Advertisements

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat 2021

Advertisements

Pelaksanaan i Sinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan anda akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Ia berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Astro Awani.

Tarikh Bayaran

Bayaran i-Sinar bagi bulan September akan dibuat bermula esok, 26 Ogos 2021.

Terdahulu, bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021 manakala pembayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos.

Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021.

Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Baca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pelaksanaan i Sinar Tanpa Syarat.

Perincian Pengeluaran i Sinar Tanpa Syarat

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Di bawah ini adalah perincian pengaluaran i-Sinar tanpa syarat untuk makluman anda

  • Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
  • Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.

Baca juga: Semakan i Sinar Kategori 2 & Tarikh Bayaran (Mulai 8 Februari 2021)

Maklumat Lanjut

Tengku Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

i sinar tanpa syarat

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Perkara lanjut berhubung permohonan i-Sinar tanpa syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Leave a Comment