SARA 2025 – Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025

SARA adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga golongan Miskin / Miskin Tegar eKasih. Bermula 2025, bantuan ini disalurkan melalui program MyKasih bagi membantu pembelian barangan asas harian. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web https://sara.gov.my/. Status bayaran juga boleh disemak melalui aplikasi MyKasih atau terus di pautan: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan SARA ini.

Apa itu SARA

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan tambahan kepada penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, disalurkan melalui program MyKasih.

Mulai Januari 2025, penerima layak akan menerima RM100 sebulan menerusi MyKad untuk pembelian barangan asas di lebih 600 pasar raya. Jumlah ini akan dinaikkan kepada RM200 sebulan mulai April 2025.

Untuk STR 2025, jumlah penerima kategori isi rumah meningkat kepada 4.1 juta berbanding 700,000 pada 2024. Kategori bujang pula akan menerima RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Peruntukan tambahan RM3 bilion menaikkan kadar maksimum STR kepada RM4,600 bagi isi rumah, menjadikan jumlah keseluruhan STR dan SARA dalam Belanjawan 2025 mencecah RM13 bilion tertinggi dalam sejarah.

Intipati Penting SARA 2025

Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

  1. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh menerima barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.
  2. Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
  3. Pemberian wang bantuan SARA akan diagihkan RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai.
  4. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan bagi penerima eKasih.
  5. Penerima STR akan menerima bayaran mulai April 2025 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
SARA

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut:

1. Kategori Penerima STR & eKasih :

  • Isi Rumah – RM2100
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
  • Bujang – RM600

2. Kategori Penerima STR sahaja :

  • Isi Rumah – RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
SARA

SARA One Off (RM100) Mulai 31 Ogos

Bermula 31 Ogos 2025, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam MyKad setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui program SARA Untuk Semua.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang terlibat.

📌 Maklumat penting:

  • Kredit RM100 SARA Untuk Semua ini sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
  • Baki yang tidak digunakan akan ditarik balik dan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program lain yang akan ditentukan kemudian.
  • Setiap individu layak menerima RM100, dan sesebuah isi rumah boleh menerima jumlah yang lebih tinggi secara kolektif.
  • 👉 Contoh: Suami isteri dengan dua anak berumur 18 tahun ke atas = RM100 x 4 orang = RM400 jumlah keseluruhan.

Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat mulai 21 Ogos 2025 di laman rasmi MyKasih:
🔗 https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus

Pastikan anda semak dan gunakan bantuan ini sebelum tamat tempoh!

Semakan Kelayakan

Anda boleh semak kelayakan bantuan SARA menerusi pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau melalui aplikasi MyKasih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

SARA
Paparan Skrin untuk Semak Status Kelayakan Menerusi Aplikasi MyKasih
Sekiranya layak, anda boleh membeli mulai tarikh program bermula sehingga tarikh program berakhir.

Tarikh Bayaran Dikreditkan

Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut jadual seperti berikut:

1. Kategori Penerima STR & eKasih :

  • Isi Rumah – RM2100 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM200 sebulan *April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM150 sebulan *April – Disember)
  • Bujang – RM600 (RM50 sebulan *Januari – Disember)

2. Kategori Penerima STR sahaja :

  • Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan *April – Disember)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan *April – Disember)
SARA

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2025

Langkah pembelian adalah seperti berikut:

  1. Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
  2. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  4. Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  5. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.

Cara Semak Baki SARA 2025

Anda boleh semak baki SARA 2025 melalui kaedah berikut:

Contoh paparan dalam resit pembelian:

Contoh paparan baki melalui app MyKasih

Untuk lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma bagi memudahkan penerima SARA 2025 membuat semakan baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Senarai Barang yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu 

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan dan yang terbaru
  14. Barangan Kebersihan Rumah.

 Contoh Barangan Keperluan Asas Mengikut Kategori

Senarai Kedai

Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)

Maklumat Lanjut

Anda boleh ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih berhubung Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2025 oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

Soalan Lazim SARA

1. Apa itu SARA 2025?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

2. Bagaimanakah cara untuk menggunakan SARA?

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

3. Adakah MyKasih dan SARA merupakan bantuan yang sama?

Tidak. MyKasih dan SARA bukan bantuan yang sama, tapi kedua-duanya berkait rapat.

Perbezaannya:

1. MyKasih – Sebenarnya adalah platform atau program pengurusan bantuan1. . Melalui MyKasih, penerima boleh guna bantuan tanpa tunai (cashless) di kedai dan pasar raya terpilih menggunakan MyKad.

2. SARA (Sumbangan Asas Rahmah) – Ini adalah jenis bantuan yang diagihkan kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kategori miskin dan miskin tegar. Dana SARA akan disalurkan melalui platform MyKasih.

4. Apakah kelayakan SARA 2025?

Kelayakan SARA 2025 adalah terhada kepada:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
– Warganegara Malaysia; dan
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
– Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
– Warganegara Malaysia; dan
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

5. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan SARA?

Anda boleh mmebuat semakan SARA 2025 menerusi beberapa kaedah seperti:

– Surat pemakluman
– Sistem Pesanan Ringkas (SMS Blast)
– Semakan terus melalui portal rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my
– Hubungi semakan kelayakan SARA di talian 1-800-88-2747 (BKK Hasil), 03-8882 4565 / 4566 (MOF), atau 03-7720 1800 (MyKasih)

6. Bagaimanakah cara untuk memohon SAR 2025?

Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

7. Berapakah kadar bayaran yang akan diterima?

1. Kategori Penerima STR & eKasih :
Isi Rumah – RM2100
Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
Bujang – RM600

2. Kategori Penerima STR sahaja :
Isi Rumah – RM900
Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

8. Apakah itu SARA On Off?

SARA On Off atau SARA Untuk Semua adalah pemberian RM100 (one-off) yang diberikan menerusi MyKad mulai 31 Ogos – 31 Disember 2025 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas.

9. Bagaimanakah cara untuk semak SARA On Off?

Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus mulai 21 Ogos 2025.