Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Hari Sukan Negara 2026 kembali sebagai platform untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Sambutan ini menjadi peluang untuk semua lapisan masyarakat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan serta menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Baca juga: Nak Jadi Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026? Permohonan Kini Dibuka

Apa itu Hari Sukan Negara 2026?

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan, seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
  2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
  3. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  4. Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
  5. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembangunan sukan untuk semua.

Bila HSN 2026 Diadakan?

Hari Sukan Negara 2026 secara rasmi akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu).

Senarai Lokasi Majlis Perasmian HSN 2026

Hari Sukan Negara (HSN) 2026 bakal berlangsung di seluruh Malaysia pada 10 Oktober 2026!

Jom semak senarai lokasi majlis perasmian HSN 2026 mengikut negeri:

Bil.NegeriLokasiTarikhMasa
1KebangsaanPekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil10 Okt 20267.30 pagi
2SelangorDataran Kemerdekaan Shah Alam10 Okt 20268.00 pagi
3TerengganuMesra Mall, Kemasik10 Okt 202610.00 pagi
4PerlisPekarangan Kangar Jaya Mall, Kangar10 Okt 20268.00 pagi
5Negeri SembilanKompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi10 Okt 20268.00 pagi
6KelantanAEON Mall Kota Bharu10 Okt 20267.30 pagi
7KedahTaman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani10 Okt 20268.00 pagi
8MelakaKompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh10 Okt 20268.00 pagi
9SabahPadang Istiadat, Tuaran10 Okt 20267.30 pagi
10Pulau PinangKompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam10 Okt 20268.00 pagi
11JohorTunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Iskandar Puteri10 Okt 20268.00 pagi
12WP LabuanKompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan10 Okt 20268.00 pagi
13PerakKompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh10 Okt 20268.00 pagi
14PahangKompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan10 Okt 20267.00 pagi
15SarawakDewan Panglima Rentap, Betong17 Okt 20268.00 pagi
  • Penganjuran bagi peringkat WP Kuala Lumpur disekalikan dengan peringkat Kebangsaan di Bukit Jalil.
  • Ter takluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa.

Kategori Penyertaan HSN 2026

Program dan aktiviti HSN 2026 memberi tumpuan kepada penyertaan masyarakat merentas usia, latar belakang dan tahap kecergasan.

  • Warga Emas: 60 tahun ke atas
  • Warga Veteran: 40–60 tahun
  • Rakan Muda: 13–29 tahun
  • Wanita: Semua peringkat umur
  • Kanak-Kanak: Penyertaan aktif dan selamat

Acara dan Aktiviti

Hari Sukan Negara Kini Kembali! Pelbagai program dan aktiviti akan dianjurkan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

1. Kedah

2. Terengganu

3. Pulau Pinang

4. Wilayah Persekutuan

    Anda boleh semak pelbagai aktiviti menarik lain menerusi portal Hari Sukan Negara.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut dan info terkini berkenaan dengan Hari Sukan Negara 2026, anda boleh rujuk:

    Atau hubungi:

    1. Sekretariat Hari Sukan Negara Jabatan Belia dan Sukan Negara
    Aras 13, Menara KBS
    No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Putrajaya

    2. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
    Jalan Hospital
    01000 Kangar, Perlis

    • Tel: 04-9793505
    • Faks: 04-9762555

    3. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
    Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
    06550 Alor Setar, Kedah

    • Tel: 04-7324500
    • Faks: 04-7311909

    4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
    Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
    Jalan Sultan Azlan Shah
    11700 Gelugor, Pulau Pinang

    • Tel: 04-6554444
    • Faks: 04-6574444

    4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
    Tingkat 1, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak
    Jalan Ghazali Jawi
    31400 Ipoh, Perak

    • Tel: 05-5489501
    • Faks: 05-5489504

    5. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
    Tingkat 5, Bangunan Plaza Perangsang
    Persiaran Perbandaran
    40000 Shah Alam, Selangor

    • Tel: 03-55192326
    • Faks: 03-55192231

    6. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Jalan Bukit Kiara 1
    60000 Bukit Kiara
    Kuala Lumpur

    • Tel: 03-20815800
    • Faks: 03-20956997

    7. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
    D/A Kompleks Belia dan Sukan Paroi
    70400 Seremban
    Negeri Sembilan

    • Tel: 06-76131163 / 06-7641480
    • Faks: 06-7625569

    8. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
    Jalan Tasik, Hang Tuah Jaya
    75450 Melaka

    • Tel: 06-2345900 / 01 / 02 / 03
    • Faks: 06-2345905

    9. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
    Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan
    Jalan Air Molek
    80000 Johor Bahru, Johor

    • Tel: 07-2232614
    • Faks: 07-2224485

    10. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
    Kompleks Belia dan Sukan Panji
    15200 Kota Bharu, Kelantan

    • Tel: 09-7661200
    • Faks: 09-7642919 / 7667269

    11. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
    Jalan Pasir Panjang
    21100 Kuala Terengganu
    Terengganu

    • Tel: 09-6222344
    • Faks: 09-6236596

    12. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
    Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang
    Jalan Tun Ismail
    25000 Kuantan
    Pahang

    • Tel: 09-5164354
    • Faks: 09-5162272

    13. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
    Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah
    Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
    Mel Beg 81
    88998 Kota Kinabalu, Sabah

    • Tel: 088-765777
    • Faks: 088-765262

    14. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
    Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
    Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
    93150 Kuching, Sarawak

    • Tel: 082-240631 / 248321
    • Faks: 082-244537

    15. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
    Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
    Peti Surat 80906
    87019 Wilayah Persekutuan Labuan

    • Tel: 087-415344
    • Faks: 087-415345

    Soalan Lazim Hari Sukan Negara 2026

    Bilakah Hari Sukan Negara 2026 diadakan?

    Hari Sukan Negara 2026 akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu).

    Apa itu Hari Sukan Negara?

    Hari Sukan Negara merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Siapakah yang boleh menyertai Hari Sukan Negara 2026?

    HSN 2026 terbuka kepada masyarakat daripada pelbagai usia, latar belakang dan tahap kecergasan, termasuk kanak-kanak, wanita, Rakan Muda, warga veteran dan warga emas.

    Apakah aktiviti yang dianjurkan sempena HSN 2026?

    Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan dianjurkan di seluruh negara. Antaranya ialah Larian Ria MADANI yang dikuasakan oleh Safi Shayla pada 10 Oktober 2026 di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    Di manakah boleh semak senarai aktiviti HSN 2026?

    Senarai aktiviti boleh disemak menerusi portal rasmi Hari Sukan Negara di harisukannegara.my

    Apakah kategori penyertaan Hari Sukan Negara 2026?

    Antara kategori yang diberi tumpuan ialah warga emas (60 tahun ke atas), warga veteran (40–60 tahun), Rakan Muda (13–29 tahun), wanita dan kanak-kanak.

    Siapakah pihak yang menguruskan Hari Sukan Negara 2026?

    Hari Sukan Negara dilaksanakan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama Jabatan Belia dan Sukan di setiap negeri serta Wilayah Persekutuan.

    Baca juga: SUKMA Selangor 2026: Tarikh, Lokasi & Jadual Acara

    Penulis
    Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku