Lagu Negeri Kelantan: Sejarah, Lirik, Audio & Video

Selamat Sultan” merupakan tajuk lagu rasmi negeri Kelantan Darul Naim.

Lagu ini biasanya dinyanyikan di acara-acara rasmi kerajaan negeri Kelantan.

Malah, para pelajar di sekolah rendah juga sudah didedahkan dengan lagu ini dimana mereka akan menyanyikan lagu ini disamping lagu Negaraku ketika waktu perhimpunan pagi.

Lirik Lagu Negeri Kelantan

lagu negeri kelantan

Berikut merupakan lirik penuh lagu negeri Kelantan:

Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman Sentosa Tuhan Sirami
Kekal Memerintah Kami
Kasih Dan Taat Setia Disembahkan
Keriangan Diucapkan
Segala Kebesaran Allah Cucurkan
Bertambah Kemuliaan

Artikel menarik: e-Qaryah : Permohonan Nikah Kelantan & Borang Online

Sejarah

Haji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni al-Marhum Sultan Muhammad ke-IV supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927.

Tiga tahun berikutnya yakni pada tahun 1930, Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.

Pencipta lagu ialah Encik Abdul Aziz Abdullah, seorang guru pancaragam (Band Master) dalam Pasukan Polis Kelantan pada masa itu.

Manakala liriknya pula ditulis lapan tahun kemudian, iaitu pada tahun 1935, oleh Wan Ibrahim bin Wan Mustafa, seorang guru bahasa Melayu lepasan Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.

Sumber: Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan

Lagunya sehingga sekarang mengalami sedikit perubahan pada irama dan rentak manakala lirik kekal terpakai sehingga sekarang.

Lagu ini dimainkan pada majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan negeri atau agensi kerajaan negeri, terutamanya di majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

Artikel berkaitan: KelantanPay: Daftar dan Buat Pembayaran Online

Video & Audio

Sekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.

Artikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!