Cukai Perkhidmatan 2024 : Kadar & Perkhidmatan Yang Dicukai

Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI di bawah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara yang akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat. Langkah ini termasuk peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan.

Peluasan skop perkhidmatan ke atas kumpulan perkhidmatan sedia secara amnya untuk menyelaraskan dan memberikan layanan sama rata dalam industri yang sama. Sebagai contoh:

  • Perkhidmatan baharu pusat karaoke yang berunsur hiburan sama seperti dengan kelab malam, dewan tari menari & kabaret di bawah Kumpulan C.
  • Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan yang pada masa ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan diperluas untuk meliputi industri pembrokeran lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah.
  • Perubahan kadar Cukai Perkhidmatan daripada 6% kepada 8% tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini. Sebagai contoh perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%. Ini termasuk perkhidmatan baharu iaitu logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Pemansuhan GST

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) telah dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar standard 6%.

Bagaimanapun, tiga tahun kemudian, pada bulan Mei, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa GST akan dimansuhkan dan digantikan dengan SST.

Pada 1 Jun 2018, dan kadar GST telah dikurangkan daripada 6% kepada 0%, yang merupakan permulaan peralihan daripada GST kepada SST.

Objektif pemansuhan GST adalah untuk meletakkan lebih banyak kuasa beli di tangan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah hingga sederhana. Ramai orang percaya bahawa GST meningkatkan kos sara hidup sejak ia dilaksanakan.

Pada 31 Ogos 2018, GST telah dimansuhkan, dan SST telah dilaksanakan pada 1 September 2018.

Mulai 1 Mac 2024, cukai perkhidmatan di Malaysia telah dinaikkkan pada kadar 8% berbanding 6% sebelumnya.

Artikel berkaitan: Maksud GST, Kelebihan dan Perbandingan Dengan SST

Apa Itu Cukai Perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan (CP) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services). Cukai ini juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

Kadar cukai

Kadar cukai perkhidmatan ialah 8% untuk semua perkhidmatan bercukai berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Meskipun reformasi percukaian ini diperlukan untuk mengukuhkan asas kewangan negara, Kerajaan telah mengambil pelbagai pertimbangan agar rakyat TIDAK DIBEBANI dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam khidmat keperluan penting.

Senarai Perkhidmatan Yang Dikenakan Cukai

Ringkasan peluasan skop perkhidmatan bercukai berkuat kuasa pada 26 Februari 2024 dan tarikh kuat kuasa kadar cukai adalah pada 1 Mac 2024.

Jadual kumpulan perkhidmatan bercukai adalah seperti di bawah:

Kumpulan Perkhidmatan Bercukai berkuat kuasa pada 26 Februari 2024Cadangan
Peluasan SkopKadar Baharu
Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan 8%
Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi 6%
Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urutPusat Karaoke8%
Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas 8%
Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf 8%
Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib 8%
Kumpulan G: Profesional
PerundanganPerakaunanPenilaian/ PenaksiranKejuruteraan, Seni binaPerundingan, latihan & tunjuk ajarTeknologi maklumat (IT)/ DigitalPerkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)Perkhidmatan pekerjaanPerkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan8%
Kumpulan H: Kad kredit atau kad caj Kekal RM25
Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain
Insurans & takafulTelekomunikasiAgen KastamPenyedia ruang (parkir) letak kenderaanServis kenderaan bermotorPerkhidmatan kurierPerkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaranPengiklananBekalan elektrik domestik >600kWhPengangkutan penumpang udara tempatan kecuali RASPembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)Pembersihan
Pembrokeran & penajajaminan (peluasan ke atas perkhidmatan selain kewangan seperti kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah)Semua dinaikkan kepada kadar cukai perkhidmatan 8% kecuali perkhidmatan berikut kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%:Perkhidmatan telekomunikasiPenyedia ruang (parkir) kenderaan; danMakanan dan minuman (F&B)
Kumpulan J: Perkhidmatan logistik
perkhidmatan logistik termasuk keseluruhan atau sebahagian daripada rantaian bekalan perkhidmatan pengurusan logistik, perkhidmatan penggudangan atau pengurusan penggudangan, perkhidmatan penghantaran fret, perkhidmatan pelabuhan atau lapangan terbang, perkhidmatan perkapalan, perkhidmatan penerbangan atau perkhidmatan kemudahan rantaian sejukperkhidmatan penghantaran, pengedaran atau pengangkutan barangperkhidmatan penghantaran, pengedaran atau pengangkutan barang, dokumen atau bungkusan melalui platform E-Dagang termasuk bagi pihak mana-mana orangperkhidmatan kiriman cepat yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741]Ejen kastam
 6

Perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai perkhidmatan adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C;
  2. Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I
  3. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.
  4. Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G

Sumber: Jabatan Penerangan WPKL

TERKINI : Cukai Perkhidmatan Bagi Penggunaan Elektrik

Kerajaan ingin menekankan bahawa perubahan kepada Cukai Perkhidmatan tidak akan memberi kesan kepada sekitar 85% pengguna elektrik domestik. Ini adalah kerana Cukai Perkhidmatan hanya akan dikenakan kepada pengguna di rumah kediaman yang melepasi penggunaan 600kWj sahaja.

Berikut adalah paparan penjelasan tentang kadar Cukai Perkhidmatan bagi elektrik.

Muat Turun: Soalan Lazim : Peluasan Skop Perkhidmatan Bercukai Dan Perubahan Kadar Cukai Perkhidmatan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!