Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H/2026M. Jom semak berapa kadar zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini, di mana ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM10, RM15 dan RM25, bergantung kepada jenis beras yang dimakan. Bayaran zakat fitrah kini boleh dibuat secara ONLINE melalui ZAKATPENANG2U.COM.
MAINPP turut menggalakkan umat Islam di Pulau Pinang menunaikan zakat fitrah menggunakan kemudahan digital seperti Portal ZakatPenang2U, JomPay, Maybank2u, MyEG, aplikasi Tulus, IKHLAS, ShopeePay dan Touch ’n Go.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Pulau Pinang
Bagi tahun ini, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengumumkan bahawa kadar zakat fitrah di Pulau Pinang bagi tahun 2026 ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu RM10, RM15, dan RM25.
Berdasarkan oleh laporan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi tahun ini, makanan asasi utama rakyat Pulau Pinang ialah beras putih import. Justeru, kadar zakat fitrah yang wajib ditunaikan di negeri Pulau Pinang adalah RM10.
TIGA (3) kadar zakat fitrah yang ditetapkan ini memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mereka dengan kadar yang lebih tinggi mengikut kemampuan.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1447H/2026 bagi negeri Pulau Pinang mengikut kadar beras yang dimakan.
RM10.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras putih import
– Thai white rice
– Beras perang
– Jenis beras lain yang setara dengannya
RM15.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras rebus
– Beras perang
– Jenis beras lain yang setara dengannya
RM25.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras wangi
– Beras pulut
– Beras herba ponni
– Beras calrose
– Beras basmathi
– atau lain-lain jenis yang setara dengannya (Beras berkualiti tinggi)


Cara Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang 2026
Anda boleh membuat bayaran zakat secara ONLINE melalui – ZAKATPENANG2U.COM
MAINPP juga menggalakkan agar umat Islam di Pulau Pinang dapat menunaikan zakat fitrah mereka melalui kaedah dalam talian yang disediakan seperti melalui Portal zakatpenang2u, JomPay, Maybank2u, MyEG, aplikasi Tulus, aplikasi IKHLAS, ShopeePay dan Touch ‘n Go.
Segala urusan penerimaan zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas & perak dan zakat-zakat yang lain beroperasi seperti biasa di semua kaunter perkhidmatan Zakat MAINPP seluruh negeri Pulau Pinang mengikut waktu operasi yang akan diwar-warkan di saluran-saluran media sosial.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H/2026M!
Soalan Lazim – Zakat Fitrah Pulau Pinang
Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin
Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.
Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:
Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.
Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.
Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar zakat fitrah Pulau Pinang 2026 ditetapkan berdasarkan jenis beras yang dimakan, iaitu:
RM10.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras putih import
Thai White Rice
Jenis beras lain yang setara dengannya
RM15.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras rebus
Beras perang
Jenis beras lain yang setara dengannya
RM25.00
Untuk mereka yang memakan:
Beras wangi
Beras pulut
Beras Herba Ponni
Beras Calrose
Beras Basmathi
Jenis beras lain yang setara dengannya
Kadar minimum zakat fitrah yang ditetapkan ialah RM10.00, berdasarkan makanan asasi majoriti penduduk negeri Pulau Pinang.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang 2026 boleh dibuat secara ONLINE melalui platform rasmi:
👉 ZAKATPENANG2U.COM
Bayaran boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu hadir ke kaunter.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Baca juga: