10 Makanan untuk Mata: Rahsia Penglihatan Lebih Sihat

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mata merupakan antara organ paling penting dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, ia sering kali terabai dalam aspek penjagaan kesihatan.

Ditambah pula dengan pendedahan berpanjangan kepada skrin telefon dan peningkatan usia, kesihatan mata boleh terjejas jika ia tidak dijaga dengan baik.

Salah satu langkah pencegahan yang berkesan ialah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan tinggi nutrien boleh membantu mengekalkan kesihatan mata serta mencegah pelbagai penyakit berkaitan penglihatan.

Mari kita kenali beberapa makanan utama yang baik untuk mata anda.

Jaga Mata Anda! Ini 10 Makanan untuk Mata yang Kaya Nutrien

 1. Kapsikum

Kaya dengan vitamin A, C dan E, kapsikum atau lada benggala dapat membantu mengurangkan risiko penyakit katarak mata.

2. Sayuran Hijau

Sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, padat dengan kebaikan vitamin A, C dan E yang penting untuk melindungi mata daripada kerosakan akibat radikal bebas.

3. Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-karotin, vitamin C dan E yang membantu meningkatkan penglihatan, terutamanya dalam keadaan cahaya yang rendah seperti waktu malam.

4. Kuaci Bunga Matahari

Vitamin E yang terkandung dalam kuaci berperanan penting dalam mengurangkan kesan penuaan dan penyakit degeneratif mata seperti Age-related Macular Degeneration (AMD).

5. Daging/Ayam Tanpa Lemak

Daging dan ayam merupakan sumber zat besi yang baik untuk membantu tubuh menghasilkan hemoglobin, sekaligus meningkatkan pengaliran oksigen ke mata.

6. Kekacang

Kekacang seperti gajus, badam dan almond engandungi lemak sihat, vitamin E dan zink yang membantu mengurangkan risiko kerosakan retina serta menyokong penglihatan secara keseluruhan.

7. Ikan Salmon

Ikan salmon terkenal sebagai sumber lemak sihat Omega-3 semula jadi yang dapat melindungi mata daripada kekeringan dan penyakit seperti AMD dan glaukoma.

8. Buah-buahan sitrus

Buah-buahan sitrus seperti oren, lemon dan limau mampu memenuhi keperluan vitamin C harian buat tubuh.

 Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk membantu mengelakkan kerosakan mata akibat faktor penuaan  serta mengekalkan kesihatan salur darah pada mata.   

9. Telur

Kuning telur mengandungi lutein dan zeaxanthin yang membantu menapis cahaya biru yang berbahaya dan melindungi retina.

10. Lobak Merah

Lobak merah mengandungi vitamin A dan beta-karotin yang baik untuk kesihatan mata. Vitamin A membantu retina menyerap cahaya dengan lebih baik, sekali gus menyokong penglihatan, terutamanya dalam keadaan cahaya malap.

Tips Penjagaan Mata

Selain mengamalkan pemakanan sihat, penjagaan mata secara menyeluruh juga penting untuk memastikan penglihatan kekal sihat dan jelas.

Berikut beberapa tips mudah yang boleh diamalkan setiap hari bagi menjaga kesihatan mata.

1. Senaman Mata

Lakukan senaman mata seperti melihat objek dekat dan jauh secara bergilir-gilir, serta gerakkan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah.

Anda juga digalakkan untuk rehatkan mata selepas menatap skrin terlalu lama dengan melihat warna hijau seperti pokok di luar.

sakit dada sebelah kanan

2. Kurangkan Masa Depan Skrin

Gunakan komputer dan telefon dengan cara yang betul. Pastikan jarak dan kedudukan skrin sesuai, pencahayaan tidak terlalu terang, dan cegah pendedahan cahaya yang terlalu silau.

Gunakan penapis cahaya jika perlu.

3. Pemeriksaan Mata Berkala

Periksa mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Dapatkan rawatan segera jika anda alami  gejala seperti mata merah, sakit mata, penglihatan kabur atau kecederaan mata.

4. Gunakan Cermin Mata Hitam

Seeloknya, gunakan cermin mata hitam yang mampu menapis 99–100% sinaran UVA dan UVB bagi melindungi mata daripada kerosakan akibat cahaya matahari.

5. Minum Air Secukupnya

Pastikan anda minum air yang cukup setiap hari untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan masalah mata kering.

makanan untuk mata

Kesihatan mata boleh dipelihara melalui gabungan pemakanan yang seimbang dan amalan penjagaan harian yang mudah.

Dengan mengambil makanan untuk mata yang berkhasiat serta mengamalkan tips seperti senaman mata, rehat daripada skrin dan pemeriksaan berkala, anda dapat mengurangkan risiko masalah penglihatan.

Mulakan langkah penjagaan dari sekarang agar mata kekal sihat dan berfungsi dengan baik sepanjang usia.

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, Medical News Today

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut