Daun Ketumbar: 11 Khasiat Yang Mengejutkan Ramai Orang

Daun ketumbar menjadi daun herba yang sangat digemari ramai orang dalam masakan. Bahkan apabila dikaji, rupa-rupanya khasiat daun ini bukanlah sekadar dalam masakan sahaja tetapi kepada kesihatan tubuh badan juga.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun ketumbar yang perlu anda tahu.

Baca juga

Apa itu daun ketumbar?

daun ketumbar

Daun ketumbar atau “Coriander” adalah sejenis tumbuhan herba yang sangat kaya dengan antioksidan, vitamin A dan vitamin C. 

Herba ini bersifat anti radang khususnya kepada kulit kerana kerana ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan antioksida.

Tumbuhan dengan nama saintifik Coriandrum sativum ini tergolong dalam keluarga yang sama dengan lobak merah, saderi dan parsli.

Dari akar sehingga ke bijinya, ke semua bahagian tumbuhan ini sering dipilih sebagai ramuan kerana mampu membangkitkan lagi rasa dan aroma masakan.

Perbezaan daun ketumbar dan daun sup

daun ketumbar
PerbezaanDaun KetumbarDaun Sup
Saiz daunDaun lebih kecilDaun lebih lebar
BauBau yang tajamBau yang lembut
KegunaanDigunakan dalam tom yamDigunakan dalam sup
NamaJuga dikenali sebagai
“cilantro/coriander”
Juga dikenali sebagai
“Chinese Celery”
Saiz batangBatang yang agak pendekBatang yang panjang
Saiz akarMemiliki akar tunjang yang
lebih besar dan
Mempunyai akar yang agak kecil
dan berserabut

Khasiat daun ketumbar

1. Meningkatkan kesihatan mata

Daun ketumbar mengandungi kandungan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan karotenoid yang tinggi. Ia membantu menggalakkan penglihatan yang baik. 

Kajian juga telah mengesahkan bahawa pengambilan ketumbar secara harian boleh membantu melambatkan degenerasi makula berkaitan usia (ARMD) dan juga menyembuhkan konjunktivitis.

2. Menyokong sistem imun

Daun ketumbar kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan vitamin E, yang mana ketiga-tiganya ini boleh membantu meningkatkan sistem imun anda secara beransur-ansur. 

Vitamin C boleh menjadikan sel darah putih berfungsi dengan berkesan dan juga membantu dalam penyerapan zat besi. 

3. Mengurangkan tahap gula dalam darah

Warna hijau terang pada daun ketumbar adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan, yang boleh membantu menggalakkan aktiviti enzim. Oleh itu, ia merangsang rembesan insulin yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. 

Menambah ketumbar pada setiap hidangan atau minum air yang diletakkan ketumbar setiap hari mungkin bermanfaat untuk orang yang mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

4. Boleh membantu menurunkan kolesterol jahat

Masalah kolesterol tinggi bukanlah satu masalah yang pelik berlaku dalam masyarakat kita. Bahkan ianya sudah sekaan “sebati” dalam tahap kesihatan setiap orang.

Dikatakan bahawa, pengambilan daun ketumbar secara konsisten boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik).

5. Boleh menguatkan kesihatan tulang

Daun ketumbar terkandung dengan sejumlah besar mineral yang menguatkan tulang seperti kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. 

Fungsi anti-radang ketumbar juga melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis.

6. Boleh membantu meningkatkan kesihatan usus

Daun ketumbar mengandungi jumlah serat yang baik, yang boleh membantu melegakan masalah pencernaan. 

Ia juga sedang dikaji untuk pelbagai masalah penghadaman seperti sakit perut, cirit-birit, kekejangan usus, gas atau loya. 

7. Boleh menggalakkan kesihatan kulit

Ketumbar boleh melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dari kandungan zat besi, Vitamin E dan Vitamin A di dalamnya.

Selain itu, ketumbar juga bertindak sebagai ubat untuk kulit berminyak kerana keupayaannya menyerap minyak berlebihan. 

Ia juga merupakan agen antimikrob, antiseptik dan antikulat yang boleh membantu menenangkan dan menyejukkan kulit. 

8. Boleh meningkatkan kesihatan jantung

Ekstrak ketumbar telah diuji di makmal dan mungkin bertindak sebagai diuretik, membantu mengeluarkan lebihan air dan natrium daripada sistem anda. 

Ia berupaya membantu menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Menambah ketumbar pada makanan boleh membantu orang ramai mengurangkan pengambilan natrium.

9. Boleh melindungi otak

Dalam beberapa kajian, ekstrak ketumbar didapati dapat melindungi sel-sel dalam otak daripada kerosakan dan juga meningkatkan daya ingatan pada tikus. 

Ini mungkin disebabkan oleh sifat anti-radang ketumbar kerana kebanyakan bentuk degenerasi otak dicetuskan oleh keradangan. 

Satu lagi faedah yang mengejutkan pada tikus ialah ekstrak ketumbar adalah berkesan dalam merawat gejala keresahan seperti ubat keresahan sedia ada.

10. Faedah melawan jangkitan

Ketumbar mempunyai sifat antimikrob yang boleh memberi manfaat terhadap jangkitan seperti isu bawaan makanan kerana sebatian tumbuhannya. Salah satu daripada sebatian ini dipanggil Dodecenal, yang mungkin berguna terutamanya terhadap jangkitan Salmonella.

Biji ketumbar juga, telah terbukti memberikan perlindungan dalam memerangi jangkitan saluran kencing. Minyak yang berasal dari ketumbar boleh ditambah kepada produk antimikrob untuk membantu menangani penyakit berkaitan makanan. 

11. Berguna dalam masakan

Bukan sahaja daun ketumbar segar mudah didapati di kebanyakan pasaran hasil segar, tetapi anda juga boleh membeli pelbagai produk seperti biji ketumbar, daun ketumbar kering dan serbuk ketumbar dari banyak kedai runcit. 

Ketumbar boleh ditambah kepada salad atau digunakan sebagai hiasan untuk banyak hidangan. Manakala bijinya boleh digunakan dalam panggang, barangan bakar, jeruk, penyediaan sayuran dan hidangan lain yang dimasak. 

Kegunaan dalam masakan

Daun ketumbar memang tidak asing lagi digunakan dalam masakan iaitu sebagai penambar rasa dan hiasan.

Namun pasti tidak ramai yang tahu, bijinya yang dikisar banyak digunakan dalam masakan kaum India untuk memekat kuah dan menambah aroma supaya lebih wangi.

Bukan itu sahaja, biji dan daun ketumbar juga banyak digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional.

Contohnya seperti air rebusan biji ketumbar boleh membantu mengawal penyakit kencing manis. Manakala daunnya yang ditumbuk halus pula boleh menghilangkan sakits-sakit sendi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun ketumbar dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Surprising Health Benefits Of Coriander Leaves You Should Know. PharmEasy
  2. Cara Bezakan Daun Sup Daun Ketumbar? Nah Ini Tips Mudah. Bidadari.my
  3. Ayurvedic Herb: Coriander. Art of Living Retreat Center
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!