Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP / TAC

Untuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah membuat permohonan i-Citra kerana telah tukar no telefon, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.

Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:

  1. Jawab soalan keselamatan
  2. Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP

Langkah Kemaskini No Telefon KWSP Yang Telah Didaftarkan Semasa Permohonan Terdahulu

Untuk daftar / kemaskini nombor telefon TAC / OTP, mohon hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

Untuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Anda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka.

Bagi mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel berikut: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Berapa Lamakah Tempoh Update?

Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.

Baca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)

Bolehkah Permohonan Pengeluaran Khas Dibuat Tanpa Kemaskini No Telefon Baru?

Jika anda ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas tanpa menukar nombor telefon atau tanpa keluar ke kiosk / kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.

Pastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang kita setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini.

Apabila dah jawab semua betul soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.

Semasa permohonan, anda boleh kemaskini maklumat no telefon baru.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan Pengeluaran Khas kerana telah bertukar nombor telefon.

Baca juga: Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!