Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026 kini dibuka kepada individu yang berpengalaman dan komited untuk membantu menjayakan perlumbaan berbasikal bertaraf antarabangsa ini.

Jika anda ingin merasai pengalaman di sebalik penganjuran acara sukan berprestij sambil menyumbang kepada kejayaannya, inilah peluang yang tidak patut dilepaskan.

Baca lanjut: Sukarelawan F1, Elaun RM60/hari – Rujuk Cara Mohon Disini

Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026 Kini Dibuka

Penganjur Le Tour de Langkawi 2026 mempelawa individu yang mempunyai pengalaman, disiplin dan komitmen tinggi untuk menyertai Pasukan Sukarelawan LTdL 2026.

Penyertaan sebagai sukarelawan memberi peluang kepada anda untuk:

  • Mengembangkan kemahiran komunikasi, pengurusan acara dan kerja berpasukan.
  • Melihat sendiri perjalanan penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
  • Menimba pengalaman bekerja bersama pasukan profesional.
  • Menyumbang kepada kejayaan salah satu acara berbasikal paling berprestij di Asia.

Tarikh Le Tour de Langkawi 2026

Program sukarelawan akan berlangsung sepanjang tempoh perlumbaan seperti berikut:

  • Tarikh: 27 September hingga 4 Oktober 2026

Calon yang terpilih perlu bersedia memberikan komitmen sepanjang tempoh penganjuran mengikut tugasan yang diberikan.

Mengenai Le Tour de Langkawi 2026

Tahun 2026 menandakan edisi ke-30 Le Tour de Langkawi, satu pencapaian penting dalam sejarah perlumbaan ini.

Maklumat perlumbaan adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 27 September – 4 Oktober 2026
  • Laluan: Shah Alam ke Putrajaya
  • Jumlah peringkat: 8 peringkat
  • Jarak keseluruhan: 1,258.5 kilometer
  • Laluan: Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Antara cabaran utama perlumbaan tahun ini ialah tiga penamat bukit ikonik:

  • Gunung Jerai
  • Cameron Highlands
  • Genting Highlands

Laluan ini dijangka menguji kemampuan pelumba profesional dari dalam dan luar negara serta menjanjikan saingan yang menarik sepanjang lapan hari perlumbaan.

Bidang Sukarelawan Yang Diperlukan

Penganjur membuka penyertaan dalam beberapa bidang mengikut keperluan operasi sepanjang acara.

Antara jawatan sukarelawan yang ditawarkan ialah:

  • Protokol
  • Team Liaison
  • Sekretariat
  • Hotel
  • Driver (Team Support)
  • Driver (Technical)
  • Driver (Media)
  • Tugas Am

Setiap bidang mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan operasi perlumbaan berjalan dengan lancar, bermula daripada pengurusan pasukan, penyelarasan media hinggalah sokongan logistik.

Siapa Yang Sesuai Menyertai?

Peluang ini sesuai kepada individu yang:

  • Berpengalaman dalam pengurusan acara atau program.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Bertanggungjawab dan mampu bekerja dalam suasana yang pantas.
  • Bersedia memberikan komitmen sepanjang tempoh penganjuran.
  • Berminat dalam sukan berbasikal atau acara sukan antarabangsa.

Bagi jawatan pemandu (Driver), calon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur termasuk memiliki lesen memandu yang sah.

Cara Mohon Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026

Permohonan kini telah dibuka.

Calon yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan rasmi yang disediakan oleh pihak penganjur.

sukarelawan Le Tour de Langkawi

Syarat Utama Permohonan

Untuk memastikan proses pendaftaran sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026 berjalan dengan lancar . Pemohon perlu faham dan patuh kepada syarat-syarat utama yang ditetapkan seperti dibawah :

  1. Baca dan faham terma dan syarat yang ditetapkan
  2. Memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap mengenai dirinya dan segera mengemas kini apa-apa perubahan maklumat ini kepada Jawatankuasa Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2026.
  5. Bebas dari sebarang penglibatkan kes jenayah.
  6. Berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan disahkan oleh pegawai perubatan untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan.
  7. Memahami senarai tugasan bagi bidang tugas sukarelawan yang ditetapkan.
  8. Bersedia membantu dan memberikan seluruh komitmen kepada Jawatankuasa Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026.
  9. Tidak mempertanggungjawabkan Jawatankuasa Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026,sehingga undang-undang di peringkat tertinggi, untuk sebarang kehilangan atau kemudaratan yang dialami oleh sukarelawan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kecederaan peribadi: kecederaan emosi; kematian; penyakit; kerosakan atau kehilangan harta benda atau sebarang hal lain diluar kawalan Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026.

KOMPETENSI

  1. Lesen memandu sah.
  2. Pengalaman memandu konvoi adalah kelebihan.
  3. Mempunyai disiplin tinggi.
  4. Mampu bekerja dalam keadaan tekanan.
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  6. Profesional.
  7. Berdisiplin.
  8. Bertanggungjawab.
  9. Peka terhadap keselamatan.
  10. Mematuhi arahan pegawai perlumbaan.

Yang Disediakan Jawatankuasa

  1. Peruntukan elaun harian
  2. Kad Akreditasi
  3. T-shirt rasmi sukarelawan, untuk dipakai pada setiap masa ketika bertugas
  4. Sijil penghargaan
  5. Tempat tinggal disediakan

Soalan Lazim (FAQ) Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026

Bilakah permohonan Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026 dibuka?

Permohonan kini telah dibuka. Individu yang berminat boleh mendaftar melalui pautan rasmi yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bilakah Le Tour de Langkawi 2026 berlangsung?

Le Tour de Langkawi 2026 akan berlangsung selama 8 hari, iaitu dari 27 September hingga 4 Oktober 2026.

Siapa yang boleh memohon sebagai sukarelawan?

Peluang ini terbuka kepada individu yang berpengalaman, komited dan bersedia memberikan kerjasama sepanjang tempoh penganjuran. Calon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Apakah bidang sukarelawan yang ditawarkan?

Antara bidang yang dibuka ialah:

Protokol
Team Liaison
Sekretariat
Hotel
Driver (Team Support)
Driver (Technical)
Driver (Media)
Tugas Am

Di manakah laluan Le Tour de Langkawi 2026?

Edisi ke-30 Le Tour de Langkawi akan melibatkan 8 peringkat sejauh 1,258.5 km, bermula dari Shah Alam dan berakhir di Putrajaya, melalui laluan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Apakah cabaran utama perlumbaan tahun ini?

Perlumbaan tahun ini menampilkan tiga penamat bukit utama, iaitu Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Bagaimanakah cara memohon sebagai Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur. Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Baca lanjut: Sukan Komanwel 2026 [LIVE] RTM / Jadual Kontinjen Malaysia

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku