Cuti Peristiwa Di Terengganu 5 Mei Jika Aidilfitri Jatuh Pada 3 Mei

KUALA TERENGGANU, 27 April – Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Khamis depan, 5 Mei sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan dengan lebih selesa.

“Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Terengganu dapat beraya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing selepas dua tahun menyambut dengan keterbatasan.

“Walau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin,” katanya melalui laporan oleh Urusetia Penerangan Darul Iman.

terengganu cuti 5 mei

Sumber: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Kata beliau lagi, cuti di Terengganu pada 5 Mei bagi perkhidmatan swasta adalah bergantung kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Aidilfitri dijangka disambut Selasa, 3 Mei, manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Terengganu.

Memetik laporan dari BERNAMA pula, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

Selain Terengganu, negeri yang mengambil cuti perisitiwa sempena Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 2 Mei 2022 dan Kelantan pada 6 Mei 2022. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi sebuah kenyataan media serta kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Sila rujuk:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!