Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 2023/2024

PERMOHONAN DALAM TALIAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 1 2023/2024 PENGAMBILAN MAC TELAH DIBUKA

Tarikh Permohonan Dibuka:
9 Januari 2023

Tarikh Permohonan Ditutup:
5 Februari 2023

Calon-calon lepasan SPM/SPMV/STPM/STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

kolej profesional mara kpm

Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (Ambilan Februari 2023)

Permohonan telah dibuka mulai 9 Januari hingga 5 Februari 2023.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
kolej profesional mara

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2022 (KPM)

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)
ii. Diploma in Business Studies (DBS)
iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
viii. Diploma in International Business (DIB)
ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
x. Diploma in Marketing (DMK)
xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:

kolej profesional mara kpm

Tarikh-tarikh Penting

  • Semakan Keputusan Permohonan : 24 Februari hingga 2 Mac 2023
  • Semakan Keputusan Rayuan :15 Mac hingga 26 Mac 2023
  • Lapor Diri / Pendaftaran: 30 Mac 2023

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA

Sila layari https://hi-edu.my/ untuk memohon.

Rujuk MANUAL PERMOHONAN melalui lampiran di bawah:

NOTA:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: