Imranul Effendy – Biodata, Kerjaya & Fakta Menarik

imranul effendy
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pelakon baharu, Imranul Effendy, semakin mencuri tumpuan peminat hiburan tempatan selepas kejayaan lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno yang menjadi fenomena.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Imranul Effendy.

Siapakah Imranul Effendy

Imranul Effendy merupakan seorang personaliti media sosial, Tiktokers dan pelakon yang semakin menempah nama di Malaysia.

Beliau mula dikenali menerusi ramai menerusi kandungan kreatifnya di platform TikTok bersama adiknya, Muhammad Izzlan Iskandar dan Noreen Iman.

imranul effendy

Biodata Imranul Effendy

Berikut ialah biodata ringkas Imranul Effendy:

NamaImranul Effendy
Tarikh Lahir19 Oktober 1998
Tempat LahirNegeri Sembilan
PekerjaanPempengaruh Media Sosial, Pelakon
Akaun Media SosialInstagram @imrnuleffendy
Tiktok @imranuleffendy

Kerjaya

Imranul Effendy merupakan pelakon baharu yang semakin mencuri perhatian dalam industri hiburan tempatan.

Namanya mula menjadi sebutan selepas muncul dalam Muzik Video (MV) lagu raya penyanyi popular, Aisha Retno berjudul Jodoh Lebaran yang tular di media sosial dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Kredit: Aisha Retno
imranul effendy

Selain itu, Imranul turut mengembangkan bakat lakonannya menerusi penglibatan dalam filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) berjudul Nar’sata: Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Tidak terhenti di situ, beliau juga terbabit dalam penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat terbitan Multimedia Entertainment.

imranul effendy

Menariknya, Imranul bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah turut mencipta kejayaan dalam dunia sukan apabila dinobatkan sebagai juara All Star Championship 2025 bagi kategori Lightweight Champion.

Kehidupan Peribadi

Imranul mempunyai seorang adik yang juga aktif sebagai seorang pempengaruh media sosial iaitu, Muhammad Izzlan Iskandar.

Bagaimanapun, beliau menyangkal status kekeluargaannya dengan Noreen Iman sebagai adik dan kakak kandung. Sebaliknya Norreen adalah sosok individu yang banyak membantu beliau dan adiknya sejak awal penghijrahannya ke Kuala Lumpur.

Imran turut berkongsi bahawa pada peringkat awal berada di Kuala Lumpur, Norreen banyak membantunya, termasuk menyediakan tempat tinggal setiap kali dia berulang-alik dari Johor Bahru.

Fakta Menarik Imranul Effendy

  • Terkenal dengan gelaran ‘Granger’, watak hero dalam aplikasi Mobile Legend.
  • Terlibat dalam filem Nar’sata: Sekutu Setan terbitan Metrowealth Pictures (MIG) arahan Pierre Andre.
  • Turut menjalani penggambaran untuk filem Takluk 2: Op Daulat terbitan Multimedia Entertainment.
  • Beliau aktif dalam bidang boxing .
  • Memulakan langkah dalam dunia seni sebagai jurusolek kesan khas (SFX Makeup) sekitar tahun 2021 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
  • Dikenali sebagai individu yang versatil dengan kebolehan dalam seni dan fizikal.

Soalan Lazim Imranul Effendy

Siapakah Imranul Effendy?

Imranul Effendy ialah pelakon baharu yang semakin dikenali dalam industri hiburan tempatan.

Bagaimana Imranul Effendy mula dikenali?

Beliau mula mendapat perhatian ramai selepas muncul dalam MV lagu raya Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno yang tular di media sosial.

Apakah filem lakonan Imranul Effendy?

Antara filem yang melibatkan beliau ialah Nar’sata: Sekutu Setan terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dan Takluk 2: Op Daulat terbitan Multimedia Entertainment.

Adakah Imranul Effendy hanya fokus kepada lakonan?

Tidak, beliau juga aktif dalam bidang sukan dan mempunyai pencapaian yang membanggakan.

Apakah pencapaian sukan Imranul Effendy?

Beliau dinobatkan sebagai juara All Star Championship 2025 bagi kategori Lightweight Champion.

Apakah permulaan kerjaya Imranul Effendy dalam dunia seni?

Beliau memulakan langkah dalam dunia seni sebagai jurusolek kesan khas (SFX Makeup) sekitar tahun 2021 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Baca juga: Ikhmal Nour – Biodata, Kerjaya & Fakta Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut