FAQ Pengambilan Penjawat Awam Secara Kontrak Mulai Feb 2024

PENGAMBILAN PEGAWAI / PENJAWAT AWAM BAHARU SECARA LANTIKAN KONTRAK (INTERIM) DALAM PERKHIDMATAN AWAM MULAI 1 FEBRUARI 2024 – APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Kerajaan pada 12 Julai 2023 telah memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam. Keputusan ini diambil adalah bagi memastikan kemampanan kewangan Kerajaan bagi jangka masa panjang.

Sehubungan itu, pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sebagaimana yang diumum baru-baru ini adalah merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan Akta yang berkaitan.

Pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) ini akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak. Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.

Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan.

Semoga penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam ini dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

Soalan Lazim Pengambilan Penjawat Awam Secara Kontrak Mulai 1 Februari 2024

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan dalam perjawatan awam mulai tahun 2024 ini, anda perlu tahu bagaimana perlantikan secara kontrak ini akan mempengaruhi penjawat awam. Sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

SOALAN 1

  • Mengapakah pengambilan lantikan kontrak (interim) ini diperkenalkan?
    • Pengambilan secara lantikan kontrak ini adalah merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah memperkenalkan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam.

SOALAN 2

  • Bilakah pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak (interim) akan bermula?
    • Pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak (interim) bermula pada 1 Februari 2024.

SOALAN 3

  • Adakah urusan lantikan kontrak (interim) ini melibatkan semua Pihak Berkuasa Melantik (PBM)?
    • Urusan lantikan kontrak (interim) ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis adalah dikecualikan dalam urusan ini.

SOALAN 4

  • Bagaimanakah kaedah permohonan untuk lantikan kontrak (interim) ini?
    • Permohonan untuk lantikan kontrak (interim) adalah sepertimana lantikan tetap sebelum ini menerusi portal SPA9. Semua urusan pengambilan akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

SOALAN 5

  • Berapa lamakah tempoh bagi lantikan kontrak (interim) ini?
    • Tempoh kontrak pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga (3) tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa.

SOALAN 6

  • Adakah pegawai lantikan kontrak (interim) berpeluang untuk diserap ke jawatan tetap?
    • Ya. Pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) ini akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu lantikan tetap kelak tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan.

SOALAN 7

  • Adakah gaji pegawai lantikan kontrak (interim) berbeza dengan jawatan tetap?
    • Gaji pegawai lantikan kontrak (interim) adalah sama seperti pegawai lantikan tetap.

SOALAN 8

  • Apakah faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim)?
    • Faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP):
      • a) Ceraian UP 1.1.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak;
      • b) Ceraian UP 1.1.8 Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam; dan
      • c) Ceraian UP 1.1.12 Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract Of Service).

SOALAN 9

  • Bagaimana proses penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim)?
    • Penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim) adalah berdasarkan dasar dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

SOALAN 10

  • Bagaimana proses pemberhentian/ penamatan pegawai lantikan kontrak (interim)?
    • Proses pemberhentian/ penamatan pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan terma kontrak.

SOALAN 11

  • Adakah urusan penentuan gaji permulaan semasa dilantik kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu?
    • Boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuat kuasa.
Sumber infografik oleh BERNAMA

Maklumat Lanjut

Pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak (Interim) dalam perkhidmatan awam akan diserap ke PERJAWATAN TETAP menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimaklumkan kelak.

Soalan lazim boleh dimuat turun melalui :

  1. Siaran Media – Pengambilan Pegawai Baharu Secara Lantikan Kontrak (Interim) Dalam Perkhidmatan Awam Akan Diserap Ke Perjawatan Tetap
  2. Soalan Lazim

Dapatkan BUKU PANDUAN SOAL JAWAB UNTUK PEPERIKSAAN AM KERAJAAN PENJAWAT AWAM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!