BOMJ: Permohonan Biasiswa Orang Muda Johor 2026

biasiswa orang muda johor
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anak-anak Johor yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025/2026 dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti terbaik dunia adalah dialu-alukan untuk memohon Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Orang Muda Johor

Biasiswa Orang Muda Johor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang dilancarkan pada 2021 untuk melahirkan generasi pemimpin masa hadapan.

Biasiswa ini merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di 20 universiti terkemuka di dunia.

Biasiswa ini menawarkan pembiayaan penuh termasuk program persediaan A-Level di dalam negara sebelum pelajar menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang-bidang keutamaan negeri Johor.

Sejak biasiswa ini diperkenalkan, biasiswa ini telah memberi peluang kepada ramai pelajar cemerlang daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka, sekali gus memperkukuh modal insan negeri Johor.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 6 April hingga 19 April 2026.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan & Teknikal
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial

Namun, bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi pendidikan
  • Kejururawatan
  • Kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  2. Mendapat minimum 9A dalam SPM 2025/2026.
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  4. Tiada syarat pendapatan dikenakan.

Syarat Khusus

Syarat khusus untuk memohon biasiswa ini ialah pemohon mestilah memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A bagi matapelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sejarah
  5. Matematik Tambahan
  6. Fizik
  7. Kimia
  8. Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ Al- Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan
  9. Satu (1) mata pelajaran lain.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan PROLIMS YPJ iaitu http://prolims.ypj.gov.my bermula 6 April hingga 19 April 2026.

Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Biasiswa Orang Muda Johor sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat. 

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Orang Muda Johor?

Biasiswa ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang dilancarkan pada 2021 yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di 20 universiti terkemuka di dunia.

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka 6 April hingga 19 April 2026.

Apakah bidang pengajian yang boleh dipohon?

– Kejuruteraan & Teknikal
– Sains & Teknologi
– Sains Sosial

Apakah syarat permohonan yang ditetapkan untuk pemohon?

– Lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
– Mendapat minimum 9A dalam SPM 2025/2026.
– Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh tutup permohonan.
– Tiada syarat pendapatan dikenakan.

Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan PROLIMS YPJ iaitu http://prolims.ypj.gov.my.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ), sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my/bantuan-pendidikan/biasiswa-orang-muda-johor/.

Baca juga: Permohonan Biasiswa TNB Prime 2026 Tenaga Nasional Berhad

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut