Kadar Zakat Fitrah Pahang 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H bersamaan 2026M oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Jom semak kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini yang ditetapkan berdasarkan jenis beras makanan harian, iaitu RM8.00 bagi beras tempatan, RM14.00 bagi beras import, dan RM21.00 bagi beras basmati. Bagi memudahkan urusan, pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara ONLINE melalui EZAKAT MUIP.
Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara digital termasuk menggunakan QR Pay, FPX, kad debit dan kredit, serta perkhidmatan Google Pay dan Apple Pay.
Muat turun aplikasi EZ Amil (Google Play Store / Apps Store) ke dalam telefon anda untuk memudahkan anda membuat pembayaran secara dalam talian.
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah Pahang 2026
Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.
Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1447H / 2026 bagi negeri Pahang mengikut kadar beras yang dimakan.
- RM8 seorang – Beras putih tempatan (kadar minimum)
- RM14 seorang – Beras import atau setara
- RM21 seorang – Beras basmati atau setara

Tempoh Bayaran
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
- Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
- Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
- Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
- Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Pahang 2026
Anda boleh membuat bayaran zakat secara ONLINE melalui – EZAKAT MUIP
Umat Islam di Pahang juga dapat menunaikan zakat fitrah mereka melalui kaedah dalam talian yang disediakan seperti melalui QR Pay, FPX, kad debit dan kredit, serta perkhidmatan Google Pay dan Apple Pay.
Untuk pembayaran yang lebih mudah, muat turun aplikasi EZ Amil (Google Play Store / Apps Store) ke dalam telefon anda untuk memudahkan urusan transaksi.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H/2026M!
Soalan Lazim – Zakat Fitrah Pahang
Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.
Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin
Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.
Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:
Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.
Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.
Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar zakat fitrah Pahang 2026 ditetapkan berdasarkan jenis beras yang dimakan, iaitu:
RM8 seorang – Beras putih tempatan (kadar minimum)
RM14 seorang – Beras import atau setara
RM21 seorang – Beras basmati atau setara
Cara Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang 2026 boleh dibuat secara ONLINE melalui platform rasmi:
👉 EZAKAT MUIP
Bayaran boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu hadir ke kaunter.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Baca juga: