ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik

SISTEM PERMOHONAN RMM NEGERI TERENGGANU / ePERUMAHAN VERSI III

Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) telah dinaik taraf dan akan dibuka bermula 1 September 2021.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan pada versi 1 dan 2 pula perlu membuat kemaskini maklumat bermula 1 September hingga 31 Disember 2021.

Sila rujuk terma dan syarat di bawah sebelum memohon.

eperumahan terengganu

Apakah ePerumahan Terengganu?

ePerumahan Terengganu adalah sebuah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu yang mengendalikan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu.

Melalui sistem ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dan segala maklumat boleh didaftarkan dengan selamat.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Terengganu untuk menyediakan perumahan berkualiti untuk rakyat Terengganu dan pemastautin yang layak di negeri itu.

Syarat Kelayakan Memohon Rumah Mampu Milik Terengganu

RUMAH JENIS A

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  1. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  2. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  3. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

RUMAH JENIS B

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
eperumahan terengganu

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

Cara Permohonan / Pendaftaran ePerumahan Terengganu

Untuk memohon Rumah Mampu Milik Terengganu, sila daftar secara online di laman web berikut:

https://eperumahan.terengganu.gov.my

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:

  1. Daftar sebagai pengguna di https://eperumahan.terengganu.gov.my/
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pilih Kategori Rumah berdasarkan kelayakan anda.
  4. Kemaskini dan isi maklumat pemohon.
  5. Pilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan).
  6. Hantar permohonan beserta dokumen lengkap.

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021

Maklumat Lanjut

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)

TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.

Telefon: + 09-626 7999 /+ 09-631 7999

E-mel: [email protected]

Laman web: https://eperumahan.terengganu.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!