Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan 25 Oktober 2026 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi seluruh Negeri Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya, Isnin, 26 Oktober 2026 ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian.
Pengisytiharan cuti umum ini dibuat bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagi anda yang menetap atau bekerja di Selangor, berikut adalah perincian penting mengenai tarikh cuti, tarikh sambutan, dan aktiviti utama yang perlu anda tahu.
Tarikh Penting Hari Kelepasan Am Selangor 2026
Oleh kerana tarikh kemuncak sambutan jatuh pada hujung minggu, cuti tersebut dibawa ke hari bekerja berikutnya:
- 25 Oktober 2026 (Ahad): Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa)
- 26 Oktober 2026 (Isnin): Hari Kelepasan Am Gantian (Cuti Umum Negeri)
Langkah ini diambil bagi membolehkan rakyat Selangor bersama-sama meraikan dan menghayati detik bersejarah pemerintahan baginda Sultan.
Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengenai Sambutan Jubli Perak sempena Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor termasuk Hari Kelepasan Am dan Hari Kelepasan Am Gantian.

Sejarah 25 Tahun Pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menduduki takhta pemerintahan negeri Selangor sejak tahun 2001. Sepanjang 25 tahun ini, Selangor telah mengecapi pelbagai kemajuan ekonomi, pembangunan infrastruktur, dan keharmonian sosial di bawah naungan baginda.
Sambutan Jubli Perak ini merupakan simbolik tanda kesetiaan rakyat dan penghargaan ke atas kepimpinan adil lagi bijaksana baginda Sultan.
20 Program Sambutan Jubli Perak
Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang dijadual berlangsung lebih sebulan mulai 28 September hingga 1 November dengan 20 program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat diadakan secara sederhana.
Acara kemuncak sambutan akan berlangsung pada 25 Oktober 2026, bersempena genap 25 tahun pemerintahan Baginda, yang melibatkan tiga istiadat utama, iaitu:
- Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama berserta 21 das tembakan;
- Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor; dan
- Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.
Antara pengisian program utama lain yang turut diaturkan termasuk:
- Kemasyarakatan & Kebajikan: Program Menyantuni Anak-Anak Yatim Kembara Semenanjung, Perasmian Taman Mesra Autisme, Program Larian Kita serta Majlis Jamuan Teh Diraja.
- Kerohanian: Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Multaqa dan Forum Perdana Ehwal Islam.
- Warisan & Dokumentasi Sejarah: Majlis Pelancaran Sampul Surat dan Setem Khas, Duit Syiling Peringatan serta pelancaran buku Menjulang Takhta.
- Sukan & Pembangunan Bakat: Majlis Perasmian Kelab Polo dan Ekuestrian Selangor, Kejohanan Polo Piala Jubli Perak Sultan Selangor serta Perlawanan Liga Bola Sepak Bawah 15 Tahun.
Rangkaian sambutan ini akan melabuhkan tirainya pada 1 November 2026 menerusi Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelaran Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat terkini dan bacaan lanjut boleh rujuk di:
- Portal Kerajaan Negeri Selangor: https://www.selangor.gov.my/utama
- Facebook Selangor Royal Office: https://www.facebook.com/selangorroyaloffice
- Facebook Pejabat SUK: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor
- Facebook Media Selangor: https://www.facebook.com/MediaSelangor
Soalan Lazim Hari Kelepasan Am Selangor
Ya. Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan Isnin, 26 Oktober 2026 sebagai Hari Kelepasan Am Gantian untuk seluruh negeri Selangor
Sesi cuti ini diberikan kerana tarikh kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor jatuh pada 25 Oktober 2026 (Ahad) yang merupakan Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa). Memandangkan ia jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya (Isnin) secara automatik menjadi Hari Kelepasan Am Gantian.
Hari Kelepasan Am Gantian ini terpakai kepada seluruh rakyat jelata di Negeri Selangor, merangkumi kakitangan sektor awam (kerajaan) serta pekerja sektor swasta yang tertakluk di bawah Akta Kerja di negeri ini.
Ya. Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam negeri Selangor akan ditutup pada tarikh tersebut selaras dengan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Gantian oleh kerajaan negeri.
Acara kemuncak pada 25 Oktober melibatkan tiga istiadat utama: Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (beserta 21 das tembakan), Istiadat Pemasyhuran Gelaran & Mengangkat Sumpah, serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor. Selain itu, terdapat program kemasyarakatan, kerohanian, sukan polo, dan pelancaran setem serta duit syiling peringatan khas.





