Tawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP

Tawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP Tahun 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa KOSWIP Malaysia Berhad kini menawarkan bantuan pendidikan / Dermasiswa bagi anak-anak anggota yang mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang bagi pelbagai peringkat pengajian.

Anda juga boleh rujuk kenyataan di rumah :

Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP

Baca Juga : Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA Cemerlang

Tarikh Permohonan Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP

Anggota KOSWIP serta anak yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 November 2022 (Rabu).

Terma dan Syarat

Calon yang berminat perlulah fahami dan menepati terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Anggota KOSWIP dan bernombor Anggota sebelum 99325 dan berdaftar pada atau sebelum 17 Oktober 2018 layak memohon.
  2.  Borang permohonan boleh disahkan oleh Guru-guru/ Pentadbir Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kakitangan awam kump A
  3.  Suami dan Isteri yang kedua-duanya menjadi anggota Koperasi tidak layak memohon untuk anak yang sama.
  4. Permohonan untuk anak tiri dan anak angkat hendaklah sah disisi undang-undang dan disertakan dengan bukti yang disahkan.
  5. Borang permohonan boleh didapati di Ibu pejabat KOSWIP, Pejabat Cawangan PUTRAJAYA pada waktu pejabat dan juga dari Pengerusi / Setiausaha Kawasan mulai 17 Oktober 2022.
  6.  Borang permohonan juga boleh didapati melalui Laman Web KOSWIP, www.koswip.com.my dan FACEBOOK KOSWIP.
  7. Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 November 2022 (Rabu) jam 5.00 petang.
  8.   Permohonan yang lewat diterima akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Syarat-Syarat Cemerlang

  1. Mendapat keputusan SPM 2021 8A dan ke atas
  2.  Mendapat keputusan STPM 2021 CGPA 3.8 dan ke atas
  3. Sila sertakan salinan sijil keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Syarat-Syarat Khas Dermasiswa Untuk IPTA

  1. Memiliki DIPLOMA atau IJAZAH pada tahun 2021 di IPTA/IPTS tempatan / luar negara dengan mendapat CGPA 3.8 dan ke atas  
  2. Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan dan sijil-sijil yang berkaitan beserta pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Cara Memohon

Sila muat turun borang di bawah :

(Borang juga boleh di Ibu Pejabat KOSWIP, Pejabat Cawangan Putrajaya, Wakil-Wakil Kawasan serta laman web dan Facebook rasmi KOSWIP).

Borang yang diisi dengan maklumat dan tepat dan lengkap boleh dihantari melalui pos kepada :

OPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD

BLOK A-01-01 PANTAI BUSINESS CENTRE,

JALAN PANTAI BHARU,

59200 KUALA LUMPUR

TEL : 03-22010009 SAMBUNGAN 301/302/303/304/306

Borang juga boleh dihantar melalui e-mail KOSWIP di alamat [email protected]

Nota : Kelulusan permohonan akan dimaklumkan menerusi SMS dan wakil kawasan. Sila masukkan nombor telefon di ruang yang tertera dalam borang.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP Tahun 2022, sila hubungi talian Whatsapp di pautan berikut : http://www.wasap.my/60146731506/BANTUANPENDIDIKAN2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!