Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2026

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2026 telah ditetapkan bagi tahun 1447H bersamaan 2026M oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Jom semak kadar zakat fitrah di Kelantan tahun ini yang ditetapkan berdasarkan jenis beras makanan harian, iaitu RM10.00 dan RM22.00. Bagi memudahkan urusan, pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara ONLINE melalui E-FITRAH.

Apakah Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat Zakat Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Kelantan

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan ditetapkan pada kadar RM10.00 / RM22.00.

Butiran lanjut mengenai pembahagian kadar ini akan dimaklumkan secara terperinci oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan nanti.

Kredit: FB Ahmad Maher Safiain

Cara Bayaran Zakat Fitrah Kelantan 2026

Anda boleh bayar zakat fitrah ini melalaui Sistem e-Fitrah. Sistem e-Fitrah memudahkan orang ramai membayar fitrah secara atas talian yang boleh dibuat melalui 3 kaedah iaitu:

  1. FPX Internet Banking (B2C)
  2. Perbankan Internet (Melalui JomPAY)
  3. Kredit Kad/MIGS-Visa & Master Kad

Soalan Lazim – Zakat Fitrah Kelantan

1. Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan sebagai penyuci diri dan ibadah puasa, serta membantu golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri.

2. Siapakah yang wajib menunaikan Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas:
– Diri sendiri
– Setiap orang yang wajib diberi nafkah, termasuk:
Isteri
Usul dan furu’ (keturunan ke atas dan ke bawah) sama ada lelaki atau perempuan
– Dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir dan miskin

3. Apakah hukum Zakat Fitrah?

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

4. Apakah syarat-syarat wajib Zakat Fitrah?

Antara syarat wajib zakat fitrah ialah:

Al-Islam
Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang Islam, dan juga ke atas orang yang murtad selepas memeluk Islam.

Waktu
Waktu diwajibkan zakat fitrah adalah ketika terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.

Berkemampuan
Mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan.
Jika kemampuan itu hanya datang selepas waktu wajib, maka zakat fitrah tidak diwajibkan ke atasnya.
(Rujukan: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

5. Bagaimanakah cara bayaran Zakat Fitrah Kelantan 2026?

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara atas talian melalui E-FITRAH, termasuk FPX Internet Banking, JomPAY, serta kad kredit/debit (Visa & MasterCard).

6. Berapakah kadar Zakat Fitrah Kelantan bagi tahun 1447H / 2026M?

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan ditetapkan pada kadar RM10.00 / RM22.00.

7. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Baca juga: