Cara Isi Borang Perjanjian Matrikulasi 2026 penting untuk difahami oleh setiap pelajar yang menerima tawaran Program Matrikulasi KPM.
Borang ini perlu dilengkapkan mengikut panduan rasmi termasuk urusan tandatangan, penjamin, saksi serta setem hasil bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Apa itu Borang Perjanjian Matrikulasi
Borang Perjanjian Matrikulasi ialah dokumen rasmi yang perlu ditandatangani oleh pelajar yang menerima tawaran Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Borang ini mengandungi syarat, peraturan serta akujanji yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pengajian di kolej matrikulasi.
Contoh Borang Perjanjian Matrikulasi

Cara Isi Borang Perjanjian Matrikulasi
Berikut merupakan panduan lengkap cara isi Borang Perjanjian Matrikulasi untuk pelajar Program Matrikulasi KPM. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul bagi mengelakkan masalah semasa proses pendaftaran nanti.
Pelajar juga perlu memastikan borang ditandatangani, dimatikan setem hasil serta disahkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
- Cetak Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar sebanyak DUA SET. Kedua-dua set perlu dilengkapkan dan ditandatangani secara hidup. Salinan fotostat tidak dibenarkan.
- Gunakan pen mata bola hitam atau biru sahaja. Pen berdakwat basah tidak dibenarkan.
- Isi semua maklumat menggunakan HURUF BESAR.
- Jika berlaku kesilapan:
- Jangan gunakan pemadam.
- Potong perkataan yang salah.
- Tulis maklumat yang betul di sebelah perkataan yang dipotong.
- Pelajar dan penjamin perlu turunkan tandatangan ringkas pada bahagian pembetulan tersebut.
- Penjamin boleh terdiri daripada:
- Bapa
- Ibu
- Penjaga
- Jika bukan ibu bapa atau penjaga, penjamin mestilah:
- Berpendapatan melebihi RM500
- Berumur bawah 45 tahun
- Pada muka surat hadapan:
- Isi tarikh mengikut tarikh matikan setem di LHDN.
- Tulis nama kolej matrikulasi dan alamat kolej. Isi nama pelajar, nombor kad pengenalan dan alamat pelajar.
- Isi nama penjamin, nombor kad pengenalan dan alamat penjamin.
- Lekatkan setem hasil RM10.
- Setem hasil boleh dibeli di Pejabat Pos. Urusan mematikan setem boleh dibuat di cawangan LHDN berhampiran.
- Pada muka surat 2:
- Isi tarikh surat tawaran.
- Isi nombor rujukan surat tawaran.
- Pelajar dan penjamin perlu menurunkan tandatangan ringkas di bahagian bawah kanan.
- Pada muka surat 3 hingga muka surat 14:
- Pelajar dan penjamin perlu menurunkan tandatangan ringkas di bahagian bawah kanan setiap muka surat.
- Pada muka surat 15:
- Bahagian “Kerajaan Malaysia” perlu dikosongkan.
- Pelajar perlu menandatangani di ruangan “Pelajar”.
- Penjamin perlu menandatangani di ruangan “Penjamin”.
- Saksi:
- Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada pelajar dan penjamin.
- Saksi mestilah sama bagi kedua-dua set borang.
- Syarat saksi:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Memegang jawatan seperti:
- Ahli Dewan Negara
- Ahli Dewan Rakyat
- ADUN
- JP
- Penghulu
- Penggawa
- Ketua Kampung
- Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Setiap saksi hendaklah menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatan masing-masing.

















Manual Pengguna Penyeteman
Anda boleh rujuk cara matikan setem Hasil untuk Pelajar Secara Online di sini:
Rujuk juga panduan lain di sini:
- Permohonan Penyeteman Dokumen Perjanjian Pelajaran untuk Pelajar
- Bayaran Secara Dalam Talian Melalui FPX
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM
Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:
- FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
- IG/TikTok – matrikulasikpm
Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.
Soalan Lazim Cara Isi Borang Perjanjian Matrikulasi
Pelajar perlu mencetak sebanyak dua set borang perjanjian. Kedua-dua set perlu ditandatangani secara asal dan bukan salinan fotostat.
Tidak boleh. Borang hanya dibenarkan diisi menggunakan pen mata bola hitam atau biru sahaja.
Tidak boleh. Jika berlaku kesilapan, pelajar perlu memotong perkataan yang salah, menulis maklumat yang betul di sebelahnya dan membuat tandatangan ringkas pada pembetulan tersebut.
Ya. Semua maklumat perlu ditulis menggunakan huruf besar bagi memudahkan semakan.
Kadar duti setem yang dikenakan ialah RM10 seperti yang ditetapkan oleh LHDN.
Setem hasil boleh dibuat secara dalam talian melalui laman STAMPS LHDN di:
https://stamps.hasil.gov.my
Pelajar perlu menggunakan tarikh setem dimatikan semasa mengisi tarikh pada borang.
Penjamin boleh terdiri daripada:
Bapa
Ibu
Penjaga
Penjamin tersebut mestilah:
Berpendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
Berumur tidak melebihi 45 tahun
Ya. Pelajar dan penjamin perlu menurunkan tandatangan ringkas di setiap muka surat pada bahagian bawah kanan kecuali halaman 15.
Pelajar dan penjamin perlu melengkapkan dan menandatangani halaman 1, 2 dan 15.
Ya. Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada kedua-duanya.
Ya. Individu saksi mestilah sama bagi kedua-dua set borang perjanjian.
Saksi mestilah:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Memegang jawatan tertentu seperti Ahli Dewan Negara, ADUN, Jaksa Pendamai, Penghulu, Ketua Kampung atau kakitangan kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Ya. Saksi wajib menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatan masing-masing.
Tidak boleh. Penggunaan cap seperti “b.p.” adalah dilarang.
Ruangan tersebut perlu dikosongkan kerana ia akan diisi oleh pihak Kolej Matrikulasi KPM.
Pelajar perlu menyelesaikan urusan setem hasil sebelum mendaftar di kolej matrikulasi yang ditawarkan.








