Advertisements

E-Baucar Makanan KFC RM20 Untuk B40 & Mahasiswa (PRE Ihsan 3.0)

Advertisements

INSENTIF SUMBANGAN E-BAUCAR MAKANAN KFC BERNILAI RM20

Inisiatif ini merupakan antara bantuan Kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRE Ihsan Johor 3.0.

Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan pada Khamis, 10 Jun 2021.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, PRE Ihsan Johor 3.0 akan menggunakan pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan atau sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara mendapatkan e-baucar makanan KFC bernilai RM20.

Syarat Permohonan

  • Khas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermastautin di Negeri Johor.
  • Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40
  • Semua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor.

NOTA TAMBAHAN:

PERMOHONAN INI KHAS UNTUK MAHASISWA/I JOHOR SELURUH NEGARA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Permohonan

• Permohonan dibuka sehingga 31 JULAI 2021

Cara Permohonan E-Baucar KFC RM20

Permohonan e-baucer ini boleh dibuat secara online melalui Google Form.

Pautan Google Form secara atas talian boleh didapati di sini : https://docs.google.com/forms/u/1/d/1fRDxKjwCJ0wZTMj6cm36KQrWv9nHumd2ZLFk882M8uY

Sila lengkapkan maklumat dengan teliti dan hantarkan borang tersebut sebelum tarikh akhir iaitu 31 Julai 2021.

Pengumpulan data ini adalah antara usaha membantu mahasiswa/i Johor yang terkesan. Segala maklumat adalah sulit dan hanya untuk kegunaan Kerajaan Negeri Johor.

Baca juga: Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Jadual Bulanan Mulai Ogos 2021)

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini ikuti laman facebook Persatuan Mahasiswa Johor IPT Dalam dan Luar Negara http://www.facebook.com/johorfutureleader

ATAU

Leave a Comment