Advertisements

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 1444H / 2022

Advertisements

Alhamdulillah, MTHQA kali ke-62 pada tahun ini akan bermula pada 19 sehingga 24 Oktober 2022 bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) jam 8.45 malam.

Orang ramai boleh hadir secara fizikal dan tempat adalah terhad.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Malaysia saban tahun tidak pernah gagal untuk menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Malahan Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al-Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.

Namun, semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, penganjuran MTHQA juga turut terjejas seketika demi untuk memelihara keselamatan dan mengawal penularan wabak tersebut.

Berikut dikongsikan serba serdikit tentang majlis ini.

Kategori / Penyertaan

Seramai 41 orang peserta melibatkan 31 buah negara menyertai MTHQA Ke-62 kali ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Untuk makluman, kebiasaannya penganjuran MTHQA melibatkan dua (2) kategori iaitu pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil dan pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk. Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja.

Menurut siaran media oleh YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Portal JAKIM, Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-62 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi saringan.

Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-62 tersebut telah selesai dijalankan pada 1 hingga 7 Julai 2022 yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 64 orang peserta daripada 40 buah negara.

Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-62 telah dinilai oleh barisan jemaah hakim yang berpengalaman dan memiliki ilmu yang luas dalam bidang Al-Quran.

Tarikh & Masa

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1444H akan bermula pada tarikh dan waktu berikut:

Tarikh: 19 hingga 24 Oktober 2022M.

Waktu: 8.45 malam – 11.30 malam

Pelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.

Lihat poster hebahan di bawah untuk mengetahui antara tokoh dan selebriti yang akan hadir pada majlis tersebut.

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1444H

Siaran Langsung Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1444H [LIVE Streaming]

Saksikan juga secara langsung di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 8.45 malam.

Sila rujuk pautan berikut untuk menonton:

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment