Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang untuk anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP yang boleh dipohon menerusi pautan https://www.yp.org.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pinjaman pendidikan ini.

Mengenai Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang merupakan bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP).

Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak Pahang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Pinjaman pendidikan ini dikhaskan untuk pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan dan diluluskan oleh pihak yayasan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 21 Julai sehingga 11 Ogos 2026.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Diploma @ Politeknik
  • Ijazah Sarjana Muda @ 20 IPTA
  • Sarjana/Doktor Falsafah @ 20 IPTA
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah@ Universiti al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah @ Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
  • Program Kemahiran @YP Advanced Skills (YPAS)/@ Pahang Skills

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jenis PengajianKadar Pinjaman
Diploma @ PoliteknikRM3,000 setahun
Ijazah Sarjana Muda @ 20 IPTARM3,000 setahun
Sarjana/Doktor Falsafah @ 20 IPTASepenuh Masa – RM3,000 setahun
Separuh Masa – Maksimum RM10,000 sepanjang pengajian
Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah@ Universiti al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)RM3,000 setahun
Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah @ Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) RM3,000 setahun

Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Senarai IPTA yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :

  1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
  2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  3. Pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia Tidak Layak Memohon.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  6. Mendapat tempat/tawaran dari IPTA/S mengikut kategori seperti di atas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://syspin.yp.org.my.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang?

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang ialah bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP).

Bilakah tarikh permohonan pinjaman pendidikan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 21 Julai sehingga 11 Ogos 2026.

Apakah peringkat pengajian yang layak untuk memohon?

– Program Kemahiran
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
– Sarjana
– Doktor Falsafah

Berapakah kadar pinjaman yang akan diterima?

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 setahun kecuali separuh masa.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pinjaman ini?

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://syspin.yp.org.my.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

Baca juga: Permohonan Geran Bantuan Ke IPT Yayasan Pahang

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS