Permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) 2026 Yayasan Bank Rakyat kini dibuka kepada graduan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana menerusi melalui portal Yayasan Bank Rakyat http://application.yayasanbankrakyat.com.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai anugerah ini.

Mengenai Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA)
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) ini ialah satu insentif yang diwujudkan oleh Yayasan Bank Rakyat bagi menghargai pencapaian cemerlang graduan dalam bidang akademik khususnya bagi graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Menerusi anugerah ini, insentif sebanyak RM1,000 diberikan kepada graduan yang melepasi syarat kelayakan permohonan.
Ini secara tidak langsung mendorong para graduan untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan sejajar dengan objektif Yayasan Bank Rakyat untuk mempromosikan pengayaan pengetahuan, pembelajaran kreatif serta peningkatan taraf sosioekonomi bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 9 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2026.
Jumlah Insentif
Jumlah insentif yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 secara one-off.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak memohon anugerah ini adalah seperti berikut:
- Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda; atau
- Graduan Sarjana
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon anugerah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun pada masa tarikh tutup permohonan.
- Pemohon mestilah graduan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf.
- Bergraduat ATAU menamatkan pengajian bermula Januari 2024 sehingga Mac 2026. Mempunyai transkrip akademik rasmi dan surat senat/pengesahan tamat pengajian.
- Memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 dan keatas.
- Pemohon yang tamat Pengajian di luar negara perlu terlebih dahulu mendapatkan kesertaraan keputusan yang disahkan daripada Universiti dengan memperoleh kepujian kelas pertama PNGK 3.50 dan ke atas.
- Keutamaan diberikan kepada Anggota Bank Rakyat atau Anak kepada Anggota Bank Rakyat sahaja.
Cara Memohon
Semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat http://application.yayasanbankrakyat.com.my.
Soalan Lazim
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) merupakan insentif yang diwujudkan oleh Yayasan Bank Rakyat bagi menghargai pencapaian cemerlang graduan dalam bidang akademik khususnya bagi graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Peringkat pengajian yang dibernarkan memohon adalah Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master).
Permohonan dan penyerahan dokumen sokongan perlu secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat http://application.yayasanbankrakyat.com.my
Tidak perlu. Semua permohonan dan penyerahan dokumen dilakukan secara dalam talian sahaja.
Tidak. Permohonan hanya boleh dipohon sepenuhnya secara atas talian sahaja.
Pemohon hanya layak menerima anugerah ini 1 Kali SAHAJA seumur hidup.
Pemohon boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui portal YBR. Semakan boleh dilakukan dalam tempoh 2-3 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Anugerah Kecemerlangan Akademik ini, sila layari laman web https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/anugerah-kecemerlangan-akademik-yayasan-bank-rakyat/.
Baca juga: INSIS YP: Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak 2026




