Big Stage 2026, Bakal Kembali 28 Jun – Siapakah Pesertanya?

bigstage2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Big Stage 2026 bakal kembali bermula 28 Jun 2026 ini di Astro Ria setiap Ahad, jam 9 malam. Program realiti nyanyian Astro ini menjadi kegemaran ramai peminat hiburan tanah air membawa identiti baharu sebagai Big Stage X Rocketfuel.

Untuk musim ini, seramai 10 peserta yang merangkumi artis solo, duo, dan trio telah sah menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment bagi merebut hadiah lumayan serta kontrak pengurusan bernilai RM200,000.

Program TV Big Stage X Rocketfuel

Big Stage X Rocketfuel merupakan sebuah program realiti nyanyian terbitan Astro yang kembali menemui penonton bagi musim terbaharu untuk tahun 2026.

Kehadiran musim ini menyaksikan satu transformasi besar melalui kerjasama strategik bersama Rocketfuel Entertainment.

Bukan sekadar platform untuk mempertaruhkan kualiti vokal semata-mata, program edisi terbaharu ini turut berfungsi sebagai batu loncatan utama bagi melahirkan penghibur generasi baharu yang serba boleh.

Menariknya, saingan kali ini membuka ruang yang lebih luas dengan penyertaan format artis solo, duo, dan trio, demi memburu ganjaran lumayan berupa kontrak pengurusan artis bernilai RM200,000!

Big Stage 2026 dijadualkan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 28 Jun 2026 dan setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).

bigstage2026

Siapa Peserta Big Stage 2026?

Barisan rasmi 10 peserta Big Stage 2026 (Big Stage X Rocketfuel) yang diumumkan oleh pihak Astro terdiri daripada artis solo dan sebuah pasangan duo adik-beradik, iaitu:

  1. Adam & Nazmie (Adam Malek Shamsuddin & Hakim Nazmie Shamsuddin)
  2. Danial Kifli (Muhammad Ariff Danial bin Kifli)
  3. Yad-Z (Muhammad Yadzir Muadz bin Mohd Suhut)
  4. Danny (Muhammad Alif Danial bin Ismail)
  5. Aliff Kimiey (Muhammad Aliff Hakimiey bin Yuswadey)
  6. Rieffa (Muhamad Alif bin Abdullah)
  7. Qilo (Aqil Azfar bin Mohd Azri)
  8. Sufie Rose (Sufia Arissya Suhaimi)
  9. Ranisha (Farranisha Shazwany binti Mohd Faizul)
  10. Sabrina (Wan ‘Alisya Sabrina Wan Mohamad Shamsudin)
Big stage 2026

Siapa Juri Big Stage 2026?

Barisan juri tetap untuk Big Stage 2026 kali ini diketuai oleh Hael Husaini bersama dengan Akim Ahmad.

Selain itu, pentas musim ini turut menampilkan Aisha Retno, bekas naib juara Big Stage 2022 sebagai juri tetap buat pertama kali.

Gabungan tiga nama besar ini pastinya bakal menguji mental dan vokal kesemua 10 peserta untuk tengok siapa yang betul-betul layak menang kontrak lumayan nanti.

Bila Big Stage 2026 Ditayangkan?

Rancangan Big Stage 2026 (Big Stage X Rocketfuel) bakal ditayangkan secara rasmi bermula pada 28 Jun 2026.

Konsert mingguan ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama lapan minggu berturut-turut.

Anda boleh saksikan tayangan Big Stage 2026 melalui platfrom berikut:

  • Televisyen (Live): Boleh layan terus di saluran Astro Ria (CH 104). Istimewa untuk konsert minggu pertama sahaja, Astro turut membuat siaran serentak (simulcast) di saluran Astro Prima (CH 105).
  • Aplikasi Astro GO: Sesuai untuk yang nak tonton secara live streaming atau On Demand melalui telefon pintar, tablet, atau komputer dengan memuat turun aplikasi menerusi Astro GO.
  • Platform Sooka: Strim rancangan ini secara digital menerusi aplikasi atau laman web Sooka dengan melanggan pakej penstriman yang disediakan.

Hos Big Stage 2026, Nabil Ahmad dan Identiti Satu Hos Lagi Masih Dirahsiakan

Pengacara utama yang sah bakal mengendalikan pentas Big Stage 2026 (Big Stage X Rocketfuel) ialah pengacara kegemaran ramai, Nabil Ahmad.

Bagaimanapun, Nabil tidak akan mengemudi rancangan ini bersendirian.

Pihak Astro Gempak mendedahkan bahawa beliau akan digandangkan dengan seorang lagi rakan hos.

Identiti pengacara bersama itu masih lagi dirahsiakan dan hanya akan didedahkan secara rasmi pada malam konsert minggu pertama kelak.

Sama-sama kita nantikan kejutan gandingan baharu ini!

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, perkembangan terkini, dan pengumuman rasmi mengenai Big Stage 2026, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Astro Media Solutions Big Stage 2026
  2. Instagram @astrogempak dan @rocketfuelentertainment

Soalan Lazim Big Stage 2026

Bila rancangan ini mula ditayangkan dan pukul berapa? [1]

Rancangan Big Stage 2026 ini akan mula bersiaran langsung pada 28 Jun 2026, setiap hari Ahad jam 9.00 malam. Konsert mingguan dijadualkan berlangsung selama lapan minggu berturut-turut.

Di saluran mana boleh menonton Big Stage 2026?

Tonton secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), setiap Ahad pukul 9 malam. Istimewa untuk minggu pertama, Astro turut buat siaran serentak di Astro Prima (Saluran 105). Selain itu, anda juga boleh strim digital melalui aplikasi Astro GO atau platform Sooka.

Apa kelainan format Big Stage musim ini?

Musim ini membawa identiti Big Stage X Rocketfuel. Kelainan paling besar ialah format penyertaan yang kini dibuka lebih meluas kepada artis solo, duo, dan trio, berbanding musim-musim sebelum ini yang mengehadkan penyertaan individu sahaja.

Berapa ramai peserta yang bertanding?

Seramai 10 orang/kumpulan peserta telah terpilih dan sah menandatangani kontrak pengurusan bersama Rocketfuel Entertainment. Mereka terdiri daripada 9 peserta solo dan 1 pasangan duo adik-beradik.

Siapa barisan juri tetap untuk musim ini?

Tiga nama besar yang menduduki kerusi juri tetap ialah Hael Husaini, Akim Ahmad, dan bekas naib juara Big Stage 2022, Aisha Retno. Pihak Astro juga akan membawakan juri jemputan khas pada setiap minggu.

Apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh juara?

Juara bukan sahaja akan membawa pulang hadiah wang tunai, malah bakal menerima kontrak pengurusan artis bernilai RM200,000 bersama pihak Rocketfuel Entertainment.

Di manakah lokasi konsert mingguan berlangsung?

Kesemua konsert mingguan akan diadakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut