Advertisements

15 Idea Hadiah Perpisahan Untuk Rakan Edisi Bajet

Advertisements

Menghadapi perpisahan bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut merupakan salah satu rakan yang paling rapat kita pernah memiliki. 

Sebagai tanda penghargaan dan  juga kenangan-kenangan, anda boleh memberikan hadiah perpisahan yang istimewa untuk individu tersebut. Walaupun kelak akan berjauhan, namun dengan adanya tanda kenangan, anda akan sentiasa diingati.

hadiah perpisahan

Jom semak beberapa pilihan idea hadiah perpisahan untuk rakan anda mengikut bajet yang anda miliki seperti yang telah disenaraikan dibawah. Ingat, hadiah tidak semestinya yang mahal yang penting mempunyai makna dan nilai tersendiri. 

15 Idea Hadiah Perpisahan

1. Album Gambar

Hadiahkan sebuah album gambar dan sertakan beberapa keping gambar kenangan yang anda miliki bersama rakan anda tersebut untuk dijadikan sebagai hadiah perpisahan yang bermakna. 

Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan album gambar mengikut citarasa dan bajet yang anda miliki. Walaupun pada masa kini, ramai yang suka menyimpan gambar secara elektronik namun dengan adanya album gambar, gambar-gambar boleh disimpan dengan lebih menarik. 

Album gambar: https://shopee.com.my/albumfactory/6637956832

2. Lithops Indoor Plant

Anda juga boleh pertimbangkan untuk menjadikan lithops yang comel-comel belaka  ini sebagai hadiah perpisahan untuk rakan anda terutamanya apabila beliau sangat meminati bunga ataupun tumbuh-tumbuhan. 

Lithops adalah sebuah tumbuhan yang kelihatan seperti batu kecil dan akan mengeluarkan bunga apabila tiba masanya. Anda boleh hadiahkan beberapa biji lithops dan letakkan di dalam pasu.

Lithops: https://shopee.com.my/augustfame/18113789817

3. Personal Tote Bag

Personal tote bag juga salah satu hadiah yang sangat sesuai diberikan sebagai hadiah perpisahan. Anda boleh tulis nama rakan anda di beg tersebut dan pilih rekaan beg mengikut citarasa yang diinginkan.

Terdapat banyak pilihan tote bag yang anda boleh dapatkan daripada Shopee, salah satu contohnya adalah seperti di bawah. 

Tote bag: https://shopee.com.my/yuzytrading/3886672701

4. Auto Stirring Mug

Mug ini boleh ‘membancuh’ air secara automatik dan boleh mengekalkan suhu minuman. Memang seronok sangat bila pakai. Percayalah, setiap kali menggunakan mug ini pasti rakan anda akan teringat anda!

Auto stirring mug: https://shopee.com.my/alwayshome699/5742030199

5. Buku

Sekiranya rakan anda sangat minta membaca, hadiahkannya sebuah buku tulisan penulis kegemarannya. Harga sebuah buku biasanya kurang daripada RM100, taklah mahal sangat untuk anda yang mempunyai bajet cukup-cukup sahaja.

Anda juga boleh bagi buah yang anda ingin rakan anda membacanya. Antara buku yang sering menjadi pilihan pembaca adalah buku keluaran Jejak Tarbiah.

Buku kombo Jejak Tarbiah: https://shopee.com.my/jejaktarbiah/15482562881

6. Baju Tshirt

Baju juga merupakan antara pilihan hadiah perpisahan yang sering menjadi pilihan. Hal ini kerana, ia mudah untuk didapatkan lebih-lebih lagi apabila anda mengetahui saiz dan juga stail baju yang disukai oleh rakan anda. Contoh baju yang anda boleh berikan ialah, baju Tshirt keluaran jenama POLO ini. 

Tshirt POLO: https://shopee.com.my/hj.empire/2320902627

7. Tumbler

Kalau ada bajet lebih, bolehlah hadiahkan tumbler Starbucks. Tetapi, sekiranya bajet anda cukup-cukup, anda boleh dapatkan tumbler yang menarik dan berkualiti daripada Shopee seperti di bawah ini. 

Tumbler: https://shopee.com.my/moeshop14/7697375199

8. KONKA Americano Automatic Coffee Machine

Dengan harga di bawah RM150, anda sudah boleh dapatkan mesin pembuat kopi ini. Hadiah ini sangat sesuai diberikan kepada rakan anda yang suka minum kopi. Dengan adanya mesin ini, tidak perlulah dia membeli kopi di luar lagi!

KONKA Americano Automatic Coffee Machine: https://shopee.com.my/coffe.ehub/11978144883

9. 3D Keychain

Terdapat pelbagai pilihan 3D keychain yang anda boleh pilih untuk dihadiahkan kepada rakan anda sebagai tanda kenangan. Walaupun hadiah ini nampak simple, namun ia pasti akan menjadi tanda kenangan yang bermakna.

Jika anda adalah orang yang akan ‘pergi’, maka anda boleh beli beberapa buah 3D keychain ini dan berikan kepada rakan-rakan anda sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka berkawan dengan anda dan membantu anda selama ini. Harganya pun sangat mampu milik, jadi bolehlah anda beli banyak tanpa teragak-agak. 

3D Keychain: https://shopee.com.my/simplelifehouse/20157450103

10. Beg Galas Duffel

Beg galas ini sangat sesuai digunakan untuk mengisi barang terutamanya untuk mereka yang ingin ‘travel’. Memang sangat sesuailah anda jadikannya sebagai hadiah perpisahan untuk diberikan kepada rakan anda yang akan pergi jauh. Sudah pasti beg galas duffel ini akan bermanfaat untuknya. 

Beg galas duffel: https://shopee.com.my/ifashion168.com/19409886103

11. Tuala Sulam

Sekiranya anda mencari idea hadiah yang boleh di ‘personalized’ kan, anda boleh pilih tuala sulam ini sebagai hadiah perpisahan untuk rakan anda. Anda boleh meminta nama rakan anda untuk disulam di tuala tersebut. Barulah istimewa!

Tuala sulam: https://shopee.com.my/hadeya.my/8320777749

12. Topi

Untuk rakan lelaki, memang sesuai sangat untuk anda berikan topi sebagai hadiah. Hal ini kerana, biasanya kaum lelaki suka memakai dan juga mengumpul koleksi topi. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis topi yang anda boleh dapatkan daripada WAG STUDIO, salah satunya adalah seperti di bawah. 

Topi: https://shopee.com.my/wag.store.my/6363563239

13. Sandwich Maker KHIND

Sandwich maker ini sangat bermanfaat untuk individu yang perlu bergegas ke tempat kerja. Dengan adanya sandwich maker ini, sarapan pagi dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah. Harganya pun sangat berpatutan, kurang daripada RM100 tau!

Sandwich maker KHIND: https://shopee.com.my/teranet118/10139184235

14. Power Bank

Power bank adalah merupakan salah satu item penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk menjadikannya sebagai hadiah.

Ia pasti menjadi item yang bermanfaat untuk rakan anda terutamanya apabila perlu berjalan jauh untuk memastikan bateri telefon bimbit sentiasa ada tanpa memerlukan plug untuk mengecas. 

Powerbank: https://shopee.com.my/mygadgetmall/1998532024

15. Bantal Travel

Bantal travel sangat berguna untuk individu yang perlu mengalami perjalanan jauh. Ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian leher ketika menaiki kapal terbang ataupun kereta. Jadi, memang sangat sesuai untuk diberikan kepada rakan anda yang bakal berpindah sebagai hadiah perpisahan. 

Bantal travel: https://shopee.com.my/sumohome.os/16784808989

Semoga hadiah perpisahan yang anda berikan sentiasa menjadi kenangan terindah!

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment