5 Keunikan dan Keistimewaan Malaysia

Malaysia sering diagung-agungkan sebagai sebuah negara yang unik namun tahukah anda apakah sebenarnya keunikan Malaysia?

Dengan kewujudan pelbagai kaum, warna kulit, agama dan gaya hidup rakyat negara kita masih mampu hidup dengan harmoni dan sejahtera.

Selain itu, Malaysia dikatakan terkenal kerana Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Malaysia telah menjadi pilihan utama pelancong bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan pelancong lebih suka memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama sekeluarga.

Walaupun jarak Malaysia jauh dari negara asing seperti Eropah namun hal ini juga tidak akan menjadi penghalang kepada pelancong.

Mari lihat senarai keunikan yang terdapat di Malaysia.

5 Keunikan dan Keistimewaan Malaysia

1. Kaya dengan Tradisi dan Budaya

Malaysia dikenali sebagai negara multietnik kerana pendudukanya terdiri daripada banyak suku kaum.

Bukan sahaja Melayu, penduduk di Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India dan pelbagai suku lain.

Kepelbagai dan keunikan ini mewujudkan tradisi dan budaya yang terdapat di Malaysia.

Pelbagai jenis budaya yang wujud di Malaysia turut mempengaruhi kepelbagaian jenis makanan yang boleh dinikmati di negara ini dan menonton pelbagai jenis persembahan kebudayaan dan keseniaan serta.

2. Cuaca dan Iklim

Antara keunikan Malaysia adalah walaupun iklimnya khatulistiwa, tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan utara Sabah menalami iklim monsum tropika.

Cuaca panas dan sejuk yang mendominasi di Malaysia menarik minat ramai pelancong untuk berkunjung terutama pelancong yang datang dari negera beriklim sejuk.

Para pelancong akan berasa selesa di Malaysia untuk menikmati panas matahari yang jarang mereka rasai di negara asal.

3. Tarikan Semulajadi yang Pelbagai dan Menawan

Walaupun bukan negara kepulauan, Malaysia mempunyai banyak pulau eksotik dengan sumber semulajadi awah air yang menawan dan inilah antara keunikan Malaysia yang tidak terdapat di semua negara luar.

Selain itu, anda juga boleh singgah ke pelbagai pantai yang cantik di Malaysia, baik di Malaysia barat atau Malaysia Timur.

Selain itu, Malaysia mempunyai tarikan semulajadi lain berupa gunung, taman negara, hutan belantara, sungai, air terjun dan juga perkampungan pelancong.

Artikel berkaitan: Semakan Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC

4. Bajet Percutian Mampu Milik

Percutian ke negara ini tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar.

Bermua dari kos penginapan, harga makanan dan bayaran masuk ke plebagai tarikan pelancongan di Malaysia agak murah jika dibandingkan dengan negara luar.

Selain itu, terdapat banyak tempat pelancongan percuma yang boleh menjadi alternatif percutian murah di Malaysia.

Inilah antara keunikan Malaysia yang menjadikan negara ini pilihan utama pelancong dari luar negara kerana mereka tidak perlu berbelanja besar di negara kita.

keunikan Malaysia

> Dapatkan pelbagai magnet peti ais Malaysia untuk cenderamata

5. Insfrastuktur yang Mencukupi

Keunggulan insfrastruktur adalah satu lagi ciri dan keunikan Malaysia yang membuatkakn pelancong berasa selesa melancong ke negara ini.

Malah pelbagai insfrastuktur di negara ini boleh dianggap berkelas antarabangsa, bermula dari mod penerbangan hingga pengangkutan darat, Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara maju.

keunikan Malaysia

Begitu Banyak Keunikan Malaysia Yang Perlu Kita Hargai

Tentunya sebagai anak Malaysia kita perlu bangga dengan identiti negara kita, di mana setiap Negeri membawa identiti dan keunikan yang tersendiri.

Hidup di negara yang berbilang kaum dan bangsa, merupakan keunikan negara Malaysia.

Nikmat yang kita kongsi bersama, pelbagai budaya, pelbagai gaya – semua ini takkan dikecapi tanpa usaha dan pengorbanan pahlawan negara.

Keunikan negara kita yang berbilang bangsa tiada tandingan dengan mana-mana negara di dalam dunia. Rakyat kita hidup aman makmur dan sejahtera di bawah satu bumbung, saling hormat menghormati dan menghargai satu sama lain dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk membina, memelihara dan mempertahankan bumi dan negara kita yang tercinta ini.

Bersamalah kita menyemarakkan semangat membara kita dan memperingati serta menghayati makna kesatuan kita bersama sebagai satu bangsa dan negara. Tak kiralah apanya irama dan budaya kita, marilah kita menanam tekad untuk bergerak dan mara ke depan dengan satu rentak dan langkah yang sama, demi masa depan kita dan anak-anak kita dan untuk negara dan tanahair kita yang tercinta.

Bersama kita meneruskan perjuangan kita untuk membela nasib dan mempertahankan aspirasi dan nadi rakyat kita demi masa depan negara yang lebih maju dan berjaya.

“Kita boleh hidup dengan baik, dengan manis muka, dengan perasaan kasih mesra antara satu dengan lain, tidak terkira apa bangsa, apa agama, apa rupa, apa kulit, apa saja tak terkira asal kita boleh hidup sama sekali sebagai satu bangsa!” – Tunku Abdul Rahman sempena penubuhan Malaysia, 16hb September 1963

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!