Tahukah anda, terdapat satu portal khusus kepada warga emas yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus bagi penyampaian maklumat, hebahan, dan kerjaya iaitu Portal e-Warga Emas yang boleh diakses menerusi laman web https://wargaemas.jkm.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai portal ini.

Mengenai e-Warga Emas
Portal e-Warga Emas ialah portal rasmi dan sistem digital di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.
Tujuan portal ini diwujudkan adalah sebagai bagi mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang bersepadu, berkesan, serta meningkatkan kesejahteraan golongan warga emas, keluarga, dan penjaga di seluruh negara.
Ia juga adalah salah satu usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal ini adalah seperti berikut:
- Pembelajaran Sepanjang Hayat: Pelbagai peluang kursus yang ditawarkan.
- Advokasi: Hebahan informasi berkaitan warga emas.
- Perkhidmatan Komuniti:
– Pendaftaran ahli PAWE secara dalam talian
– Maklumat Penyedia Perkhidmatan seperti pengangkutan, pengiring/peneman, penjagaan dan ambulan. - Kerjaya : Peluang pekerjaan untuk warga emas.
Manfaat Yang Diperoleh
Manfaat yang bakal diperoleh adalah seperti berikut:
- Akses kepada carian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
- Kemudahan pengangkutan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).
- Pencarian kerjaya melalui MYFutureJobs.
- Artikel dan hebahan terkini dan sahih.
Pengguna Portal
Pengguna portal terbuka kepada warga emas, ahli keluarga, waris atau penjaga untuk mengakses kepada perkhidmatan warga emas.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari https://wargaemas.jkm.gov.my
- Klik Pendaftaran: Pengguna
- Isi butiran peribadi anda dengan lengkap
Selain dari laman web, pengguna juga aplikasi e-Warga Emas boleh dimuat turun aplikasi mudah alih Portal eWE untuk akses mudah kepada tawaran perkhidmatan warga emas.
Soalan Lazim
Portal ini adalah usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
– Menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta untuk kemudahan warga emas di seluruh negara.
– Membantu warga emas dan masyarakat dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemudahan, keperluan,kepakaran, peluang pekerjaan dan sebagainya.
– Memudahkan pihak majikan, NGO atau pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan dan keperluan serta suai padan pekerjaan yang diperlukan oleh warga emas.
– Warga Emas khususnya mendapat manfaat dan kesejahteraan terjamin daripada program yang disediakan oleh Kerajaan.
Portal ini boleh dilayari oleh orang awam (Pelawat Portal) bagi tujuan mendapatkan maklumat Informasi Perkhidmatan, Hebahan Umum, Perkongsian Aktiviti dan Paparan Berita berkaitan warga emas.
– Modul Kerjaya
– Modul Pembelajaran Sepanjang Hayat
– Modul Advokasi
– Modul Komuniti.
Layari pautan https://wargaemas.jkm.gov.my dan melalui Mobiles App dengan muat turun aplikasi pada aplikasi store
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai portal ini, sila layari laman web https://wargaemas.jkm.gov.my.
Baca juga:




