Doa Qunut : Bacaan Dalam Solat Subuh & Maksud (JAKIM)

Doa Qunut : Bacaan Dalam Solat Subuh & Maksud (JAKIM)

Qunut (قنوت) membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat.

Doa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

  1. Bacaan doa
  2. Bacaan zikir
  3. Bacaan selawat

Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa.

Dalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya.

Bahagian kedua iaitu bermula daripada فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir.

Jika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama-sama membaca zikir ini secara perlahan.

Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.

Sudahkah anda menghafal doa qunut? Dan pernahkah anda benar-benar menghayati maknanya?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bacaan doa qunut bersama maksudnya.

Apakah Doa Qunut?

Doa qunut berasal daripada perkataan Qunut yang mempunyai beberapa makna.

Dari segi bahasa, ia bermaksud taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa.

Manakala dari segi istilah, Qunut merupakan doa yang di baca ketika iktidal dalam solat.

Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu :

  • Qunut dalam solat Subuh
  • Qunut dalam solat witir Ramadhan
  • Qunut Nazilah

Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.

Berikut adalah bacaan yang dibacakan dalam qunut solat Subuh.

doa qunut subuh
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

BACAAN DOA QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

اللهمَّ اهدِنا فيمَن هدَيت،

Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk

وعافِنا فيمَن عافيت

Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan

وتولَّنا فيمَن تولَّيت،

Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin

وباركْ لنا فيما أعطيت،

Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku

وقِنا شرَّ ما قضيت،

Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).

إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan,

فَلَكَ الْحَمْدٌ عَلى ما قَضَيتَ

Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ

Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau

وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi

Allahhumma dinii fiiman hadait
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Wabaariklii fiimaa a’thait
Waqinii syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Wainnahu laayadzilu man walait
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam

Maksud / Erti

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

Semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum

Membaca doa qunut termasuk di dalam perkara sunat Ab’adh.

Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.

Walau bagaimana pun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: