Advertisements

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Login pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Advertisements

Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

Terkini, Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran Pengeluaran Khas telah diawalkan ke 18 April 2022.

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Portal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Dibuka Mulai 1 April – 30 April

Portal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran_Khas yang dimuatnaik di Portal berkenaan.

Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
  • Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50
    • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Pengeluaran khas kwsp

Tarikh Permohonan

1 April – 30 April 2022

Cara Permohonan

Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.

Rujuk langkah permohonan berikut:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.
    • Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
    • Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
  8. Selesai!

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dibuat bermula 18 April 2022 (Isnin) secara berperingkat.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun Pengeluaran

  • Pengeluaran minimum : RM50
  • Pengeluaran maksimum : RM10,000
    • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

Pengeluaran khas kwsp

Syarat Kelayakan

  • Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Persediaan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Sementara itu, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Pastikan:

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat

Ahli juga diingatkan agar permohonan pengeluaran ini dimohon melalui Portal Pengeluaran_Khas KWSP yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

pengeluaran khas kwsp

Cara Semakan Status

Hi semua! Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui 2 kaedah berikut:

i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:
Menu Semak Status Permohonan

Rujuk langkah di bawah:

Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda)
Panduan Penuh:

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan seperti di bawah.

Statys permohonan yang lulus akan dipaparkan seperti berikut:

ii. i-Akaun (Ahli):
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran

Bagi semakan di i-Akaun pula, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke i-Akaun KWSP ahli
  2. Pergi ke Menu Pengeluaran
  3. Klik Sejarah Pengeluaran
  4. Klik Pengeluaran Khas

Butiran kelulusan dan tarik bayaran akan dipaparkan seperti di bawah:

Jika status anda masih tertera sebagai PERMOHONAN DITERIMA seperti di bawah, ini bermaksud

  1. Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses secara berperingkat
  2. Semakan boleh dibuat dari semasa ke semasa

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai *18 April 2022. (*Telah diawalkan berbanding tarikh asal yang ditetapkan pada 20 April 2022)

tarikh bayaran pengeluaran khas kwsp
Sumber: Menteri Kewangan (Rujuk video pengumuman penuh: Tarikh Bayaran KWSP Diawalkan)

Harap maklum. Diharap info ini dapat membantu.

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengeluaran_Khas KWSP dalam senarai di bawah:

Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

NOTA:
Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

– Akaun bank (simpanan atau semasa)
– Akaun bank masih aktif
– Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:
– Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
– Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
– Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
– Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
– Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

Amaun Pengeluaran Khas RM10,000

20% daripada amaun pengeluaran 20% x RM10,000 = RM2,000

Amaun penggantian semula RM10,000 + RM2,000 = RM12,000

Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?

Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.
Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

– i-Akaun (Ahli)
– Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
– Kios KWSP

Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

– Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
– Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

– Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan

– Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

– Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

– Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

pengeluaran khas kwsp
Sumber: Laman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Sumber: Facebook KWSP

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Advertisements

Maklumat Lanjut

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  • Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Baca juga:

Leave a Comment