Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka

ZAKAT KWSP DIWAJIBKAN BAGI PENGELUARAN SUKA-SUKA TANPA ADA BEBANAN / MASALAH KEWANGAN

Adakah anda salah seorang yang berhasrat untuk mengeluarkan wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan?

Dalam sebuah laporan oleh Berita AlHijrah yang bertarikh 18 Mac baru-baru ini, Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.

Ini kerana pembayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula 1 April nanti.

“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” katanya kepada Berita AlHijrah.

Syarat Pengecualian Zakat KWSP 2.5%

Namun jangan keliru, kerana pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan sumber pendapatan yang mendesak.

“Jika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,” katanya.

Antara syarat pengecualian zakat ialah,

  • Individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan
  • Golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera
  • Pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya.

Baca juga:

Sumber : Berita AlHijrah Online

Fatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-120 yang bersidang pada 1 November 2019M  Bersamaan 4 Rabiulawal 1441H (Jumaat) telah membincangkan dan membuat keputusan seperti berikut:

Bagi skim pengeluaran yang memenuhi syarat milk al-taam dan bukan bagi tujuan perbelanjaan hajah asliyahdan tiada had pengeluaran seperti pengeluaran simpanan melebihi RM 1 juta, pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun, pengeluaran meninggalkan  negara, pengeluaran pekerja berpencen dan pesara pilihan, maka ZAKAT DIWAJIBKAN ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul.

Manakala baki simpanan KWSP dalam kategori ini yang tidak dikeluarkan selepas setahun (haul), adalah tertakluk kepada  hukum zakat simpanan berdasarkan baki wang simpanan yang telah genap setahun (haul) sekiranya mencapai nisab.

Bagi pengeluaran sebahagian di dalam akaun 2 apabila mencapai Umur 50 tahun, ZAKAT DIKENAKAN ke atas amaun yang dikeluarkan sahaja pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu  haul.

Bagi ahli yang tidak membuat pengeluaran pada umur 50 tahun, maka apabila mencapai umur 51 tahun WAJIBdikenakan zakat ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan kerana telah memenuhi  syarat milk al-taam kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul. Manakala baki simpanan di dalam akaun 2 yang tidak  dikeluarkan tidak perlu dizakatkan, kerana tidak memenuhi syarat milk  al-taam.

Bagi skim pengeluaran untuk tujuan hajah asliyah seperti pengeluaran perumahan, pengeluaran pendidikan, pengeluaran kesihatan dan pengeluaran hilang upaya kekal mesyuarat  memutuskan bahawa TIDAK DIKENAKAN zakat ke atas pengeluaran-pengeluaran tersebut.

zakat kwsp

NISAB DAN KADAR

Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)

Kiraan Zakat KWSP

Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan** x 2.5%

contoh : RM10,000.00 x 2.5 %

Jumlah Zakat = RM250.00

**Mengikut jenis-jenis pengeluaran yang diwajibkan zakat. Rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-120 (di atas).

Sumber: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!