Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Lagu patriotik Aku Berjanji ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai lagu tema Bulan Kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Lagu ini membawa mesej perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan negara.

Baca juga: Logo & Tema Hari Kebangsaan 2026 / Hari Malaysia

Lagu “Aku Berjanji” Diperdengarkan Buat Kali Pertama

Lagu Aku Berjanji diperdengarkan buat julung kali kepada orang ramai pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah.

Pemilihan Faizal Tahir sebagai pencipta dan penyanyi lagu tema tahun ini memberi nilai tersendiri memandangkan beliau merupakan antara penyanyi dan komposer terkenal yang banyak menghasilkan karya berimpak tinggi sepanjang hampir dua dekad dalam industri muzik tanah air.

Membawa Mesej Perpaduan dan Cinta Negara

Menurut Faizal Tahir, lagu Aku Berjanji membawa mesej kebersamaan, perpaduan dan semangat cintakan negara dalam usaha mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Beliau menyifatkan peluang menghasilkan lagu tema patriotik negara sebagai satu penghormatan besar sepanjang kerjayanya.

Lirik Lagu Aku Berjanji

Aku berjanji
Dan ku bersumpah setia
Demi tuhan dan negara
Akan ku korbankan jiwa

Aku berjanji
Akan satukan semua
Kita pertahan bersama
Tanah air yang tercinta

Korus:
Semangat waja
Kan ku pertaruhkan nyawa
Demi sejahtera semua
Negaraku yang merdeka

Terus melangkah
Tetap terpahat di dada
Kita sejahtera bersama
Malaysia

Aku berjanji
Kepada ibu pertiwi
Kekal perpaduan ini
Teras semangat MADANI

Muat Turun Lagu Aku Berjanji

Orang ramai boleh memuat turun lagu “Aku Berjanji” melalui portal Merdeka360, bermula 12.30 tengah hari pada hari pelancarannya.

Lagu ini dijangka menjadi antara lagu patriotik yang dimainkan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2026, termasuk di sekolah, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pelbagai acara rasmi.

Kredit:

Proses Pembikinan Lagu

Faizal memaklumkan bahawa proses menghasilkan lagu berdurasi 2 minit 29 saat itu mengambil masa kira-kira sebulan.

Idea untuk menghasilkan karya bertemakan semangat kebangsaan pula mula digarap sekitar Mei 2026, sebelum diterjemahkan menjadi lagu rasmi Bulan Kebangsaan tahun ini.

Siapa Faizal Tahir?

Faizal Tahir mula dikenali ramai selepas muncul sebagai naib juara program realiti One in a Million pada tahun 2006.

Beliau kemudian mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik Malaysia dengan pelbagai lagu popular dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) 2008 menerusi lagu Sampai Syurga dalam kategori Balada.

Aku Berjanji
Kredit: Kementerian Komunikasi

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema, Lagu dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026, sila layari http://merdeka360.my/.

Soalan Lazim (FAQ) Aku Berjanji

Siapa penyanyi lagu patriotik Aku Berjanji?

Lagu Aku Berjanji dinyanyikan dan dicipta oleh Faizal Tahir bersama pasukannya.

Lagu Aku Berjanji dijadikan lagu tema untuk sambutan apa?

Lagu ini dipilih sebagai lagu tema patriotik Bulan Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Berapa tempoh lagu Aku Berjanji?

Lagu ini berdurasi 2 minit 29 saat.

Di mana boleh muat turun lagu Aku Berjanji?

Orang ramai boleh memuat turun lagu tersebut melalui portal Merdeka360

Apakah mesej utama lagu Aku Berjanji?

Lagu ini mengetengahkan mesej perpaduan, kebersamaan, semangat cintakan negara serta komitmen mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Baca juga: Himpunan Lagu Patriotik & Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2026 (“Aku Berjanji”)

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku