Pemilik Jip & Pickup Sabah, Sarawak Kini Boleh Mohon Subsidi Diesel! Ini Cara Daftarnya

cara daftar subsidi diesel untuk jip dan pickup sabah sarawak
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cara daftar subsidi diesel untuk jip dan pickup Sabah, Sarawak dan Labuan kini dibuka bermula 2 Julai 2026 melalui portal MySubsidi KPDN.

Berita baik buat pemilik kenderaan yang didaftarkan atas nama Pemilikan Tunggal (Sole Proprietorship) atau Perkongsian (Partnership), anda kini boleh memohon subsidi diesel sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Baca juga: Pemilik Pikap & Jip, Jangan Terlepas! Mohon Tambahan 100 Liter BUDI Diesel Sekarang

Siapa yang layak memohon?

Pendaftaran ini hanya dibuka kepada syarikat yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) iaitu:

  • Pemilikan Tunggal (Sole Proprietorship)
  • Perkongsian (Partnership)

Namun, terdapat satu pengecualian penting.

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau syarikat yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Syarikat (ROC) tidak layak memohon subsidi diesel di bawah KPDN.

Nota: Bagi kategori Pemilikan Tunggal, kelayakan hanya diberikan kepada individu di Sabah, Sarawak dan Labuan yang mempunyai kategori kenderaan awam komersial berasaskan petrol atau diesel di bawah Sektor Pengangkutan Darat Awam.

Cara Daftar Subsidi Diesel untuk Jip dan Pickup Sabah Sarawak

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MySubsidi KPDN.

  1. Layari portal rasmi: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
  2. Daftar akaun atau log masuk jika anda sudah mempunyai akaun MySubsidi.
  3. Pilih jenis pendaftaran mengikut status syarikat anda, sama ada:
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & Koperasi
      • Pastikan anda memilih kategori yang betul sebelum meneruskan permohonan.
  4. Lengkapkan maklumat syarikat dan kenderaan seperti yang diminta.
  5. Hantar permohonan dan tunggu keputusan kelulusan daripada KPDN.
cara daftar subsidi diesel untuk jip dan pickup sabah sarawak
cara daftar subsidi diesel untuk jip dan pickup sabah sarawak

Rujuk panduan cara mohon di sini: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/cara_memohon

Apa perlu dibuat selepas permohonan diluluskan?

Jika permohonan anda diluluskan atau anda telah mempunyai akaun subsidi sebelum ini, lakukan langkah berikut:

  1. Cetak atau simpan surat kelulusan.
  2. Sediakan senarai kenderaan yang diluluskan.
  3. Serahkan surat kelulusan bersama senarai kenderaan kepada syarikat minyak pilihan.
  4. Mohon Fleet Card untuk pembelian diesel bersubsidi.

Fleet Card ini akan digunakan ketika membuat pembelian diesel bersubsidi.

Bilakah Subsidi Diesel Mula Diberikan?

Menurut KPDN, kuota asas diesel bersubsidi melalui Fleet Card akan mula berkuat kuasa pada Ogos 2026.

Oleh itu, pemohon disarankan melengkapkan proses pendaftaran seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kelewatan ketika pelaksanaan subsidi bermula.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan melalui emel [email protected]

Pertanyaan juga boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan SKPS bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667.

ATAU, rujuk jadual di bawah:

PerkaraNombor TelefonAlamat Emel
Permohonan kuota Petrol (SKPS) dan Diesel (SKDS) bersubsidi03 – 8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557[email protected]
Tuntutan Bayaran Balik SKPS[email protected]
Tuntutan Bayaran Balik Petrol Syarikat Bot Penumpang Sungai[email protected]

SYARIKAT MINYAK

Syarikat MinyakNombor TelefonPautan Terlibat
BHP03-77199499 https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/
Caltex1-800-88-3168https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html
FIVE03-2391 1555https://mysubsidi.5petrol.com
Petron1-800-88-8298https://www.petronfleetcard.com.my/
Petronas1-300-88-8282https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
Shell1-300-22-8181https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah pendaftaran subsidi diesel untuk jip dan pickup dibuka?

Pendaftaran dibuka mulai 2 Julai 2026 melalui portal rasmi MySubsidi KPDN di https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Siapakah yang layak memohon?

Permohonan dibuka kepada pemilik jip dan pick-up persendirian yang didaftarkan atas nama syarikat Pemilikan Tunggal (Sole Proprietorship) atau Perkongsian (Partnership) yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB).

Adakah syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) layak memohon?

Tidak. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Syarikat (ROC) tidak layak memohon subsidi diesel di bawah KPDN.

Bagaimana cara memohon subsidi diesel?

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui portal MySubsidi KPDN. Pemohon perlu mendaftar atau log masuk ke akaun MySubsidi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Apakah yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan?

Pemohon perlu mencetak atau menyimpan surat kelulusan, menyediakan senarai kenderaan yang diluluskan dan mengemukakannya kepada syarikat minyak untuk mendapatkan Fleet Card.

Bilakah subsidi diesel melalui Fleet Card mula digunakan?

Kuota asas diesel bersubsidi melalui Fleet Card akan mula berkuat kuasa mulai Ogos 2026.

Adakah semua pemilik Pemilikan Tunggal layak memohon?

Tidak semestinya. Bagi kategori Pemilikan Tunggal, kelayakan hanya diberikan kepada individu di Sabah, Sarawak dan Labuan yang mempunyai kategori kenderaan awam komersial berasaskan petrol atau diesel di bawah Sektor Pengangkutan Darat Awam.

Rujuk FAQ Kelulusan Kelayakan Petrol (SKPS) 

Atau, rujuk FAQ Kelulusan Kelayakan Diesel (SKDS)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
Avatar image of Hannani Juhari