Keputusan AJL 37: Pemenang & ‘Highlights’ Anugerah Juara Lagu

Keputusan AJL 37 : Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 / 2023

Aina Abdul merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dengan pengumuman tersebut, Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Aina turut diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Suatu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow dan mereka membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.

Shiha Zikir mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi.

Khai Bahar yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

PERSAINGAN SENGIT! INI KOMEN JURI-JURI TENTANG SETIAP KEPUTUSAN PEMENANG AJL 37 YANG DINOBATKAN

Ketua Juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan persaingan sengit berlaku antara lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dan Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne.

Menurut Mokhzani, Terus Hidup bersaing rapat dengan Satu Malam Di Temasek namun apa yang memisahkan mereka sebagai juara dan naib juara adalah persembahan vokal.

“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat beza markah mereka iaitu Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek. Apabila permarkahan dibuat menerusi melodi, ia ada pada Terus Hidup, manakala kreativiti pula ada pada Satu Malam Di Temasek.

“Namun, kedua-dua lagu mempunyai kekuatan pada lirik dan juga vokal. Tapi kami melihat kekuatan vokal dalam dua medium, iaitu vokal dalam album dan juga vokal atas pentas AJL 37.

“Tatkala Aina dinobatkan sebagai Vokal Terbaik, ia adalah antara faktor yang mengangkat ia menjadi juara dengan kelebihan sebanyak dua markah. Begitu juga dengan lagu yang meraih tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop dan balada.

“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawakan oleh lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos jadi pilihan.

“Selain itu, antara lagu yang turut mendapat markah yang paling hampir adalah Korban nyanyian Ernie dan Kembali Terang nyanyian Marsha Milan yang masing-masing berada di tempat keempat,” katanya ketika sidang media usai AJL 37, malam tadi.

Dedah Mokhzani, susunan lagu Terus Hidup di AJL 37 yang dijayakan oleh Jenny Chin ‘berbahaya’ dan mampu menjerat Aina namun penyanyi itu sukses membawakannya dengan baik.

“Jika diteliti semula persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading versi rakaman, ada sedikit perbezaan. Apa yang digarap oleh Jenny dalam susunan lagu itu bukan mudah.

“Kalau disemak kembali bahagian akhir lagu yang dipersembahkan secara langsung, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ Aina.

“Menariknya, bahagian ‘susah’ itu disampaikan Aina dengan baik. Jadi, juri sebulat suara meletakkan Aina sebagai juara AJL 37 tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah bersifat luar biasa,” katanya lagi.

Sumber: xtra.com.my

Senarai Penuh Pemenang AJL 37

Tahniah buat para pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)!

Berikut keputusan rasmi dan senarai pemenang AJL 37 :

  • Juara AJL37: Terus Hidup – Aina Abdul
  • Naib Juara: Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow & SonaOne
  • Tempat Ke-3: Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos
  • Vokal Terbaik: Aina Abdul
  • Persembahan Terbaik: Irama – Shiha Zikir
  • Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar
keputusan juara ajl 37
keputusan ajl 37
keputusan ajl 37
keputusan ajl 37

Kredit: Facebook TV3 Malaysia

Kemuncak AJL37 (Highlights)

Kemuncak malam paling berprestij industri muzik tanah air, AJL37 telah melihat 12 lagu bertarung untuk gelaran Juara Lagu.

Lagu-lagu yang tersenarai sebagai finalis adalah:

  1. Nang – Iman Troye
  2. Sengsara – Khai Bahar
  3. Mainan – Naim Daniel
  4. Bahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim
  5. Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos
  6. Korban – Ernie Zakri
  7. Payung Pelangi – Noki & MK
  8. Irama – Shiha Zikir
  9. Debu – Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  10. Kembali Terang – Marsha Milan
  11. Terus Hidup – Aina Abdul
  12. Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow & SonaOne
https://www.youtube.com/watch?v=PLVVd2BDl5o

Saksikan sorotan persembahan daripada Blues Gang, kumpulan Exists dan Kugiran MASDO dengan lagu Khatulistiwa dan Apo Nak Di Kato, Langkah Seiringan dan Bunga di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).

HIGHLIGHT: Sengsara – Khai Bahar | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Terus Hidup – Aina Abdul | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Payung Pelangi – Noki & MK | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Debu – Dayang Nurfaizah & Amir Masdi | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow & SonaOne | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Irama – Shiha Zikir | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Korban – Ernie Zakri | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Bahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Kembali Terang – Marsha Milan | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Mainan – Naim Daniel | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Nang – Iman Troye | #AJL37 (12 Feb 2023)

HIGHLIGHT: Lagu Untukmu / 7 Nasihat / Nuri / Mentera Semerah Padi x Mantera Beradu | #AJL37 (12 Feb 2023)

Senarai Pemenang AJL 1986 – 2022

Anda berpuas hati dengan keputusan AJL 37 ?

Berikut senarai pemenang AJL dari tahun 1986 – 2022.

TAHUNAJLLAGUPENYANYI
19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER
19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON
19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM
19894IsabellaSEARCH
19905Janji ManismuAISHAH
19916Takdir Dan WaktuMEGA
19927Pada Syurga Di WajahmuDATO’ NASH
19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF
19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR
199510Cinta Beralih ArahAISHAH
199611Jerat PercintaanDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
199813CindaiDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199914AndalusiaDATUK M. NASIR
200015BalqisDATO’ SRI SITI NURHALIZA
200116Mimpi LailaYASIN
200217KeliruNURUL & AJAI
200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR
200419Relaku PujukSPIDER
200520GemilangJACLYN VICTOR
200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR
200722Itu KamuESTRANGED
200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN
200924PergiAIZAT AMDAN
201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI
201126Awan NanoHAFIZ SUIP
201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA
201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP
201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE
201530PotretAKIM & THE MAJISTRET
201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH
201732JampiHAEL HUSAINI
201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
201934SumpahNAIM DANIEL
202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH
202237Terus HidupAINA ABDUL

[FULL] Siaran Ulangan Anugerah Juara Lagu AJL 37

Strim langsung HD hanya di Tonton juga saksikan di TV3. Download aplikasi Tonton atau layari https://www.tonton.com.my

https://www.youtube.com/watch?v=9dbWtbX3TFQ

https://www.tonton.com.my/ajl37/

Anda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/

atau aplikasi Tonton : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tonton.mobile&hl=ms&gl=US

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: