Rukun Iman: Prinsip Kehidupan & Kepercayaan Umat Islam

Sejak dari kita kecil lagi, kita sebagai seorang umat Islam telah diajarkan enam Rukun Iman.

Rukun-rukun ini merupakan prinsip dan kompas kehidupan yang perlu diikuti oleh semua umat Islam, untuk berjaya dunia akhirat.

Namun begitu, kebanyakan dari kita hanya tahu asas kepada rukun ini sahaja, tetapi selebihnya tidak mengerti atau memahami secara mendalam tentang rukun-rukun ini dan bagaimana kita boleh mengaplikasikannya ke dalam kehidupan kita.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lagi tentang rukun Iman ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. Akan kami cuba terangkan serba sedikit tentang Rukun Iman kepada anda.

Baca juga:

Apa itu Rukun Iman?

Dari segi bahasa, Iman ini membawa maksud percaya dan membenarkan. Manakala, dari segi syarak ia membawa erti percaya dengan hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Oleh itu, apabila menyebut rukun Iman ia merujuk kepada dasar kepercayaan dalam Islam yang wajib diamalkan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.

Rukun-rukun ini berfungsi sebagai tiang-tiang yang mendukung keimanan, yang melibatkan keyakinan penuh dan tanpa syak kepada enam perkara asas.

Dalil mengenai rukun ini

Dalam Surah An-Nisa, ayat 136, Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْ نَزَّلَ عَلٰى رَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا ۢ بَعِيْدًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul Nya (Muhammad SAW) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikat Nya, dan Kitab-kitab Nya dan Rasul-rasul Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”

Berdasarkan jawapan Rasulullah SAW kepada Jibril AS yang berbunyi:

(1) أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Maksudnya:Kamu hendaklah beriman kepada Allah SWT, para Malaikat-Nya, kitab-kitab Nya, para rasul utusan Nya, hari Akhirat dan kamu hendaklah beriman dengan ketentuan takdir-Nya sama ada yang baik ataupun sebaliknya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Apakan enam rukun tersebut?

Berikut adalah senarai enam (6) rukun Iman yang perlu menjadi prinsip kehidupan setiap muslim:

  • Beriman kepada Allah SWT
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada dan Qadar

Penerangan bagi setiap rukun

Berikut merupakan penerangan yang lebih terperinci berkenaan rukun Iman ini:

1. Percaya kepada Allah SWT

  • Rukun yang pertama ini menekankan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan meyakini kewujudan, keesaan, dan kekuasaan mutlak Allah sebagai pencipta dan pengatur alam.
  • Sebagai seorang Muslim kita seharusnya mempercayai bahawa Allah itu ada, meskipun tidak terlihat, tidak terdengar, dan tidak boleh disentuh.

2. Percaya kepada malaikat

  • Rukun Iman kedua adalah Mempercayai malaikat itu wujud.
  • Keyakinan atas keberadaan malaikat sebagai makhluk Allah yang tidak kelihatan, yang menjalankan perintah-Nya.
  • Kita wajib beriman kepada 10 malaikat utama yang disebutkan dalam nas iaitu:
rukun iman

3. Percaya kepada kitab

Mempercayai bahawa Allah SWT memberikan kitab kepada Nabi-Nabi seperti di bawah:

  • Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
  • Kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Kitab Injil kepada Nabi Isa.
  • Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W

4. Percaya kepada Nabi dan Rasul

  • Meyakini dan mempercayai ajaran-ajaran yang disampaikan oleh para nabi dan rasul Allah.
  • Mengetahui sekurang-kurangnya 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui seperti dalam rajah di bawah:

5. Percaya kepada hari kiamat

  • Mempercayai ketibaan hari pembalasan.
  • Meyakini bahawa seluruh alam termasuk dunia dan seisinya akan mengalami
    kehancuran bila tibanya hari kiamat.

6. Percaya kepada qadha dan qadar

  • Mempercayai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
  • Mempercayai qadha’ iaitu ketetapan takdir yang telah tertulis bagi setiap
    manusia sebelum dilahirkan.
  • Mempercayai qadar iaitu ketentuan atau kepastian yang telah ditetapkan
    oleh Allah SWT termasuk perkara yang sedang terjadi ataupun yang akan berlaku.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang rukun Iman ini, anda boleh dapatkan Ensiklopedia Rukun Iman Ali Muhammad Ash-Shallabi ini.

Apakah kepentingan Rukun Iman?

Rukun Iman ini amat penting untuk kita fahami dan hayati ke semua enam prinsip di dalamnya. Antara sebab mengapa ia penting untuk kita fahami adalah:

  1. Menerapkan rasa keimanan yang tinggi.
  2. Menjadikan kita seorang yang menyakini hari akhirat
  3. Melahirkan rasa takut kepada Allah dalam diri umat Islam
  4. Mampu mengurangkan rasa cinta akan duniawi secara melampau
  5. Jiwa tidak terlalu berkeluh kesah dengan dugaan dan cabaran hidup
  6. Berkeupayaan menahan rasa sedih duka lara tatkala dihimpit musibah.

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.

Sumber:

  1. Pengenalan Tentang Rukun Iman & Huraian Lengkapnya. Taqwa.my
  2. Apakah Beza Qada’ dan Qadar? Jabatan Mufti Terengganu
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!