Senarai Kafe di Kelantan untuk Peminat Kopi

Senarai Kafe di Kelantan untuk Peminat Kopi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

20+ Kafe di Kelantan untuk Peminat Kopi 

Siapa sini peminat kopi, angkat tangan!

Kopi adalah antara minuman yang mempunyai penggemarnya tersendiri. Di Kelantan, bilangan kafe yang menjadikan kopi sebagai salah satu menu utamanya semakin rancak berkembang. 

Negeri ini perlahan-lahan mengukuhkan nama sebagai destinasi kafe hipster dan syurga kopi di Pantai Timur.

Jom lihat senarai lebih daripada 20 kafe di Kelantan yang bukan sahaja menyajikan kopi berkualiti, tetapi juga menawarkan suasana unik, makanan sedap dan pengalaman yang pasti membuatkan anda ingin datang lagi!

BACA JUGA: 20+ Tempat menarik di Kota Bharu 2025 – Jom Bercuti di Kelantan!

20+ Kafe di Kelantan untuk Peminat Kopi 

1. Kopi Sawah Kelantan

  • Alamat: 3453, Jln Taliair Binjai, Kampung Teras, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 5–7:25 PM

Kopi Sawah Kelantan memang terkenal sebagai salah satu kafe di Kelantan yang wajib dicuba terutamanya untuk peminat kopi. 

Kafe menawarkan kopi tempatan yang baru dibru bersama pelbagai menu menarik seperti makanan ringan dan hidangan tempatan. 

Apa yang membezakan Kopi Sawah dengan kedai kopi lain di Kelantan ialah pemandangannya. Anda boleh menikmati kopi sambil menghadap pemandangan sawah padi yang luas. Cantik sangat terutamanya waktu senja. 

Jadi, kalau anda cari kafe dengan kopi sedap, view sawah yang memukau, dan suasana santai, Kopi Sawah Kelantan memang sangat berbaloi untuk dikunjungi.

2. Icepresso Specialty Coffee

  • Alamat: Icepresso x Dots, Lot 2103A, Jalan Guchil Bayam, Off, Jalan Dato Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 AM–6:30 PM

Icepresso Specialty Coffee yang terletak di Kota Bharu ini menampilkan konsep slow bar yang santai dan intimate. Kafe kecil ini fokus pada kualiti hidangan mereka dan menggunakan biji kopi yang benar-benar berkualiti. 

Di sini, anda boleh berbual santai bersama barista mereka tentang asal-usul kopi, rasa kopi yang diinginkan ataupun meminta cadangan cara minum kopi sama ada sedap tambah susu ke tak, dan sebagainya. 

Kalau anda suka kopi specialty dan suasana santai, kafe ni memang wajib singgah!

3. Pondok Kopi

  • Alamat: Lot 64 Kampung, 17700 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hati, 11 AM–8 PM

Kalau korang lalu dari Terengganu ke utara, kafe Pondok Kopi ni terletak di bahagian kanan jalan. Jangan lupa singgah minum secawan kopi sebelum teruskan perjalanan. Sumpah nikmat!

Kafe comel ala cottage ini bukan saja cantik dan cozy tapi juga menyajikan kopi yang berkualiti dan menarik. Selain kopi, hidangan pencuci muka pun ada. 

Yang paling best, setiap sudut di kafe ini sangat instagramable! Memang sesuai sangat untuk lepak, ambil gambar dan rehat sekejap.

4. MocBaa Cafe

  • Alamat: No.59 kampung, Jalan Raja Sakti, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 1:30–10:30 PM

MocBaa Cafe. satu lagi hidden gem di Kelantan yang  boleh jumpa di kawasan kampung, Kafe dengan konsep “harga lorong, citarasa hotel” ini menghidangkan makanan dengan  porsi besar,  sedap dan harga berpatutan. Rasa kopinya pun tidak diragukan lagi. Memang puas hati. 

Antara menu yang jadi kegemaran ramai di sini adalah grilled chicken, laksa, tomyam,  rojak campur dan beberapa lagi. 

Paling best, barista, chef dan waiter semuanya mesra dan ramah. Dari segi servis, makanan, dan harga – memang layak dapat 5 bintang!

5. Duson Coffee Kelantan

  • Alamat: Jambatan Seterpa, Jalan Masjid Seterpa, 16400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 3–11 PM

Duson Coffee Kelantan juga salah satu kafe di Kelantan yang semakin popular. Kafe ini terkenal sebagai kafe pilihan untuk lepak bersama kawan-kawan dan keluarga dengan suasana yang santai. 

Duson Coffee menawarkan pelbagai menu kopi dan minuman bukan kopi. Selain itu, ada juga beberapa menu makanan seperti nasi lemak, lontong, fish & chips, pasta dan macam-macam lagi. Ais krim pun ada jual kat sini. 

6. Ngofee

  • Alamat: Lot 1643, Jalan Yakobiah, Kampung Bayam, 15200 Kota Bahru, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4 PM–12 AM

Ngofee ialah sebuah kafe moden di Kota Bharu yang menonjolkan rasa sebenar kopi  dengan kopi berkualiti tinggi dan suasana eksklusif. 

Selain kopi, Ngofee juga menyediakan pelbagai pilihan pastri dan makanan berat termasuk menu istimewa seperti Chilli Butter Clam, Chicken Chop dan sebagainya. 

Suasana kafe yang moden dan layanan mesra stad menjadikan Ngofee antara pilihan utama pencinta kopi di Kota Bharu. 

7. Hattori Coffee

  • Alamat: Hattori Coffee, Pantai Kemayang, 16020 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 3:30–11 PM

Kalau nak minum-minum kopi sambil bersantai di pantai, Hattori Coffee adalah pilihan yang terbaik. 

Selain kopi, ada juga pelbagai jenis minuman non-coffee turut di jual di sini. Hidangan pencuci mulutnya pun ada macam-macam. Kalau nak makan yang agak berat macam pasta, pun ada. 

Hattori Coffee juga sering menganjurkan acara menarik seperti #HattoriRaya yang menampilkan pertunjukan api dan pemberian nasi lemak percuma. 

8. HOPEA

  • Alamat: PT 2770, Jln Tok Guru, Kampung Tanjung Mas, 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 7 AM–6:30 PM, 8 PM–12 AM

Hopea Cafe juga merupakan salah satu kafe di Kelantan yang semakin mendapat perhatian ramai. Kafe ini menjadi pilihan ideal untuk anda yang ingin bersarapan, lepak petang atau sekadar menikmati kopi. 

Dibuka seawal jam 7 pagi, Hopea Cafe menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti pastri, Nasi Ayam Gepuk, Nasi Arab Damsyik, Chicken Chop, Nyonya Mee Kari dan pelbagai lagi. 

9. Tufam Coffee

  • Alamat: Tufam Coffee, Jalan Pasir Mas, 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–12 AM

Seterusnya, kafe di Kelantan yang wajib dikunjungi oleh peminat kopi ialah Tufam Coffee. 

Kafe ini  menawarkan kopi yang berkualiti dan suasana ‘outdoor’ yang santai. Sangat sesuai untuk lepak-lepak dan menghabiskan masa bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan. 

Harga minuman dan makanan di kafe ini sangat berpatutan untuk kualiti dan portion yang diberi. Servis pun cepat dan mesra. Tempat duduk selesa, sesuai untuk lepak, study atau sambil buat kerja.

Kalau korang berada di Kelantan dan cari port santai sambil layan kopi sedap, Tufam Coffee memang tempat yang patut ada dalam senarai korang. Highly recommended!

10. Kami Coffee

  • Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 12:30 PM–12 AM

Kami Coffee terkenal dengan konsep estetik dan suasananya yang tenang. Ini menjadikannya pilihan popular dalam kalangan anak muda dan peminat kopi yang mencari tempat santai untuk bersosial atau bekerja. 

Antara menu yang ditawarkan di kafe ini termasuklah pelbagai jenis kopi, pastri dan hidangan ringan yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

@madyazhim

📍Kopi Kami , Kota Bharu Kelantan. Terjumpa port baru untuk healing di kb. Sini kopi one of the best and makanan pun sedap. #makanlokal #myfoodie #cafekotabharu #kelantanfoodie

♬ Ku Tak Membencimu – Rebing Yete

11. Kofee Brew Kafe

  • Alamat: Lot 2196-B, Kampung Kota, Jalan Masjid, 15100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10:30 AM–12 AM

Kofee Brew Kafe di Kota Bharu memang menjadi pilihan ramai peminat kopi. Selain kopi, kafe ini juga menawarkan menu makanan seperti tomyam, grilled poultry, spaghetti dan macam-macam lagi. 

Jadi, selain menikmati kopi berkualiti, anda boleh cuba pelbagai hidangan yang disediakan sambil lepak bersama rakan atau keluarga di Kofee Brew Kafe, Kelantan. 

12. Senja by Snowtown

  • Alamat: Lot 2007-A, Seksyen 37, Jln Tok Guru, Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12 PM–12 AM (Hari Jumaat: 3 PM–12 AM)

Satu lagi kafe di Kelantan yang waijb dikunjungi oleh peminat kopi ialah Senja by Snowtown. Kopi di kafe ini memang jadi pilihan ramai kerana kualiti dan rasanya Sangat sesuai untuk anda yang suka kopi latte atau espresso dengan harga berpatutan. 

Selain kopi, kafe ini juga terkenal dengan pelbagai handcrafted mocktail, snow ice, serta menu makanan ringan dan sajian barat yang menarik. 

Suasana kafenya pun sangat cozy, sesuai untuk lepak dan bersembang santai dari tengah hari hingga tengah malam.

13. Sogno Coffee

  • Alamat: PT 210 , Ground Floor, Depan KB Mall, Jalan Hamzah, Seksyen 19, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 
  • Waktu Operasi: 8:30 AM–12 AM

Nak lepak kafe yang classy, aesthetic & kopi padu di Kelantan? Anda perlu cuba Sogno Coffee!

Sogno Coffee antara kafe paling stylish dan moden di Kelantan yang wajib dicuba. Dari luar dah nampak eksklusif, dan bila masuk, wow! 

Suasana dalam kafe sangat estetik, minimalis dan selesa. Lighting pun cantik, sesuai sangat untuk OOTD dan lepak lama-lama.

Dari segi pilihan kopi, ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Antaranya ialah americano, espresso, coconut latte, pistachio latte, avocado latte, caramel latte dan macam-macam lagi. Pastri di sini pun sedap-sedap!

14. Edisi Last

  • Alamat: 270, Jalan 3 Desa Darul Naim, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5–10 PM

Edisi Last di Kota Bharu adalah tempat lepak yang sangat unik dan penuh dengan karakter! Ini memang port lepak wajib kalau korang ke Kota Bharu, Kelantan. 

Vibes di sini memang sangat santai, sesuai untuk healing, borak panjang atau siapkan kerja sambil layan kopi. 

Menariknya lagi, di sini ada hanya dua jenis kopi dijual iaitu iced latte dan iced black. Selain kopi, ada beberapa lagi pilihan lain seperti coklat dan matcha. 

@slowbarbyedisilast

Hi! Everyone yang tinggal di area Pasir Tumboh feel free to come at our small home cafe. Kami buka pada 5 petang sehingga 10 malam. 🙌🏻 thank you! Do follow us on instagram @edisilast ya ! #slowbarcoffee #pasirtumboh

♬ Lemon – Numcha Remake – ADOY

Selain kopi, Edisi Last juga biasanya tawarkan menu sampingan seperti kek homemade, pastry, dan kadang-kadang ada minuman unik ikut musim. Jadi, kalau anda peminat kopi dan suka suasana cozy, Edisi Last memang berbaloi untuk dicuba!

15. SILA by Hamara

  • Alamat: Semut Api Daerah Badang, Lot 752, Mukim, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali selasa, 1–11 PM

SILA by Hamara menawarkan menu kopi espresso-based. Selain kopi, SILA by Hamara juga terkenal dengan pizzanya. 

Suasana kafe yang santai dan sering mengadakan promosi seperti Happy Hour, menjadikannya port lepak yang menarik untuk pelbagai golongan.

Selain kopi, SILA by Hamara turut menawarkan pelbagai makanan viral dan sering terlibat dengan acara atau pesta makanan seperti Pesta Colek. Jadi anda bukan sahaja boleh menikmati kopi berkualiti, malah boleh cuba pelbagai juadah menarik di sini. 

16. KB Brewster Coffee

  • Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–11 PM

KB Brewster Coffee juga antara kafe di Kelantan yang menjadi pilihan ramai di Kota Bharu untuk peminat kopi. 

Terletak di lokasi yang agak tenang tapi mudah diakses, kafe ini menawarkan suasana cozy dan minimalis yang sesuai untuk semua – sama ada nak lepak santai, buat kerja, atau jumpa kawan.

Ramai pelanggan puji kopinya yang berkualiti dan rasa yang aromatik berbanding kopi mesin biasa. Selain kopi, kafe ini juga ada pelbagai kek dan menu makan tengah hari yang menarik. 

17. IYL Cafe

  • Alamat: 1450, Jalan Pengkalan Demit, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 1–10 PM

Iyl Cafe adalah salah satu kafe hipster yang makin mendapat tempat di hati anak muda Kota Bharu. Kafe ini cukup selesa dan sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan, sambut hari istimewa atau chill sambil buat kerja.

Menu kopi di sini memang memuaskan! Salah satu menu yang menjadi pilihan ramai ialah Iced Spanish Latte dan Matcha Latte. Selain kopi, ada juga pilihan kek dan pastri yang pelbagai. Portion makanan pun agak besar, dan rasa pun boleh tahan sedap. 

Servis pun pantas dan staf sangat sopan serta helpful. Harga pun berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. 

18. Kopi 4 Skalo

  • Alamat: 662, Jalan Muttaqin 4/S.58, Taman Muttaqin, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 5 PM–12:30 AM

Kalau korang cari kopi yang true to taste, Kopi 4 Skalo kat KB ni memang next level! Harganya pun mesra poket. 

Selain kopi signature seperti latte dan hazelnut latte, anda juga boleh nikmati minuman berasaskan coklat, matcha dan sebagainya. Terdapat juga roti bakar dan kentang turut dijual. 

Suasana kafe ini santai dan beroperasi di kawasan garaj rumah dengan konsep terbuka. Jadi, kalau anda cari tempat santai dengan kopi sedap dan suasana chill di Kota Bharu, Kopi 4 Skalo memang patut masuk dalam senarai!

19. The Layers Cafe

  • Alamat: Lot 320 A, Jalan Hulu Pasar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10 AM–11:15 PM

Kalau anda cari kafe yang menawarkan kek dan kopi yang sedap, The Layers Cafe adalah antara pilihan yang anda boleh pertimbangkan. 

Antara pilihan yang ada hot espresso, iced toffee nut latte, Spanish latte, caramel macchiato dan signature drinks seperti Ruby Bliss Espresso serta Maldon Sea Salt Honey Latte. 

Selain itu, The Layers Cafe juga terkenal dengan kek premium seperti Turkish Indulgence, Pecan Butterscotch, Belgian Chocolate, Red Velvet dan Raspberry Pistachio. 

20. Kopi Mesin Heritage

  • Alamat: 3598, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12 PM–12 AM

Kopi Mesin Heritage di Kota Bharu menggunakan bahan berkualiti seperti mascarpone cheese bagi menghasilkan rasa kopi yang pahit, manis dan berlemak dalam satu cawan. 

Selain kopi, kafe ini juga terkenal dengan tema klasik atau old school. Dekorasinya penuh dengan barangan antik yang membawa suasana nostalgia zaman dulu. 

Menu mereka juga pelbagai, bukan sekadar kopi tetapi ada juga makanan tempatan dan kek. Kalau anda suka suasana santai, kopi berkualiti dan pengalaman berbeza dari kafe biasa, Kopi Mesin Heritage memang berbaloi untuk dicuba!

21. Thea +Leo

  • Alamat: 3529-D, Jln Sultanah Zainab, Kampung Limau Manis, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 10 AM–7 PM

Thea + Leo juga pilihan kafe di Kelantan yang anda kena cuba. Kopi di sini dihidang segar dan berkualiti, sesuai untuk peminat kopi yang mencari rasa seimbang, aroma wangi dan pengalaman minum kopi yang memuaskan. 

Selain kopi, Thea + Leo menawarkan pelbagai menu western seperti pasta, burger, dan kek. Suasana kafe juga sangat tenang dan instagrammable. 

BACA JUGA: Masjid Kampung Laut, Kelantan – Masjid Tertua di Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: