i-Sayang KWSP ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk membuat caruman KWSP untuk isteri dengan memindahkan 2% caruman syer pekerja daripada majikan ke akaun KWSP isteri (penerima).
Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Layari portal i-Sayang KWSP untuk semak syarat dan cara pendaftaran di portal rasmi KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-sayang
Buat wanita-wanita yang sentiasa bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, pastikan masa depan anda terjamin dengan adanya simpanan persaraan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang i-Sayang KWSP untuk makluman bersama.
Ringkasan i-Sayang KWSP
- i-Sayang ialah pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila caruman daripada majikan dikreditkan ke akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.
- Terbuka kepada pasangan (suami & isteri) yang merupakan ahli KWSP, berumur di bawah 75 tahun, dan perkahwinan berdaftar di Malaysia.
- Pendaftaran boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi i-Akaun, Terminal Layan Diri (SST) KWSP, atau di kaunter KWSP berdekatan.
Apa Itu i-Sayang KWSP?
i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
KELEBIHAN & CIRI-CIRI SKIM I-SAYANG:
- Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
- KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Mulai tahun 2025 dan diteruskan pada 2026, insentif i‑Saraan dinaikkan daripada 15% kepada 20%, dengan had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup.
Selain itu, program i-Suri turut diteruskan pada 2025 dengan insentif padanan 50%, tertakluk kepada had maksimum RM300 setahun dan RM3,000 seumur hidup bagi suri rumah bawah 55 tahun yang berdaftar dalam e-Kasih.

Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai skim i-Sayang KWSP sebagai pemberi dan penerima:
SUAMI – PEMBERI
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
ISTERI – PENERIMA
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysi
Cara Permohonan/Daftar i-Sayang KWSP
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui tiga (3) saluran berikut:
- i-Akaun (Ahli) – Aplikasi atau Portal Web
- Self Service Terminal (SST); ATAU
- Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
NOTA:
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Cara Daftar i-Sayang Melalui i-Akaun KWSP
Berikut ialah cara daftar i-Sayang KWSP melalui aplikasi atau portal Web i-Akaun (ahli):
- Pertama sekali, pastikan suami dan isteri kedua‑dua ahli KWSP dan perkahwinan didaftarkan di bawah undang‑undang Malaysia.
- Muat turun dan buka aplikasi KWSP i‑Akaun di telefon (Android/iOS).
- Log masuk ke i‑Akaun (Ahli) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan KWSP anda.
- Pada menu utama, pilih modul i‑Sayang / Contribution for Your Wife.
- Isikan maklumat isteri sebagai penerima: nama, nombor MyKad dan nombor ahli KWSP (jika diminta) dan sahkan butiran perkahwinan.
- Tandakan persetujuan untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja bulanan ke akaun KWSP isteri dan semak ringkasan permohonan.
- Hantar permohonan. Pindahan 2% akan berjalan automatik setiap bulan selepas caruman majikan dikreditkan ke akaun KWSP suami.
MUAT TURUN APLIKASI i-Sayang KWSP:
Rujuk juga panduan bergambar pendaftaran caruman i-Sayang di bawah:








Cara Semak Bayaran Caruman i-Sayang
Berikut cara mudah semak bayaran caruman i-Sayang melalui aplikasi atau portal KWSP i-Akaun:
Semak melalui Aplikasi KWSP i-Akaun (Mobile)
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun menggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda.
- Pilih tab Laman Utama atau Simpanan di menu bawah skrin.
- Semak penyata bulanan (e-Statement). Caruman i-Sayang akan dipaparkan sebagai “Pemindahan i-Sayang” atau “2% syer pekerja ke akaun isteri” dalam butiran transaksi Akaun 1 (Syarikat).
- Isteri boleh semak dalam akaun KWSPnya sendiri. Caruman i-Sayang masuk sebagai caruman tambahan dalam Akaun 1.
Semak melalui Portal Web i-Akaun (https://www.kwsp.gov.my)
- Log masuk ke i-Akaun web di laman rasmi KWSP.
- Pergi ke Penyata > Muat Turun Penyata KWSP dan pilih bulan yang dikehendaki.
- Cari transaksi i-Sayang dalam senarai transaksi caruman – akan jelas ditunjukkan pemindahan 2% syer pekerja.
NOTA: Pemindahan i-Sayang automatik setiap bulan selepas caruman majikan suami dikreditkan.

Contoh paparan caruman i-Sayang diterima (kredit: Nazariah Basri)

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
- Cawangan KWSP yang berhampiran.
- Terus ke pautan pantas i-Sayang KWSP: https://bit.ly/3yhTdbw
Soalan Lazim
i-Sayang adalah inisiatif sukarela yang membolehkan suami memindahkan 2% caruman syer pekerja miliknya secara automatik ke akaun KWSP isteri setiap bulan untuk menjamin masa depan kewangan isteri.
Tidak boleh. Pada masa ini, pindahan caruman i-Sayang dihadkan kepada 2% sahaja.
Tidak boleh. Inisiatif i-Sayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami ke dalam akaun KWSP isteri.
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri.
Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri, suami perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri.
Formula pengiraan pindahan 2% daripada caruman syer pekerja dikira seperti berikut:
Contoh:
a) Upah suami : RM2000.00
b) Kadar berkanun syer pekerja : 11%
c) Amaun caruman syer pekerja : RM220.00 (RM2,000 x 11%)
Amaun pindahan ialah : RM 40.00
Amaun caruman syer pekerja 11% akan termasuk amaun Voluntary Excess (tambahan (%) caruman yang dipilih oleh ahli). Oleh itu, amaun pindahan ke akaun isteri juga akan termasuk amaun Voluntary Excess suami.
Contoh:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Kadar berkanun syer pekerja : 11%
c) Kadar Caruman Tambahan (VE) : 3%
d) Jumlah Syer pekerja suami : 11% +3% = 14%
e) Amaun caruman syer pekerja : RM280.00 (RM2,000.00 x 14%)
f) Amaun pindahan ialah : RM 51.00
Tidak layak.
Penerima i-Sayang yang berdaftar sebagai i-Saraan atau tersenarai dalam data eKasih layak menerima insentif i-Saraan/i-Suri sekiranya memenuhi syarat/kriteria kelayakan insentif i-Saraan/i-Suri.
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui saluran berikut:
i. Aplikasi KWSP i-Akaun & portal web i-Akaun (Ahli); ATAU
ii. Self Service Terminal (SST); ATAU
iii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Pindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) pada hari yang sama selepas caruman dikreditkan ke akaun suami (pemberi). Pindahan juga bergantung kepada baki terkini akaun pemberi mengikut sub akaun (Akaun Persaraan 75%, Akaun Sejahtera 15% dan Akaun Fleksibel 10%) ketika pindahan caruman dibuat. Sekiranya terdapat baki sub akaun yang tidak mencukupi, pindahan caruman i-Sayang tidak akan berlaku.
Tidak perlu. Jika anda dan isteri anda sudah memenuhi syarat kelayakan, anda layak untuk mendaftar.
Anda boleh rujuk soalan-soalan lazim lain yang berkaitan dengan i-Sayang di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-sayang
Baca juga:




