Kad Kredit Patuh Syariah: Pilihan & Kelebihan

kredit kad patuh syariah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kad kredit patuh syariah ialah alternatif kepada kad kredit konvensional yang beroperasi mengikut prinsip Islam bebas daripada unsur riba (faedah), gharar (ketidakpastian), dan maisir (perjudian).

Menariknya, kad kredit patuh syariah bukan sahaja bebas riba dan adil, tetapi juga menawarkan pelbagai ganjaran, promosi dan perlindungan tambahan kepada pengguna.

Ia membolehkan Muslim menggunakan kemudahan kad kredit tanpa rasa ragu dari sudut hukum, sambil mengekalkan amalan kewangan yang bertanggungjawab.

Apa Itu Kad Kredit Patuh Syariah?

Tidak seperti kad konvensional yang mengenakan faedah ke atas baki tertunggak, kad kredit patuh syariah mengenakan “caj keuntungan tetap” atau ujrah atas perkhidmatan yang diberikan.

Ciri-ciri utama kad kredit patuh syariah ialah:

  • Dikenakan had pembiayaan yang munasabah – Mengelakkan beban hutang berlebihan.
  • Tiada caj faedah (interest-free) – Hanya caj keuntungan tetap dikenakan.
  • Tiada penalti berlebihan – Caj lewat bayar dihadkan kepada kadar minimum yang dibenarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.
  • Patuh prinsip syariah – Disemak dan diluluskan oleh panel syariah bank masing-masing.

Di Malaysia, kad kredit patuh syariah biasanya akan disertakan dengan huruf “i” pada hujung nama kad tersebut misalnya:

  • Bank Islam Visa Platinum Credit Card-i
  • Maybank Islamic Ikhwan Mastercard Gold Card-i
  • MPower Platinum Credit Card-i

Kelebihan kad kredit patuh syariah

Berbanding kad kredit konvensional, kad kredit patuh syariah atau Islamik menawarkan banyak kelebihan dari segi etika, keselamatan dan kepatuhan hukum. Antara kelebihan utama ialah:

  • Tiada unsur riba – Semua caj keuntungan ditetapkan secara telus tanpa faedah berganda.
  • Disahkan oleh pakar syariah – Setiap produk dikawal oleh Majlis Syariah Bank Negara Malaysia.
  • Caj lewat bayar yang adil – Maksimum 1% sahaja, tidak membebankan pengguna.
  • Diskaun & ganjaran halal – Sesuai untuk pengguna Muslim yang mementingkan integriti kewangan.

Senarai kad kredit patuh syariah terbaik

Setiap kad kredit patuh syariah menawarkan kelebihan berbeza bergantung kepada gaya hidup dan keperluan pengguna.

Ada yang fokus kepada pulangan tunai, ada yang menawarkan mata ganjaran dan pelbagai lagi manfaat lain seperti takaful percumma dan sebagainya.

1. Kad Kredit-i Maybank Islamic Ikhwan Mastercard Gold

kad kredit patuh syariah maybank
  • Pakej Umrah/Percutian: 3 pemenang bulanan akan dipilih untuk memenangi pakej Umrah (bagi yang beragama Islam) atau pakej percutian (bagi yang bukan beragama Islam) untuk 2 orang.
  • Rebat 5% untuk perbelanjaan petrol dan barang runcit pada hari Jumaat dan Sabtu, dengan had maksimum RM50.00 untuk setiap pemegang kad setiap bulan (Pemegang Kad Utama sahaja).
  • Tabung Amal. Untuk setiap perbelanjaan, pihak Bank akan menderma 0.1% untuk tujuan amal.
  • TreatsPoints. Setiap perbelanjaan RM1 di dalam dan di luar negara akan diberi 1x TreatsPoints (kecuali perbelanjaan petrol, badan kerajaan dan barang runcit pada hari Jumaat & Sabtu)

Maklumat lanjut, syarat dan permohonan: Maybank atau mohon Di Sini

2. Bank Islam Visa Platinum Credit Card-i

  • 3% Rebat Tunai untuk perbelanjaan bulanan antara RM500 hingga RM1,499.99.
  • 5% Rebat Tunai untuk perbelanjaan bulanan RM1,500 dan ke atas.
  • 1% Rebat Tunai untuk perbelanjaan bulanan sebanyak RM8,000 dan ke atas (Perbelanjaan di Luar Negara).
  • Rebat Tunai tanpa had sebanyak 0.2% untuk perbelanjaan bulanan RM500 dan ke atas.
  • Tiada caj kewangan berganda
  • Tempoh bebas caj kewangan selama 20 hari
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi Perjalanan sehingga RM1,000,000

Maklumat lanjut, syarat dan permohonan: Bank Islam atau mohon Di Sini

3. Bank Islam Mastercard Platinum Credit Card-i

Bank Islam Mastercard Platinum Credit Card-i
  • 2X TruPoints untuk perbelanjaan bulanan minimum RM2,000 (Transaksi Tanpa Sentuhan & Petrol)
  • 1.5X TruPoints untuk perbelanjaan bulanan minimum RM2,000. (Perbelanjaan di Luar Negara – Kad Digunakan Secara Fizikal)
  • 1 TruPoint tanpa had untuk setiap RM1 perbelanjaan runcit.
  • Tiada caj kewangan berganda
  • Tempoh bebas caj kewangan selama 20 hari
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi Perjalanan sehingga RM1,000,000

Maklumat lanjut, syarat dan permohonan: Bank Islam mohon Di Sini

4. CIMB Platinum-i Credit Card

kad kredit islamik cimb
  • Tiada yuran tahunan.
  • Dapatkan 1 Mata Bonus bagi setiap RM1 yang anda belanjakan dan tebus pelbagai hadiah daripada katalog ganjaran ahli kami.
  • Dapatkan 5X Mata Bonus apabila anda membuat bayaran Zakat atau Sumbangan Amal dari 1 Mac 2025 hingga 16 Februari 2026.
  • Tambahan 4X Mata Bonus bagi bayaran Zakat atau Sumbangan Amal akan dikreditkan secara suku tahunan kepada pemegang kad CIMB Platinum-i.

Maklumat lanjut, syarat dan permohonan: CIMB mohon Di Sini

Artikel berkaitan: 5 Kad Kredit Cashback Terbaik 2025

Syarat dan terma untuk setiap kad kredit yang dinyatakan di atas mungkin berubah daripada semasa ke semasa dan oleh itu sila rujuk pada pautan yang dinyatakan untuk mengetahui informasi terkini mengenai kad kredit patuh syariah di atas.

Kad kredit patuh Syariah ialah pilihan bijak bagi mereka yang mengutamakan prinsip Islam dan etika kewangan.

Dengan pelbagai pilihan dan promosi menarik, pengguna boleh menikmati manfaat kad kredit tanpa kompromi terhadap nilai dan kepercayaan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut