Kadar Zakat Fitrah Perak 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H / 2026M. Jom semak kadar zakat fitrah di Negeri Perak tahun ini yang ditetapkan kepada tiga kadar iaitu RM10, RM16 dan RM25, bergantung kepada jenis beras yang menjadi makanan harian pembayar zakat. Untuk kaedah yang mudah, cepat dan selamat, orang ramai amat digalakkan menunaikan bayaran zakat fitrah secara atas talian melalui FPX MAIPk di EZAKAT MAIAMP.
Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui perbankan internet Maybank2u, aplikasi GoPayz, Shopee dan SnapNPay.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)



Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Perak
Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.
Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.
KADAR DAN KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 1447H / 2026M NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
- Beras putih import dan beras super special tempatan lima peratus dan setara dengannya : RM 10
- Beras perang, beras parboiled, beras ponni, beras herba, beras wangi atau jenis yang seumpamanya : RM 16
- Beras basmati, beras Jepun, beras Calrose, beras pulut, beras merah atau jenis yang seumpamanya : RM 25

Cara Bayaran Zakat Fitrah Perak 2026
Untuk kaedah yang mudah, cepat dan selamat, kami amat menggalakkan anda membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui FPX MAIPk di https://ezakat.maiamp.gov.my
Selain itu pembayaran zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui perbankan internet Maybank2u, Aplikasi GoPayz, Shopee dan SnapNPay.
Soalan Lazim – Zakat Fitrah Perak
Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin
Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.
Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:
Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.
Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.
Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar zakat fitrah Perak 2026 ditetapkan berdasarkan jenis beras yang dimakan, iaitu:
RM10.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras putih import
Beras super special tempatan lima peratus
RM16.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras perang
Beras parboiled
Beras ponni
Beras herba
Beras wangi
Jenis beras lain yang setara dengannya
RM25.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras basmati
Beras Jepun
Beras Calrose
Beras pulut
Beras merah
Jenis beras lain yang setara dengannya
Untuk kaedah yang mudah, cepat dan selamat, kami amat menggalakkan anda membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui FPX MAIPk di https://ezakat.maiamp.gov.my
Selain itu pembayaran zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui perbankan internet Maybank2u, Aplikasi GoPayz, Shopee dan SnapNPay.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.






Baca juga: