eVetting 3.0 – Daftar / Login CGSO evetting3.cgso.gov.my

eVetting 3.0 merupakan sistem tapisan keselamatan dalam talian yang dibangunkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) melalui laman rasmi evetting3.cgso.gov.my.

Sistem ini diwajibkan kepada penjawat awam dan individu tertentu yang memohon jawatan strategik dalam perkhidmatan kerajaan bagi memastikan tahap integriti dan keselamatan yang tinggi.

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah lengkap cara daftar dan log masuk eVetting 3.0 secara mudah dan teratur.

Pengenalan

eVetting adalah satu sistem tapisan keselamatan atas talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Di bawah sistem ini, setiap individu akan mempunyai rekod atas talian dan ianya membantu kerajaan menghindari unsur-unsur sabotaj, subversif, espionaj dan keganasan.

Sumber: CGSO

Jenis Permohonan yang Boleh Dibuat Melalui eVetting

Sistem e-Vetting membolehkan pelbagai jenis permohonan dilakukan, antaranya termasuk Permohonan Lantikan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun, Tapisan Keselamatan Khas, serta Tapisan bagi Pelajar Tajaan.

Setiap kategori permohonan ini memerlukan jenis maklumat yang berbeza, dan adalah penting bagi pengguna untuk memastikan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan dikemas kini.

Cara Daftar eVetting 3.0

  1. Layari laman rasmi eVetting di pautan https://evetting3.cgso.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Akaun Baharu”
  3. Pilih Kategori Pengguna (contohnya: Penjawat Awam / Swasta)
  4. Pilih Jenis Pengenalan seperti MyKad atau pasport
  5. Masukkan maklumat seperti berikut:
    • Nombor MyKad
    • Nama penuh
    • Alamat e-mel
    • Poskod yang tertera pada MyKad
    • Pemohon Swasta terus ke Langkah 5
    • Penjawat Awam terus ke Langkah 3
  6. (Untuk Penjawat Awam sahaja), masukkan maklumat pengesahan seperti:
    • Tarikh Lantikan Pertama
    • atau, No. Gaji
  7. Selesaikan ‘captcha puzzle’
    • Sistem akan memaparkan captcha dalam bentuk puzzle
    • Selesaikan captcha tersebut dan klik butang Seterusnya
  8. Sahkan Identiti & Aktifkan Akaun
    • Paparan ‘pop-up’ akan muncul untuk memaklumkan bahawa identiti anda sah
    • Klik butang OK
    • Semak emel anda dan klik pada pautan “Aktif Akaun” yang dihantar ke emel
  9. Lengkapkan maklumat di tab Maklumat Akaun, termasuk:
    • ID Pengguna (username pilihan anda)
    • Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan
    • E-mel Alternatif dan Pengesahan E-mel Alternatif
  10. Tetapkan Frasa & Gambar Keselamatan
    • Masukkan Frasa Keselamatan yang mudah diingati
    • Pilih satu Gambar Keselamatan sebagai langkah tambahan keselamatan
  11. Tetapkan Soalan Keselamatan
    • Pilih 5 soalan keselamatan daripada senarai yang diberikan
    • Masukkan jawapan bagi setiap soalan
    • Klik butang Simpan
    • 📌 Langkah ini penting untuk pemulihan akaun jika terlupa kata laluan.
  12. Pengesahan Pendaftaran Akaun
    • Notifikasi ‘pop-up’ akan muncul menyatakan pengaktifan akaun telah berjaya
    • Klik butang OK
    • Anda kini boleh terus log masuk ke dalam sistem
  13. Pengesahan ID & Maklumat Keselamatan
    • Masukkan semula ID Pengguna yang telah didaftarkan
    • Lengkapkan semula Captcha Puzzle
    • Sahkan semula Gambar dan Frasa Keselamatan
    • Klik butang Betul

Manual Pengguna eVetting 3.0

evetting 3.0
evetting 3.0
evetting 3.0
evetting 3.0
evetting 3.0
evetting 3.0

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan eVetting 3.0, anda boleh rujuk pada alamant dan No. telefon berikut:

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Setia Perdana 7
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

📞 Telefon: 03-8872 6012

Soalan Lazim eVetting 3.0

KATA LALUAN

1. Apakah yang patut saya lakukan jika saya terlupa kata laluan akaun e-Vetting saya?

Anda boleh mendapatkan kembali kata laluan dengan klik “Lupa Kata Laluan” di paparan log masuk utama. Sebaik sahaja anda menghantar maklumat yang diminta, kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel yang diberikan.

2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya akaun telah dikunci?

Anda perlu menghubungi talian hotline Bahagian Tapisan untuk aktifkan semula akaun dan kata laluan yang baharu melalui emel dalam tempoh 24 jam.

3. Emel yang didaftarkan sebelum ini tidak aktif lagi, bagaimana harus mendapatkan kata laluan yang baru?

Anda perlu menghubungi talian hotline Bahagian Tapisan untuk menggantikan emel lama kepada emel yang baharu dan kata laluan yang baharu akan diberikan melalui emel yang telah dikemaskini dalam tempoh 24 jam.

ISU TEKNIKAL

1. Apakah paparan terbaik untuk menggunakan Sistem e-Vetting 3.0?

Bagi mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan browser jenis Mozila Firefox 3.0, Google Chrome ataupun Internet Explorer 10.0 ke atas.

KEPUTUSAN

1. Bagaimana untuk mengetahui permohonan saya telah selesai dan keputusan telah dikeluarkan?

Anda akan mendapat pengumuman selesai melalui emel.

2. Bagaimana untuk mendapatkan keputusan tapisan keselamatan halus/kasar?

Keputusan tapisan keselamatan halus/kasar boleh dicetak sendiri oleh anda melalui akaun e-Vetting anda ataupun Pengesah Jabatan (HOD) anda.

3. Pada ruangan mana yang membolehkan saya mencetak keputusan tersebut?

Anda perlu klik pada butang ‘Pertanyaan Status’ dan klik butang ‘Cari’ untuk membolehkan anda melihat pernyataan seperti berikut: ‘Tiada apa-apa yang buruk diketahui setakat ini’.

PENDAFTARAN

1. Apa yang perlu saya buat sekiranya ‘Pendaftaran anda telah berjaya dan kata laluan telah dihantar ke emel anda’. Namun apabila saya buka emel dan mendapati ‘Pendaftaran anda GAGAL’?

Sekiranya anda menerima emel “GAGAL” maka anda perlu menunggu dua (2) jam dan mengulangi langkah pendaftaran semula sehingga anda berjaya mendapat kata laluan. Sila pastikan ejaan nama anda sama seperti yang dipaparkan dalam kad pengenalan anda.

PERMOHONAN

1. Bagaimana cara untuk memilih borang yang sesuai untuk saya isi?

Anda perlu memilih borang mengikut surat perlantikan jawatan anda terima dahulu. Sekiranya tidak pasti boleh menghubungi talian hotline Bahagian Tapisan untuk meminta kepastian.

STATUS PERMOHONAN

1. Bagaimana untuk menyemak status permohonan saya?

Anda boleh semak kembali status permohonan dengan klik pada butang ‘Pertanyaan Status’ dan dengan klik butang ‘Cari’ untuk melihat status semasa permohonan anda.

TEMUDUGA

1. Saya telah menghantar permohonan. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?

Semua permohonan yang telah diproses akan disaring oleh Panel Siasatan terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk hadir temuduga tapisan halus.

2. Adakah semua pemohon perlu hadir temuduga?

Tidak semua permohonan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Hanya permohonan daripada tapisan halus sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

3. Bolehkah saya menukar tarikh dan pusat temuduga?

Anda boleh menukar tarikh temuduga sekiranya tarikh yang dipohon terdapat kekosongan tetapi anda tidak boleh menukar tempat temuduga tersebut.

4. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk dipanggil temuduga selepas borang permohonan diproses oleh pihak KPKK?

Tempoh untuk anda dipanggil menghadiri temuduga adalah selepas empat (4) bulan permohonan anda diproses atau boleh jadi kurang dari empat (4) bulan sekiranya permohonan pada tahun semasa adalah rendah.