Doa Hari Lahir – Memohon Keberkatan Umur & Kebaikan Dunia Akhirat

Doa Hari Lahir – Memohon Keberkatan Umur & Kebaikan Dunia Akhirat

Hari lahir adalah adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu. Terdapat pelbagai cara untuk meraikan hari istimewa ini, salah satunya ialah dengan memanjatkan doa sebagai rasa syukur. 

Berikut dikongsikan doa hari lahir dengan makna yang baik untuk diucapkan sempena meraikan hari lahir anda atau insan tersayang. 

Hukum Sambutan Hari Lahir Dari Perspektif Islam

Hukum menyambut ulang tahun kelahiran mengikut perspektif Islam adalah harus, tetapi ia mestilah mengikuti beberapa garis panduan. 

Berikut ialah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan:

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjut dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan meng-elokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuran kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.

BACA JUGA: Alhamdulillah (ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ): Maksud, Bila Perlu Diucap & Manfaatnya

Senarai Doa Hari Lahir Dengan Makna Baik 

DOA 1: 

Doa ini boleh diucapkan kepada individu yang meraikan hari kelahirannya. Walaupun ringkas, namun maknanya sangat hebat. 

براك الله في عمرك

Maksudnya: 

Semoga Allah memberkati usiamu.

DOA 2: 

اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya:

“Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami. Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

DOA 3: 

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Maksudnya: 

“Ya Allah kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesegaran atau kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan ampunan sesudah mati.”

DOA 4:

اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya:

 “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mengurniakan rezeki kepadaku dalam bentuk rezeki yang halal, luas dan tidak menyakitkan. Tanpa beban, tanpa mudarat dan tanpa kelesuan dalam mendapatkannya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

Contoh Doa Majlis Hari Jadi – Template 

Doa Hari Lahir - Memohon Keberkatan Umur & Kebaikan Dunia Akhirat

Untuk sambutan majlis hari jadi, anda boleh jadikan contoh doa di bawah sebagai panduan:

Ya Allah,sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran (nama);

Kau panjangkanlah umurnya dan karuniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. 

Kurniakanlah kepadanya rezeki yang halal dan melimpah ruah. Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran.

Ya Allah,Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu.

Kami juga memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya. 

Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau juga Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. 

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu. Perbaikilah amalannya dan tunaikanlah hajatnya yang baik.

Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikanlah dia dalam keimanan. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian. 

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dankedua ibu bapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah jadikan dia seorang hambaMu yang soleh/ah. Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada (nama) ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan taat atas segala perintahMu.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim.

RUJUKAN: Mufti Wilayah Persekutuan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!