e-KomPeG (Modul Kompetensi Pentaksiran Guru) adalah merupakan modul yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anda boleh akses portal rasmi e-KomPeG di https://sites.google.com/moe.gov.my/ atau melalui platform DELIMa.
Modul ini bertujuan untuk menyokong pembangunan kompetensi dan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), khususnya dalam memperkukuh amalan pentaksiran selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
Rujuk info penuh mengenai e-KomPeG (Modul Kompetensi Pentaksiran Guru) di bawah.
Ringkasan e-KomPeG (Modul Kompetensi Pentaksiran Guru)
- e-KomPeG adalah inisiatif pembelajaran kendiri secara dalam talian untuk para guru.
- Modul ini boleh diakses melalui platform DELIMa KPM menggunakan ID MOE/DELIMa sedia ada.
- Mengandungi bahan bacaan (Google Slides), aktiviti praktikal, serta kuiz dalam pelbagai format.
- Guru yang melengkapkan modul ini boleh mendapat pengiktirafan sehingga 40 jam latihan yang boleh direkodkan dalam sistem HRMIS 2.0 dan SPLKPM.

Apa itu e-KomPeG?
e-KomPeG (Modul Kompetensi Pentaksiran Guru) adalah inisiatif pembelajaran kendiri secara dalam talian yang dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia berfungsi sebagai medium utama untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan selaras dengan aspirasi Dasar Latihan Sumber Manusia KPM.
Pembangunan modul ini adalah berasaskan tujuh (7) standard The Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Students (1990) yang dibangunkan oleh American Federation of Teachers, National Council on Measurement in Education dan National Education Association.
Dari aspek pencapaian, lebih 47% guru telah mengikuti modul e-KomPeG, dan pelaksanaannya dijalankan mengikut zon bagi memastikan liputan latihan yang lebih sistematik dan menyeluruh.
Program ini dibiayai melalui peruntukan Lembaga Peperiksaan dengan sokongan Bahagian Profesionalisme Guru, KPM, sekali gus menunjukkan komitmen berterusan KPM dalam memperkasakan kompetensi pentaksiran guru di Malaysia.



Modul e-KomPeG sedia diakses melalui platform DELIMa KPM menggunakan ID pengguna dan kata laluan sedia ada.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan bagi memastikan kemudahan pembelajaran kendiri dapat dilayari oleh warga KPM.
Objektif
- Meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam pentaksiran, pendidikan, pengetahuan, kemahirandan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran yang berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan maklum balas yang tepat bagi murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka berdasarkan instrumen pentaksiran yang berkualiti.
- Memperoleh maklumat mengenai pentaksiran pendidikan yang sah dan boleh dipercayai untuk dijadikan sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan.
Ciri-Ciri Utama e-KomPeG
- Latihan Kendiri: Guru boleh mengikuti latihan secara mandiri melalui platform digital menggunakan ID DELIMa (ID MOE) masing-masing.
- Fokus Modul: Kandungan modul merangkumi konsep asas pentaksiran, pembinaan item, serta standard pentaksiran (Standard Asas dan Standard Pertengahan).
- Struktur Pembelajaran: Terdiri daripada pelbagai unit (sekitar 19 unit untuk tahap tertentu) yang dilengkapi dengan bahan bacaan (seperti Google Slides), aktiviti, dan kuiz.
- Pengiktirafan: Setelah selesai mengikuti modul dan lulus kuiz yang disediakan, guru perlu memaklumkan kepada pentadbir sekolah untuk direkodkan dalam sistem pembangunan profesionalisme.
Penetapan Standard
Dari segi pelaksanaan, e-KomPeG dibahagikan kepada tiga peringkat latihan, iaitu:
- asas
- pertengahan
- lanjutan
Modul asas dan pertengahan telah siap dibangunkan dan mula digunakan secara meluas, dengan akses rasmi melalui platform DELIMa KPM bermula September 2021.
Sebelum itu, e-KomPeG telah diperkenalkan di platform Schoology pada tahun 2016, sebelum dimigrasikan ke DELIMa sebagai platform rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Peringkat Asas
Standard 1: Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran.
- Unit 1: Konsep Asas Pentaksiran
- Unit 2: Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
Standard 2: Kemahiran dalam membina kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan dengan pengajaran.
- Unit 3: Pembinaan Item
- Unit 4: Penilaian Item
- Unit 5: Pembinaan Item Objektif
- Unit 6: Pembinaan Item Subjektif
- Unit 7: Pembinaan Item KBAT
- Unit 8: Pentaksiran Autentik
- Unit 9: Instruksional Pentaksiran
2. Peringkat Pertengahan
Standard 3: Kemahiran dalam mentadbir menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan / atau daripada ujian buatan guru.
- Unit 10: Kaedah Pentaksiran
- Unit 11: Pentadbiran Pentaksiran
- Unit 12: Penskoran Pentaksiran
- Unit 13: Analisis Data Pentaksiran
Standard 4: Kemahiran dalam menggunakan hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai murid secara individu, perancangan mengajar, pembinaan kurikulum dan kemajuan sekolah.
- Unit 14: Pentaksiran Pendidikan
- Unit 15: Penggunaan Keputusan Pentaksiran
Standard 5: Kemahiran dalam membina prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil pentaksiran
- Unit 16: Penetapan Standard
- Unit 17: Kaedah Angoff
- Unit 18: Kaedah Bookmark
- Unit 19: Kaedah Menentukan Kesukaran Item
3. Peringkat Lanjutan
Standard 6: Kemahiran dalam menyampaikan hasil-hasil pentaksiran kepada murid, ibu bapa, pendidik yang lain dan pihak yang berkepentingan.
- Unit 20: Modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Unit 21: Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Unit 22: Pentaksiran Psikometrik (PPSi)
- Unit 23: Pentaksiran Pusat
- Unit 24: Pentaksiran Kecergasan Fizikal (SEGAK)
Standard 7: Kemahiran mengenal pasti kaedah pentaksiran dan penggunaan maklumat pentaksiran yang tidak beretika, menyalahi undang-undang dan tidak sesuai.
- Unit 25: Etika dalam Pentaksiran
- Unit 26: Maklumat Pentaksiran
Cara Akses e-KomPeG
1. Melalui Portal DELIMa
Untuk mengakses Modul Kompetensi Pentaksiran Digital (e-KomPeG) melalui portal DELIMa KPM, anda boleh rujuk cara berikut:
- Log masuk ke portal rasmi DELIMa KPM
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan sedia ada anda.
- Pilih LP (Lembaga Peperiksaan) untuk akses modul e-KomPeG.

2. Melalui Portal e-KomPeG
Selain itu, e-KomPeG juga boleh diakses melalui pautan berikut: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/lembagapeperiksaan/laman-utama.
Klik ikon e-KomPeG untuk mula pembelajaran kendiri.

Cara Jana Sijil e-KomPeG untuk HRMIS
Proses untuk menjana sijil berkaitan e‑KomPeG dan merekodkannya ke dalam HRMIS melibatkan dua peringkat utama:
- Merekodkan pembelajaran kendiri e‑KomPeG di SPLKPM untuk mendapatkan bukti pembelajaran.
- Kemudian, mendaftarkannya sebagai Pembelajaran Kendiri dan memuat naik bukti tersebut di dalam sistem HRMIS.
Rujuk langkah-langkahnya di bawah:
Langkah 1: Jana “Sijil Pelaporan” di SPLKPM.
- Lengkapkan modul e‑KomPeG dalam DELIMa KPM.
- Log masuk ke SPLKPM → pilih Modul Individu / Pembelajaran Kendiri → isikan:
- Jenis: Pembelajaran kendiri / e‑pembelajaran
- Tajuk: “e‑KomPeG – Modul Kompetensi Pentaksiran Digital”
- Tarikh, bilangan jam, dsb.
- Setelah disimpan, SPLKPM akan jana sijil / bukti pembelajaran (PDF/PNG) yang boleh dicetak.
Langkah 2: Muat Naik (Upload) ke HRMIS 2.0
- Log masuk HRMIS 2.0 →
Modul Pembangunan→Program Pembangunan Kompetensi→Pemilik Kompetensi→ Pembelajaran Kendiri. - Isi maklumat kursus (tajuk: e‑KomPeG, penganjur: KPM, tarikh, dsb.)
- Kemudian upload sijil.
- Klik Hantar.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan e-KomPeG, anda boleh rujuk alamat atau nombor telefon yang boleh dihubungi berikut:
Lembaga Peperiksaan
Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia.
+60388843785/3787
[email protected]
Soalan Lazim (e-KomPeG)
Modul ini disasarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), khususnya guru di bawah KPM.
Tujuan utama e-KomPeG adalah untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam bidang pentaksiran.
e-KomPeG dilaksanakan melalui pembelajaran kendiri secara dalam talian menggunakan modul digital yang disediakan.
Peserta haruslah mengakses e-KomPeG menggunakan emel DELIMa KPM supaya dapat mengakses bahan atau kandungan di dalam e-KomPeG.
e-KomPeG tidak memberikan sijil kompetensi kepada peserta akan tetapi peserta boleh memasukkan pembelajaran kendiri e-KomPeG ini di dalam SPLKPM untuk menjana sijil dari SPLKPM itu sendiri.
e-KomPeG dibangunkan berasaskan 7 standard kompetensi pentaksiran guru, merangkumi keseluruhan proses pentaksiran daripada perancangan, pembinaan item, pentadbiran, analisis data, penetapan standard, pelaporan sehinggalah kepada aspek etika pentaksiran.
e-KomPeG dibahagikan kepada tiga peringkat latihan, iaitu:
1. Peringkat Asas
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Lanjutan
Untuk mengakses Modul Kompetensi Pentaksiran Digital (e-KomPeG), ikuti langkah berikut:
1. Log masuk ke portal rasmi DELIMa KPM
2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan sedia ada
3. Anda kini boleh mengakses modul e-KomPeG
Peringkat Asas merangkumi Standard 1 dan Standard 2, dengan kandungan berikut:
Standard 1:
Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran.
Unit 1: Konsep Asas Pentaksiran
Unit 2: Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
Standard 2:
Kemahiran membina kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan pengajaran.
Unit 3: Pembinaan Item
Unit 4: Penilaian Item
Unit 5: Pembinaan Item Objektif
Unit 6: Pembinaan Item Subjektif
Unit 7: Pembinaan Item KBAT
Unit 8: Pentaksiran Autentik
Unit 9: Instruksional Pentaksiran
Peringkat Pertengahan merangkumi Standard 3, Standard 4 dan Standard 5:
Standard 3:
Kemahiran mentadbir, menskor dan mentafsir hasil pentaksiran.
Unit 10: Kaedah Pentaksiran
Unit 11: Pentadbiran Pentaksiran
Unit 12: Penskoran Pentaksiran
Unit 13: Analisis Data Pentaksiran
Standard 4:
Kemahiran menggunakan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan berkaitan murid dan perancangan pendidikan.
Unit 14: Pentaksiran Pendidikan
Unit 15: Penggunaan Keputusan Pentaksiran
Standard 5:
Kemahiran membina prosedur penggredan murid yang sah.
Unit 16: Penetapan Standard
Unit 17: Kaedah Angoff
Unit 18: Kaedah Bookmark
Unit 19: Kaedah Menentukan Kesukaran Item
Peringkat Lanjutan melibatkan Standard 6 dan Standard 7:
Standard 6:
Kemahiran menyampaikan hasil pentaksiran kepada pihak berkepentingan.
Unit 20: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Unit 21: Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Unit 22: Pentaksiran Psikometrik (PPSi)
Unit 23: Pentaksiran Pusat
Unit 24: Pentaksiran Kecergasan Fizikal (SEGAK)
Standard 7:
Kemahiran mengenal pasti amalan pentaksiran yang tidak beretika atau menyalahi peraturan.
Unit 25: Etika dalam Pentaksiran
Unit 26: Maklumat Pentaksiran
Baca juga:




