e-Vetting: Cara Daftar, Login Penjawat Awam & Cetakan Sijil

Proses pendaftaran e-Vetting sebenarnya tidaklah sukar.

e-Vetting adalah langkah kerajaan untuk memastikan semua penjawat awam mempunyai rekod baik sepanjang berkhidmat dengan kerajaan.

E -vetting juga adalah tapisan keselamatan secara online bagi penjawat awam lantikan baru yang masih dalam tempoh percubaan sebelum di sahkan jawatan penjawat awam.

Malah, kontraktor yang hendak memasuki bekerja di kawasan keselamatan tahap tinggi seperti loji kilang Petronas misalnya, juga diwajibkan untuk mendaftar dalam sistem e-Vetting sebelum mereka dibenarkan masuk.

Apa itu e-Vetting?

e-Vetting secara mudah difahami adalah satu sistem tapisan keselamatan atas talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Di bawah sistem ini, setiap individu akan mempunyai rekod atas talian dan ianya membantu kerajaan menghindari unsur-unsur sabotaj, subversif, espionaj dan keganasan.

Dalam sistem e-Vetting, terdapat 3 jenis permohonan iaitu:

  • Permohonan Individu (Sektor Awam)
  • Permohonan Syarikat/Jabatan
  • Pengesah Jabatan

Baca juga: Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran

Cara daftar e-Vetting

e-Vetting
  1. Layari laman rasmi e-Vetting di pautan https://evetting.cgso.gov.my/cgso/
  2. Para bahagian menu, klik pada “Daftar”
  3. Pilih jenis pendaftaran
  4. Pilih jenis ID
  5. Masukkan maklumat yang dikehendaki – ID Pengguna, Nama, Emel dan Imej “Captcha”.
    • Nama dan ID Pengguna mesilah sama dengan maklumat pada Kad Pengenalan atau Pasport
  6. Klik butang “Daftar”
    • Sekiranya berjaya, mesej “Pendaftaran Pengguna berjaya dihantar. Sila semak emel anda.” akan dipaparkan
  7. Buka akaun emel anda dan sahkan pendaftaran dengan mengklik pautan yang diberikan
  8. Kini, anda sudah berjaya mendaftar akaun di e-Vetting

Cara Membuat Permohonan

Setelah selesai mendaftar akaun anda, anda perlu membuat permohonan pula dalam sistem e-Vetting.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun e-Vetting anda
  2. Pada paparan menu di bahagian kiri, klik pada pilihan “Permohonan Baru”
  3. Terdapat 7 jenis permohonan:
    • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Pentadbiran Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Lantikan Badan Berkanun
    • Lantikan Jawatan Keselamatan Berjadual
    • Tapisan Keselamatan Khas
    • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
    • Tapisan Pelajar Tajaan
    • Lantikan Instalasi (Warganegara)
      • Sekiranya anda adalah seorang pekerja swasta, pilih pilihan ini
  4. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Maklumat Profil”
    • Gambar berukuran pasport
    • No. Kad Pengenalan Baru
    • Pekerjaan
    • Tarikh Lahir
    • Tempat Lahir
    • Jantina
    • Agama
    • Alamat Tetap
    • Negeri
    • Bandar
    • Poskod
  5. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Maklumat Sayrikat”
    • No. Pendaftaran Syarikat
    • Nama syarikat
  6. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Lokasi perkhidmatan”
    • Kod Instalasi
    • Alamat Instalasi
      • Kedua-dua maklumat ini biasanya akan diberikan oleh tempat/kilang/loji anda bekerja
  7. Isi kesemua butiran maklumat yang dikehendaki pada bahagian seterusnya:
    • Maklumat peribadi
    • Maklumat pasangan
    • Kesalahan yang menyalahi undang-undang
    • Perakuan
  8. Setelah selesai memasukkan kesemua maklumat yang dikehendaki (bertanda *), klik butang “Simpan dan Hantar”
  9. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman “Pertanyaan Status”
  10. Klik butang “Cetak Permohonan” sekiranya anda perlu memberikan bukti pendaftaran di sistem e-Vetting kepada majikan atau klien anda
evetting guru

Cara Daftar eVetting Untuk Guru Baru

E -vetting ialah tapisan keselamatan secara online bagi penjawat awam lantikan baru yang masih dalam tempoh percubaan. Tempoh percubaan dalam masa 3 tahun sebelum di sahkan jawatan penjawat awam

Cara nak print dan dapatkan sijil e vetting

  1. Masuk laman web evetting.cgso.gov.my
  2. Masukkan ID pengguna (nom ic) dan kata laluan (kalau lupa tekan lupa kata laluan n letak email. Nanti akan dpt id n kata laluan baru di email)
  3. Ambil pertanyaan status
  4. Klik cari
  5. Klik keputusan yg ada tiada apa2 buruk diketahui setakat ini
  6. Klik cetak sijil
  7. Serahkan pada kerani sebb masa daftar penempatan dalam surat semak perlu kita letak sijil e-vetting

Bagi yang belum buat e vetting.

  1. Sign up e vetting
  2. Klik permohonan baru
  3. Ambil pilihan 6 (lantikan suruhanjaya perkhidmtan pelajaran SPP)
  4. Isi maklumat diperlukan dan hantar(sediakan softcopy gambar berukuran pasport)

Baca juga: DELIMa 2.0 KPM: Cara Login, Dan Daftar Akaun Guru, Murid & Ibu Bapa

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!