Kadar Zakat Fitrah Johor 2026

Kadar Zakat Fitrah Johor 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H bersamaan 2026M oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Jom semak kadar zakat fitrah di Johor tahun ini yang ditetapkan berdasarkan jenis beras makanan harian, iaitu RM8.00 bagi beras tempatan, RM10.00 bagi beras import, dan RM20.00 bagi beras import istimewa. Bagi memudahkan urusan, pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara ONLINE melalui Zakat Johor Online Payment.

Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara digital termasuk menggunakan Aplikasi Tulus, dan Perbankan Internet (Online Payment) lain.

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Johor

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1447H / 2026 bagi negeri Johor mengikut kadar beras yang dimakan.

RM8.00 per seorang (Beras Tempatan)

Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian seperti:
– Beras Super Special Tempatan
– Beras Rebus
– Beras Hancur
– Beras Perang

RM10.00 per seorang (Beras Import)

Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian selain Super Special Tempatan (Beras Import) seperti:
– Beras Putih Import (Thailand)
– Beras Putih Import (Pakistan)
– Beras Putih Import (Vietnam)
– Super Special Import
– Thai Super Special

RM20.00 per seorang (Beras Import Istimewa)

Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian kategori import istimewa seperti:
– Beras Basmathi Import
– Beras Super Wangi

zakat fitrah johor
zakat fitrah johor
Kredit: FB Majlis Agama Islam Johor

Cara Bayaran Zakat Fitrah Johor 2026

Bagi tahun 2026 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan beberapa saluran pembayaran ZAKAT FITRAH:

1. Zakat Johor Online Payment fitrah.maij.gov.my

2. Aplikasi Tulus: bayarzakatjohor.com

2. Saluran pembayaran Zakat Harta melalui Perbankan Internet (Online Payment).

*Bagi pembayaran melalui perbankan internet, sertakan bukti pembayaran dan butiran seperti berikut:

(Nama, Alamat, No. Telefon, Jumlah bayaran, Jenis Zakat,Tahun Haul)

kepada alamat email: [email protected]

zakat fitrah johor

Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H/2026M!

Soalan Lazim – Zakat Fitrah Johor

1. Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.

2. Siapakah yang wajib menunaikan Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin

3. Apakah hukum Zakat Fitrah?

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

4. Apakah syarat-syarat wajib Zakat Fitrah?

Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:

Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.

Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.

Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

5. Bagaimanakah cara bayaran Zakat Fitrah Johor 2026?

1. Zakat Johor Online Payment fitrah.maij.gov.my
2. Aplikasi Tulus: bayarzakatjohor.com
3. Saluran pembayaran zakat melalui Perbankan Internet (Online Payment).
Maybank Berhad
RHB Bank Berhad
Public Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
CIMB Bank
AmBank
Standard Chartered
Affin Bank
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Agro Bank
Bank Simpanan Nasional
MYEG
*Bagi pembayaran melalui perbankan internet, sertakan bukti pembayaran dan butiran seperti berikut:
(Nama, Alamat, No. Telefon, Jumlah bayaran, Jenis Zakat,Tahun Haul)
kepada alamat email: [email protected]

6. Berapakah kadar Zakat Fitrah Johor bagi tahun 1447H / 2026M?

Kadar Zakat Fitrah Johor bagi tahun 1447H / 2026M ditetapkan berdasarkan jenis beras yang menjadi makanan harian pembayar zakat, iaitu RM8.00 bagi beras tempatan, RM10.00 bagi beras import, dan RM20.00 bagi beras import istimewa.

7. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Baca juga: