Jadual Caruman Lindung 24 Jam – Semak Berapa Gaji Anda Dipotong!

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jadual Caruman Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) memaparkan kadar potongan gaji mengikut nilai gaji bulanan dan dibahagikan kepada dua jenis caruman utama di bawah Akta 4.

Anda dah tahu ke berapa banyak gaji anda dipotong untuk Caruman Lindung 24 Jam?

Kalau belum, tak perlu pening-pening, rujuk je Jadual Caruman Lindung 24 Jam yang sudah disediakan oleh PERKESO.

Caranya mudah sahaja, cari julat gaji anda berapa, semak ikut jenis pertama atau kedua, kemudian rujuk berapa potongan caruman Lindung 24 Jam dan jumlah potongan keseluruhan.

Semak jadual penuh kadar caruman baharu Skim Lindung 24 Jam PERKESO di bawah.

Skim Caruman Lindung 24 Jam PERKESO

Bermula 1 Jun 2026, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja).

Inisiatif ini memberikan perlindungan penuh 24 jam kepada lebih sembilan juta pekerja sektor formal daripada sebarang kemalangan yang berlaku di luar waktu bertugas, termasuk pada hari pelepasan am dan hari rehat.

Sebelum ini, skim perlindungan PERKESO hanya merangkumi kemalangan berkaitan pekerjaan atau laluan pergi dan balik kerja.

Persoalannya, berapakah jumlah potongan gaji bulanan yang perlu anda tanggung untuk perlindungan tambahan ini?

skim lindung 24/7
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam

Semasa menyemak jadual caruman PERKESO, anda akan melihat pecahan kadar mengikut dua jenis utama:

  • Jenis Pertama (Pekerja Bawah 60 Tahun): Melibatkan potongan untuk Skim Keilatan, Skim Bencana Pekerjaan, dan Skim LINDUNG 24 Jam.
  • Jenis Kedua (Pekerja 60 Tahun Ke Atas): Hanya melibatkan potongan untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim LINDUNG 24 Jam sahaja (tiada potongan Skim Keilatan).

Jadi jangan keliru ya.

Semak jadual kadar caruman baharu untuk Skim Lindung 24 jam di bawah mengikut nilai gaji anda:

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Muat Turun PDF Jadual Caruman Lindung 24 Jam

Untuk muat turun PDF Jadual Caruman Lindung 24 Jam, anda boleh klik PDF di bawah ini:

Kadar Caruman Skim Lindung 24 Jam

Untuk pengetahuan anda, potongan gaji ini dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan bebanan kewangan yang mendadak kepada pekerja.

Struktur fasa caruman adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Tahun 1 & 2): 0.75% daripada gaji bulanan pekerja.
  • Fasa 2 (Tahun 3 hingga 5): 1.00% daripada gaji bulanan pekerja.
  • Fasa 3 (Tahun 6 dan seterusnya): 1.25% daripada gaji bulanan pekerja

Berbeza dengan Skim Bencana Pekerjaan sedia ada, caruman untuk Skim LINDUNG 24 Jam (SKBBK) ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pekerja (100% syer pekerja).

Jadual Caruman Lindung 24 Jam -

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana PERKESO telah menetapkan had siling gaji bulanan sebanyak RM6,000 bagi pengiraan caruman ini.

Ini bermakna, jika gaji bulanan anda melebihi RM6,000 (contohnya RM8,000), kadar potongan anda tetap akan dikira berdasarkan had maksimum RM6,000 sahaja.

NOTA:

  • Bagi pekerja yang mempunyai lebih daripada satu penggajian formal, anda tidak perlu membayar caruman berkali-kali.
  • PERKESO menetapkan bahawa caruman Skim LINDUNG 24 Jam hanya perlu dipotong oleh satu majikan utama sahaja.
Jadual Caruman Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Apakah Manfaat Lindung 24 yang Anda Dapat Daripada Potongan Ini?

Dengan caruman yang kecil ini, anda atau waris terdekat layak menerima 8 manfaat utama sekiranya berlaku kemalangan luar waktu kerja:

  1. Faedah Perubatan (Rawatan percuma di klinik panel/hospital kerajaan)
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara (Elaun harian sepanjang tempoh MC)
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal.
  4. Faedah Orang Tanggungan (Pencen bulanan untuk waris jika pencarum meninggal dunia).
  5. Faedah Pengurusan Mayat (Bantuan kos pengebumian).
  6. Elaun Layanan Sentiasa
  7. Kemudahan Pemulihan
  8. Faedah Pendidikan untuk anak
Skim Lindung 24 Jam -
Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/

Soalan Lazim Jadual Caruman Lindung 24 Jam

Bilakah Skim LINDUNG 24 Jam ini mula dikuatkuasakan secara rasmi?

Skim ini berkuat kuasa sepenuhnya bermula pada 1 Jun 2026. Semua majikan diwajibkan untuk mula menyelaraskan sistem penggajian (payroll) bagi membuat potongan syer pekerja bermula bulan tersebut.

Siapakah yang layak mendapat perlindungan di bawah skim baharu ini?

Skim ini merangkumi semua pekerja sektor formal di Malaysia yang berdaftar di bawah Skim Bencana Pekerjaan (Akta 4).

Adakah saya sebagai pekerja perlu mendaftar sendiri untuk Skim LINDUNG 24 Jam?

Tidak perlu. Pendaftaran dan perlindungan adalah secara automatik sekiranya anda sudah pun menjadi pencarum aktif PERKESO. Tiada sebarang borang pendaftaran baharu yang perlu diisi oleh pekerja.

Adakah majikan turut menanggung kos potongan Jadual Caruman LINDUNG 24 Jam ini?

Tidak. Berbeza dengan caruman PERKESO sedia ada, kadar caruman bagi Skim LINDUNG 24 Jam ini ditanggung sepenuhnya (100%) oleh pekerja melalui potongan gaji bulanan. Tanggungjawab majikan hanyalah memotong dan menyalurkan bayaran tersebut kepada PERKESO.

Gaji bulanan saya melebihi RM8,000. Adakah potongan gaji saya akan dikira berdasarkan jumlah penuh RM8,000 tersebut?

Tidak. PERKESO menetapkan had siling gaji bulanan sebanyak RM6,000 bagi pengiraan caruman Skim LINDUNG 24 Jam. Sekiranya gaji pokok anda melebihi RM6,000, nilai potongan bulanan anda adalah statik dan dihadkan mengikut kadar maksimum tangga gaji RM6,000 dalam jadual caruman.

Saya mempunyai dua pekerjaan formal (dua majikan). Adakah kedua-dua slip gaji saya akan dipotong untuk skim ini?

Tidak. Bagi pekerja yang mempunyai pelbagai penggajian formal, potongan caruman Skim LINDUNG 24 Jam hanya akan dilakukan oleh satu majikan utama sahaja.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut