cawangan Maybank terdekat anda seperti dalam senarai di bawah:

Untuk tebus dan ambil sendiri atau jual jongkong emas fizikal pada denominasi 1000 g, anda boleh buat temujanji di cawangan maybank berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut mengenai MIGA-i Maybank, sila layari portal rasmi Maybank di www.maybank2u.com.my/

Anda juga boleh rujuk FAQ di bawah:

Soalan Lazim MIGA-i Maybank

Apa itu MIGA-i Maybank?

MIGA ialah akaun emas patuh Shariah di bawah Maybank Islamic, disokong emas fizikal sebenar dan struktur kontrak patuh Shariah.

Siapa yang layak buka akaun MIGA?

– Individu berumur 18 tahun ke atas, termasuk akaun bersama (sehingga 4 orang) dan In-Trust Account untuk bawah 18 tahun.
– Pemilik tunggal (sole proprietor) juga layak; bukan pemastautin Malaysia boleh mohon di kaunter kecuali negara disekat.
– Anda mesti ada Current/Savings Account (CASA) Maybank/Maybank Islamic untuk tujuan debit/kredit urus niaga emas. MAE sahaja tidak mencukupi; perlu buka CASA penuh di cawangan

Adakah saya akan dapat buku bank atau sijil?

Tidak. MIGA-i adalah akaun emas tanpa kertas (paperless). Semua rekod pembelian, penjualan, dan baki emas anda hanya boleh dilihat secara digital melalui aplikasi Maybank2u atau MAE.

Berapakah pelaburan minimum dan maksimum emas digital MIGA?

Minimum: RM10 atau 0.01 gram (mana-mana yang lebih rendah semasa pembukaan/pembelian).
Maksimum: Tiada had maksimum untuk pelaburan, tertakluk kepada baki duit dalam akaun bank anda.

Bolehkah saya pindahkan emas ke akaun MIGA-i orang lain?

Ya. Anda boleh menggunakan fitur ‘Transfer Gold’. Anda hanya perlukan nombor akaun MIGA-i penerima. Ini sangat berguna jika anda ingin memberi hadiah emas kepada ibu bapa atau pasangan.

Adakah emas saya diinsuranskan?

Ya. Emas fizikal yang menyokong baki digital anda disimpan dengan selamat oleh Maybank dan ia diinsuranskan sepenuhnya terhadap risiko kecurian atau kerosakan fizikal.

Apakah itu ‘Spread’ emas dan kenapa ia penting?

Spread adalah perbezaan antara harga bank jual (anda beli) dan harga bank beli (anda jual). Contoh: Harga Beli RM350, Harga Jual RM340. Spread adalah RM10. Anda hanya akan untung apabila harga emas dunia naik melebihi nilai spread tersebut.

Adakah pelaburan ini dikenakan Zakat?

Ya. Sebagai pelabur Muslim, emas yang disimpan dalam MIGA-i tertakluk kepada Zakat Emas. Jika jumlah emas anda (dan emas lain yang tidak dipakai) melebihi nisab (85 gram), anda wajib membayar zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut.

Apa jadi jika saya tidak aktif menggunakan akaun?

Akaun MIGA-i tidak mempunyai yuran tahunan. Namun, anda perlu mengekalkan baki minimum sekurang-kurangnya 0.01 gram. Jika akaun berbaki kosong selama tempoh tertentu (biasanya 12 bulan), bank berhak menutup akaun tersebut.

Bilakah waktu terbaik untuk beli atau jual emas MIGA?

Beli: Apabila harga emas dunia tengah turun (tengok graf dalam M2u).
Jual: Apabila harga semasa sudah lebih tinggi daripada harga purata belian anda + kos spread.

MIGA-i sesuai untuk siapa?

Sesuai untuk anda yang nak simpan emas sikit-sikit (RM10 sebulan pun boleh) tanpa pening kepala fikir pasal tempat simpan yang selamat di rumah.

Berapa harga emas hari ini?

Klik sini untuk melihat Harga Emas semasa melalui Maybank.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut