Advertisements

CUEPACS Cadang Cuti Umum 18 November Sempena PRU15

Advertisements

KUALA LUMPUR, 7 November – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan tarikh 18 November ini sebagai cuti umum khas bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Dalam satu kenyataan, Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada hari Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.

“Ada dalam kalangan mereka yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,” kata beliau dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Jelas Adnan, walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, CUEPACS bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.

Oleh itu, pemberian cuti umum khas tersebut sudah pasti boleh mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November ini, manakala pengundian awal pada 15 November.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Sumber: Berita RTM

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment