Hadiah Untuk Perempuan: 15 Idea Unik Dengan Harga Berpatutan

Pening kepala mencari hadiah untuk perempuan? Tak kiralah sama ada untuk teman wanita, isteri, ibu atau rakan anda, pencarian hadiah boleh jadi sangat meletihkan terutamanya apabila anda tidak mengetahui atau mempunyai gambaran apa yang individu tersebut inginkan. 

hadiah untuk perempuan

Setiap individu mempunyai citarasa tersendiri. Oleh itu, sebaiknya elakkan untuk membelikan hadiah yang sama kepada dua individu yang berbeza kerana belum tentu hadiah tersebut benar-benar disukai  walaupun individu yang lain menyukainya. 

Jadi, pada artikel kali ini kami akan kongsikan senarai hadiah untuk perempuan yang unik dengan harga berpatutan bagi membantu anda mendapatkan idea dan pilihan tanpa perlu membazirkan banyak masa dan tenaga. 

Jom semak!

20 Idea Hadiah Untuk Perempuan 

1. Pengering Rambut

Kebanyakkan wanita menyimpan rambut yang panjang. Oleh itu, pengering rambut adalah merupakan item yang sangat berguna untuk wanita. Ia boleh menjadi salah satu hadiah terbaik untuk diberikan kepada kakak, isteri, ibu atau rakan perempuan anda. 

Pengering rambut: https://shopee.com.my/victorcwx94/5218257995

2. Kotak Menyimpan Barang Kemas

Apabila memiliki kotak menyimpan barang kemas, ia pasti akan memudahkan untuk para wanita untuk menyimpan barang kemas mereka dengan lebih teratur dan juga selamat. Maka, jangan lupa hadiahkan sebuah sempena meraikan hati istimewa mereka!

Kotak simpan barang kemas: https://shopee.com.my/tnk_online/11457234430

3. Set Alat Solekan

Wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan. Terdapat pelbagai jenis set alat solekan yang anda boleh jadikan sebagai hadiah. Contohnya seperti, set berus solekan, ‘makeup palette’, maskara, bedak, dan seumpamanya. 

Set alat solekan: https://shopee.com.my/sevich.os/9249858918

4. Kuali Anti-Lekat

Kuali anti-lekat sangat sesuai untuk wanita yang gemar memasak. Anda boleh pilih pelbagai jenama dan juga saiz mengikut bajet anda. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih set yang mempunyai beberapa saiz kuali yang berbeza dalam satu pakej. 

Kuali anti lekat: https://shopee.com.my/smiyonlineshop.my/19159843645

5. Ketuhar

Hadiahkan set ketuhar untuk perempuan kesayangan anda terutamanya mereka yang suka membuat kek atau kuih. Anda boleh pilih pelbagai jenis ketuhar bermula daripada harga yang paling murah sehinggalah mahal. Selain untuk membakar kuih dan kek, ketuhar juga mempunyai pelbagai fungsi lain untuk memudahkan urusan dapur. 

Ketuhar: https://shopee.com.my/costplusonline/1457193662

6. Ikat Rambut

Tahukah anda, kaum perempuan seringkali ‘kehilangan’ ikat rambut apatah lagi selepas baru bangun daripada tidur. Oleh itu, hadiahkanlah mereka ikat rambut yang comel-comel untuk dipakai setiap hari sama ada ketika berada di rumah ataupun berjalan-jalan di luar rumah (untuk wanita tidak bertudung). 

Ikat rambut: https://shopee.com.my/dudu.inmalay/23213994165

7. Patung

Jadikan anak patung sebagai hadiah istimewa untuk insan tersayang anda. Kenal pasti karakter individu yang anda ingin beri hadiah dan hadiahkannya sebuah anak patung mengikut personalitinya. Pasti si dia akan menjadikan anak patung tersebut sebagai ‘rakan baiknya’!

Patung comel: https://shopee.com.my/nanawcz/6561573716

8. Dompet Wanita

Dompet juga adalah merupakan salah satu hadiah terbaik untuk diberikan kepada orang lain. Selain boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang, ia juga sangat bermanfaat untuk kegunaan harian. Setiap kali memandangnya, mereka pasti akan teringat anda sebagai pemberinya!

Dompet wanita: https://shopee.com.my/alyssaa.handbag/11129609130

9. Buku

Sekiranya individu tersebut suka membaca, tak perlu susah-susah, hadiahkan sahaja buku untuknya. Cari buku yang dihasilkan oleh penulis kegemarannya atau kenalpasti genre buku kesukaannya. Atau, anda juga boleh memilih buku tertentu yang anda mahu si dia membacanya. Buku resepi macam kat bawah ni pun menarik!

Buku resepi: https://shopee.com.my/syarikat_adam/5655070889

10. ‘Mask’ Muka

‘Mask’ muka mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah ia berfungsi untuk membantu melembabkan, mengecilkan pori-pori, menjadikan kulit lebih bermaya dan sebagainya. Kaum perempuan memang suka sangat pakai ‘mask’ ni terutamanya waktu sebelum tidur.

Terdapat beberapa jenama ‘mask’ muka yang terkenal contohnya seperti Garnier, Watson Fruity Mask, Innesfree Nature Republic dan macam-macam lagi. Anda boleh dapatkan di drugstore atau beli melalui online sahaja!

Mask Innesfree: https://shopee.com.my/khannie/6350887399

11. Set Spa Luxetique

Set spa luxetique ini memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa. Ia merangkumi beberapa set penjagaan diri seperti sabun mandi, losyen, skrub, ‘bath bomb’ dan sebagainya. Si penerima pasti akan rasa seronok sangat bila dapat set ni sebab boleh buat ala-ala spa dekat rumah sendiri!

Set Spa Luxetique: https://shopee.com.my/bodyearth.os/10748592775

12. Lilin Pewangi

Lilin pewangi adalah salah satu hadiah yang sangat menarik yang anda boleh berikan kepada kaum perempuan terutamanya yang sukakan bau-bauan wangi. Lilin pewangi rumah ini biasanya dinyalakan untuk menaikkan bau harum pada ruangan rumah ataupun bilik. 

Lilin pewangi: https://shopee.com.my/tsusumi/8286274056

13. Tudung

Untuk wanita yang bertudung pula, anda boleh hadiahkan tudung keluaran terkini yang sedang viral untuk mereka. Dari segi pemilihan warna tudung, anda boleh pilih warna kesukaan individu tersebut. 

Tudung Fazura: https://shopee.com.my/fazuraofficialstore/14449138139

14. Baju Tidur

Baju tidur atau pajamas juga sesuai untuk diberikan kepada sebagai hadiah. Sebelum itu, pastikan anda mengetahui saiz individu yang bakal menerima hadiah tersebut untuk mengelakkan baju tersebut tidak muat ataupun terlalu besar. 

Baju tidur: https://shopee.com.my/lanxuemengmy.my/20004393356

15. Bunga Lego

Kalau nak beli bunga segar tapi rasa membazir sebab bunga tersebut akan layu dan dibuang, hah apa kata anda hadiahkan bunga lego pula. Bunga lego diperbuat daripada lego yang boleh membentuk pelbagai jenis kuntuman bunga. Cantik sangat!

Bunga lego: https://shopee.com.my/tommytoy_01/21233740024

Akhir kata, semoga anda mendapat inspirasi dalam mencari hadiah terbaik untuk rakan wanita anda melalui perkongsian ini!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!